16/08/2024
Program Khatam Fokus Club (KFC) Siri 1
Tarikh : 16 Ogos 2024
Tempat : Surat SK Pt Setongkat
Platform menghimpunkan bekas pelajar & guru yang pernah menjadi warga SK Parit Setongkat, Muar
16/08/2024
Program Khatam Fokus Club (KFC) Siri 1
Tarikh : 16 Ogos 2024
Tempat : Surat SK Pt Setongkat
16/08/2024
Ko Akademik Bahasa Melayu
Daerah Muar.
15 Ogos 2024
Bercerita Tahap 2 - Ke 5
Amirah Wardiah Binti Borhan Mauzun
Bercerita Tahap 1 - Penyertaan
Siti Hajar Binti Haszly
Pidato - Penyertaan
Muhammad Syahrul Bin Syarif
14/08/2024
Perkongsian ilmu sembang santai bersama SIP+ ,Warga SMK Tun Perak dan Warga SMK Bandar Maharani.
Tarikh : 12 Ogos 2024
Tempat : Bilik Mesyuarat SePAKAT.
23/06/2024
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Makluman kepada semua..
Mantan guru & GPK Pentadbiran SKPS Cikgu Zulkafli Bin Abu Naim telah kembali ke rahmatullah jam 6:39 petang tadi Ahad 23 Jun 2024. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan para solihin. In Sya Allah. Amiinnn..
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
22/05/2024
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA
Sempena Sambutan 100 Tahun SEPAKAT, pihak sekolah akan mengeluarkan T-shirt keluaran khas 100 Tahun. T-shirt ini bertemakan warna lencana sekolah dan bendera daerah Muar.
Tempahan ini adalah berbentuk Pra Tempahan di mana tarikh akhir tempahan adalah pada Hari SABTU, 15 JUN 2024. Tempahan dijangka akan diterima dalam masa 5-6 Minggu selepas tarikh tutup tempahan. Segala urusan boleh berhubung dengan Cikgu Shamsuddin di talian 013-7455391. Untuk makluman, t-shirt ini juga akan digunakan semasa program Fun Walk.
T-shirt ini akan dikeluarkan untuk saiz dewasa dan kanak-kanak. Hanya baju kolar lengan pendek dan muslimah sahaja yang dikeluarkan untuk saiz dewasa
HARGA T-SHIRT SEPERTI BERIKUT:
1. Kolar Lengan Pendek (POLO) dewasa = RM33.00
2. Roundneck Lengan Panjang dewasa = RM33.00
3. Roundneck Lengan Panjang kanak-kanak = RM31.00
4. Roundneck Lengan Pendek dewasa = RM30.00
5. Roundneck Lengan Pendek kanak-kanak = RM28.00
6. Muslimah dewasa = RM 40.00
7. Extra Size Bermula 4XL Hingga 8XL = Tambahan RM3.00
Setiap tempahan mestilah disertakan dengan pembayaran (mengikut jumlah helaian tempahan) kepada akaun dibawah dan resit pembayaran mestilah dimuatnaik. Terima Kasih.
BAYARAN BOLEH DIBUAT KE AKAUN BERIKUT
BSN
0115641000162518
PIBG SEK KEB PARIT SETONGKAT
Sila isi google form di bawah untuk membuat tempahan
https://forms.gle/CCaC7SQLXWaG3hnHA
Cepat, sebelum anda terlambat..
18/05/2024
Assalamualaikum…
Pihak Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat ( SePAKAT) akan mengadakan ibadah Korban Perdana sempena sambutan 100 tahun. Ketetapannya adalah seperti berikut:
Tarikh : 19 Jun 2024 [Hari Raya ke-3]
Masa : 9.00 pagi
Lokasi melapah daging - Parking kereta SePAKAT
Satu Bahagian : RM800
Justeru para Alumni yang berhajat untuk melakukan ibadah korban bolehlah mengisi borang di bawah.
https://forms.gle/L3Fvz7DueSqLSJFx9
Penyertaan ibadah korban ini adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.
Sebarang persoalan boleh rujuk 019-6442878 [ Ust Nik Azman ]
KORBAN PERDANA 100 Tahun SePAKAT 2024 1. Penyertaan dibuka sehingga 22 Mei 2024 atau sehingga penuh. 2. Deposit RM300 dibuka sehingga 5 Jun 2024. 3. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 12 Jun 2024.
01/05/2024
Kerjasama resiprokal antara ibu bapa penjaga dengan pihak sekolah adalah amat diperlukan terutama demi kebaikan murid & pendidikan. Gambar dirakam semasa Mesyuarat Agung PIBG SK Pt. Setongkat pada tahun 1990 & 2002.
12/04/2024
2019, program marhaban SK Parit Setongkat (Jelajah Kembara Aidil Fitri)
01/04/2024
Suasana SK Parit Setongkat sekitar tahun 1979 hingga awal 80an. Rata-rata sudah menjangkau usia 5 siri dalam rahmat & kasih sayang Ilahi. Tentunya telah menjadi sebahagian daripada masyarakat & telah banyak mencurahkan bakti dalam pelbagai lapangan masing-masing.
22/03/2024
Di kantin SKPS tahun 90an dulu macam ni lah. Sedapnye sampai bersih plastik tu. Tak tinggal baki. Kalau ade kacang tanah dilurut-lurutkan sampai kat muncung plastik. Salam 12 Ramadhan 1445 & selamat berpuasa kepada semua alumni yang beragama Islam. Gambar sekadar hiasan.. 😅
17/03/2024
Tahniah kepada saudara Danish Syamer alumni SK Parit Setongkat yang baru-baru ini telah menjadi sebahagian daripada pasukan JDT U23. Tahniah juga ditujukan kepada seluruh ahli keluarganya. SK Parit Setongkat turut menumpang rasa gembira ini dengan ucapan syukur & berharap semoga beliau terus maju jaya dalam bidang yang diceburi. Berikut disertakan sebahagian foto kenangan kelab bola sepak SePAKAT FC dalam simpanan & ihsan Cikgu Shamsudin Rasip.