Madrasah Tahfiz Al Quran At-Tarbiyah

Madrasah Tahfiz Al Quran At-Tarbiyah

Share

Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tarbiyah sangat komited memberikan Pendidikan Tahfiz yang terbaik buat semua pelajar.

06/04/2026
Photos from Madrasah Tahfiz Al Quran At-Tarbiyah's post 20/03/2026
Photos from PINTA Johor's post 19/02/2026
26/12/2025

PENDAFTARAN PELAJAR TAHFIZ TAHUN 2026

Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tarbiyah dengan ini membuka peluang pendaftaran kepada anak-anak yang berminat untuk mendalami dan menghafaz al-Quran dalam suasana pembelajaran yang berteraskan ilmu, adab dan tarbiyah Islamiah.

Program Tahfiz ini bertujuan melahirkan generasi huffaz yang berakhlak mulia, berdisiplin serta seimbang antara penguasaan al-Quran dan ilmu-ilmu agama.

Kelebihan Menuntut Ilmu dan Menghafal al-Quran

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Baginda ﷺ juga bersabda:

“Barangsiapa menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(Riwayat Muslim)

Sesungguhnya mendidik anak-anak dengan al-Quran adalah pelaburan dunia dan akhirat yang paling bernilai.

📌 Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada keluarga huffaz al-Quran.

Photos from Madrasah Tahfiz Al Quran At-Tarbiyah's post 15/12/2025

15/12/2025

Sedang berlangsung ujian syafawi untuk pelajar M.T.A.A. Banin dan Banat.

Pelajar akan diberikan 5 soalan untuk di jawab.pelajar juga tidak dibenarkan untuk menerima soalan dari guru selain dari guru kelas masing-masing.

Semoga para pelajar dapat menjawab soalan dengan sebaiknya.

28/08/2025

Tahniah...

🌺✨ KEPUTUSAN MAJLIS IHTIFAL ILMI IPIS NEGERI JOHOR 2025 ✨🌺

Segala puji bagi Allah, dengan izin dan rahmat-Nya, Majlis Ihtifal Ilmi IPIS Negeri Johor 2025 telah selamat melabuhkan tirai dengan penuh gilang-gemilang. Di sebalik setiap suara lantunan ayat suci, hujah bernas para syarahan, keindahan seni khat yang terukir, serta kemerduan alunan nasyid dan qasidah, terpancar cahaya ilmu, bakat dan semangat juang generasi pewaris agama.

🌿 Ihtifal kali ini bukan sekadar sebuah pertandingan, bahkan ia adalah medan tarbiyah; mengikat ukhuwah, menyalakan obor cinta ilmu, dan menzahirkan potensi pelajar Islam seluruh Johor.

🏆 Kedudukan Keseluruhan Daerah:

🥇 Johor Bahru – 9 Emas, 6 Perak, 4 Gangsa (43 Mata)
🥈 Tangkak – 8 Emas, 4 Perak, 5 Gangsa (37 Mata)
🥉 Batu Pahat – 6 Emas, 4 Perak, 9 Gangsa (35 Mata)

📊 Diikuti oleh:
4. Mersing – 25 Mata
5. Kota Tinggi – 20 Mata
6. Kulai – 19 Mata
7. Muar – 11 Mata
8. Segamat – 8 Mata
9. Kluang – 6 Mata
10. Pontian – 6 Mata

🌸 Tahniah yang setulusnya buat semua pemenang. Namun lebih dari itu, penghargaan besar juga ditujukan kepada semua peserta, guru pengiring, barisan hakim, urus setia, sukarelawan, dan seluruh tenaga yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

💫 Sesungguhnya kemenangan sebenar bukan hanya pada pingat yang digenggam, tetapi pada ilmu yang dipelajari, ukhuwah yang terjalin, dan pengalaman berharga yang terpahat dalam hati.

Moga Ihtifal Ilmi ini menjadi saksi bahawa Johor sedang membina generasi rabbani yang bakal memimpin ummah dengan al-Quran dan sunnah.

🌺 “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman...” (Surah At-Taubah: 105)

Photos from PINTA Johor's post 17/08/2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐑𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐎𝐃𝐈𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝟑 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝟏𝟖 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍

07/08/2025

MERAFAK SEMBAH,
SETINGGI-TINGGI JUNJUNG KASIH

PINTA Johor merafak sembah setinggi-tinggi junjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah atas kepimpinan yang penuh hikmah dan berjiwa rakyat.

PINTA Johor ingin merakamkan rasa dukacita dan terkilan apabila mendapati masih terdapat premis-premis yang memaparkan potret rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam keadaan tidak menutup aurat, sedangkan potret yang terkini memperlihatkan keanggunan baginda permaisuri dengan bertudung penuh sopan, selaras dengan imej seorang permaisuri Islam.

Sebagai isteri kepada Ketua Utama Negara yang juga Ketua Agama Islam bagi Persekutuan, potret rasmi Baginda Tuanku Permaisuri Agong seharusnya melambangkan nilai murni, akhlak Islam serta adab ketimuran yang tinggi – apatah lagi dalam premis-premis rasmi yang menjadi rujukan dan contoh kepada rakyat.

PINTA Johor menyuarakan kebimbangan bahawa ketidakpekaan terhadap isu ini boleh mencerminkan kecuaian dalam memelihara martabat institusi diraja serta nilai-nilai Islam yang sepatutnya menjadi teras dalam setiap penjuru pentadbiran negara. Ianya juga boleh mengundang kekeliruan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda terhadap peranan dan citra institusi raja sebagai penaung agama.

Sehubungan itu, PINTA Johor menyeru agar semua pihak bertanggungjawab – khususnya jabatan kerajaan, agensi, institusi pendidikan, dan badan berkanun – mengambil tindakan segera untuk menggantikan potret rasmi Tuanku Permaisuri Agong kepada potret terkini yang menampilkan baginda dengan bertudung, sebagai tanda kasih dan taat setia tidak berbelah bahagi kepada institusi diraja serta penghormatan terhadap imej Islam sebagai agama Persekutuan.

Semoga dengan langkah ini, kita bersama-sama dapat memartabatkan Islam di bumi bertuah ini serta menjunjung tinggi kedudukan Seri Paduka Baginda berdua sebagai payung kedaulatan negara.

Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA Johor).

Photos from PINTA Johor's post 30/07/2025

Tahniah...

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


SPB 3-1 SUNGAI PULAI LAUT SRI MENANTI
Muar
84160

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00