09/11/2025
゚
wakaf pendidikan tahfiz
09/11/2025
゚
01/01/2025
PERUTUSAN TAHUN BARU 2025 MADRASAH AT-TANWIRIAH ✨
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pertamanya marilah sama-sama kita meningkatkan rasa syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan kesempatan untuk melangkah ke tahun baru 2025 pada hari ini.
Masa berlalu dengan begitu pantas dan setiap detik yang berlalu seharusnya menjadi pengajaran dan muhasabah untuk kita semua. Jadikan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya khususnya dalam konteks meningkatkan ilmu dan kualiti amal ibadah.
Sama-samalah kita berusaha memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dia lakukan untuk hari esok.”
(Surah Al-Hasyr: 18)
Di kesempatan tahun baru ini, pihak Madrasah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan dan dokongan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan visi Madrasah untuk melahirkan generasi al-Quran Rabbani.
Hari ini juga kita telah memasuki 1 Rejab 1446H yang mana di antara bulan yang disukai oleh Allah SWT.
Telah berkata Abu Bakar al-Warraq al-Balkhi dalam Lataif al-Maarif:
شهر رجب شهر الزرع، وشعبان شهر السقي للزرع، ورمضان شهر حصاد الزرع
“Rejab adalah bulan untuk menanam. Syaaban p**a bulan untuk menyiram tanaman mana-kala Ramadan bulan untuk menuai tanaman.”
Akhir kalam, semoga pada tahun 2025 ini memberikan kita lebih banyak ruang dan peluang untuk kita pertingkatkan amalan dan beramal di bulan rejab ini sebagai persiapan untuk kita bertemu dengan bulan Ramadan tidak lama lagi.
Selamat Tahun Baru 2025!
Tulus ikhlas daripada:
Mudir Am MTAQ At-Tanwiriah
merangkap Pengerusi Persatuan Madrasah Tahfiz Johor (PERMATA Johor) serta seluruh warga Madrasah