17/12/2025
Program Perkampungan Ilmu 3.0
Semoga pelajar dapat ambil manfaat daripada program yang dilaksanakan seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester 3, semester 1, ulangan 1 dan ulangan semester 2 akan datang.
Ameen.
06/11/2025
Audit Akademik subjek STPM guru-guru Tingkatan Enam bersama Pengetua SMKA Maahad Muar.
Subjek Syariah Kontemporari
4.11.2025 (Selasa)
Subjek Tahfiz
5.11.2025 (Rabu)
Subjek Bahasa Arab
6.11.2025 (Khamis)
Alhamdulillah, hari kedua audit diziarahi oleh KPPD Muar, Tn Hj Abd Rahman bin Selamat.
Beliau telah menyampaikan amanat dan idea-idea untuk intervensi Subjek Tahfiz.
Terima kasih Tuan.
Moga beroleh kejayaan cemerlang!
06/11/2025
Perlawanan Bola Tampar Lelaki Daerah Muar anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam bertempat di Dewan PIBG SMKA Maahad Muar pada 31 Oktober 2025 (Jumaat).
Penyertaan daripada empat buah sekolah iaitu :
1.SMK Datoβ Sri Amar Di Raja
2.SMK Tun Perak
3.SMK Tinggi Muar
4.SMKA Maahad Muar.
13/10/2025
Karnival PISPA Negeri Johor 2025
Anjuran Pusat Tingkatan Enam SMK Taman Johor Jaya 1
11.10.2025 (Sabtu)
Pusat Tingkatan Enam SMKA Maahad Muar telah menghantar seramai 33 orang wakil
Acara yang dipertandingkan adalah :
1.Pertandingan kuiz APM
2.Pertandingan poster infografik
3.Pertandingan pertolongan cemas
4.Pertandingan kawad kaki
5.Pertandingan masakan rimba
6.Pertandingan ikatan dan simpulan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Angkatan Pertahanan Muar yang telah membantu pelajar dari sudut kejurulatihan.
03/10/2025
Penyertaan Kalam Jamaie Peringkat Sekolah Menengah dan Belia Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama JPN Melaka pada 24 September 2025 di The Shore Shopping Gallery, Melaka.
https://www.facebook.com/share/v/1D3zLhBuhf/
03/10/2025
Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam Kali Keempat (PEMIKIR 4) pada 25 September 2025 di UTHM Pagoh .
03/10/2025
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian Pendidikan (KPM) menjadi rebutan. Hafazan yang bersistematik menjadi asas pelaksanaan program ini.
KPM menyediakan Garis Panduan Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2023 yang memberi penekanan kepada pelaksanaan hafazan al-Quran merangkumi aktiviti tahriri hafazan, hafazan baharu, tahdir, tasmik dan murajaah (pengulangan).
Bagi menjaga hafazan murid, guru tahfiz berperanan dan bertanggungjawab memastikan murid melaksanakan murajaah hafazan baharu, murajaah hafazan lama dan murajaah mingguan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh sekolah.
KPM melalui Bahagian Pendidikan Islam sentiasa komited untuk meningkatkan pencapaian dan kualiti pendidikan murid terutama dalam bidang hafazan al-Quran di negara ini dengan melaksanakan pelbagai program sokongan serta inisiatif untuk mencapai matlamat tersebut.
17/02/2025
Ψ£ΩΩΨ§Ω ΩΨ³ΩΩΨ§ Ω ΩΩ
Ψ±ΨΨ¨Ψ§Ω Ψ¨ΩΩ
.