27/10/2025
Tarikh: 16/10/2025
Hari: Khamis
Alhamdulillah. Selesai sudah Program Hari Sukan Negara, Program Hari Kanak- Kanak Peer Buddy Sahsiah dan Majlis Pelantikan Duta Sahsiah 2026. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru, ibu bapa, murid2 dan semua warga sekolah kerana memberikan kerjasama yang paling padu dalam menjayakan program ini. Bukan setakat aktiviti menarik, malah pelbagai hadiah, makanan, kek, marrybrown, dan pelbagai juadah menjadi rezeki anak2 hari tersebut. Suatu kepuasan melihat wajah ceria, gelak tawa dan senyuman anak2 sepanjang hari. Semoga ianya menjadi memori terindah buat anak2 SKPK Muar.
Hari Sukan Negara & Sahsiah Peer Buddy SK Pendidikan Khas Muar Tahun 2025