17/08/2026
β¨ PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM 5/2026 β¨
Alhamdulillah, telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 5/2026 pada 17 Ogos 2026 (Isnin) bertempat di Dataran Sri Amar.
π§βπ Unit Bertugas: Kadet Bomba & Penyelamat
Perhimpunan kali ini berlangsung dengan penuh tertib dan semangat, melibatkan semua pelajar serta warga sekolah. Pasukan badan beruniform turut hadir dengan uniform lengkap, menyerlahkan disiplin, kekemasan dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.
π Tahniah dan terima kasih kepada Kadet Bomba & Penyelamat serta semua warga SMK Datoβ Sri Amar Diraja atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.
π₯ Disiplin Diperkasa, Jati Diri Dibina!
01/08/2026
KEJOHANAN BOLA BALING MSS JOHOR 2026
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada enam orang pelajar SMK Dato' Sri Amar Diraja yang telah mengharumkan nama sekolah dengan mewakili MSSD Muar dalam Kejohanan Bola Baling MSS Johor 2026.
π
Kategori Perempuan Bawah 18 (P18)
π€Ύπ»ββοΈ Nur Aliah Aisyah binti Rosli (6B Arif)
π€Ύπ»ββοΈ Azliyana Zaffira binti Zaidi (3 Rajin)
π€Ύπ»ββοΈ Nur Idreena binti Abdullah (1 Sarjana)
π€Ύπ»ββοΈ Nurul Arina Syafiqah binti Abdullah (1 Sarjana)
π€Ύπ»ββοΈ Dhiyaa Izara binti Norsyawal (1 Sarjana)
β’ Membantu pasukan MSSD Muar P18 meraih Tempat Ke-4, sekali gus kembali berada dalam kelompok empat pasukan terbaik negeri selepas 14 tahun.
β’ Pasukan turut menerima Anugerah Pasukan Paling Berdisiplin kejohanan.
β’ Nurul Arina Syafiqah binti Abdullah turut muncul sebagai Penjaring Terbanyak Daerah Muar dengan 15 gol.
π
Kategori Lelaki Bawah 18 (L18)
π€Ύπ»ββοΈ Muhammad Haikal bin Missran (5 Rajin)
β’ Mewakili pasukan MSSD Muar L18 yang menamatkan kejohanan di Tempat Ke-9.
β’ Pasukan turut merangkul Anugerah Fair Play dan Anugerah Pertahanan Terbaik.
Tahniah kepada semua pelajar, jurulatih dan pengurusan pasukan atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama SMK Dato' Sri Amar Diraja pada masa akan datang.
31/07/2026
β½ TAHNIAH WIRA MUAR! π―π₯
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Sepak MSSJ Muar Bawah 15 atas kejayaan meraih TEMPAT KE-4 dalam Kejohanan MSSJ Bola Sepak 2026.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan hasil daripada semangat juang, disiplin, kerja keras serta komitmen tinggi para pemain dan barisan jurulatih sepanjang kejohanan berlangsung.
Tahniah kepada pemain SEDAR yang mewakili daerah Muar:
β½ Putra Danish Bin Ahmad Idrus (3 Elit)
β½ Mohd Rifqy Ezuwan Bin Mohd Ezuwan (3 Sarjana)
β½ Muhd Najib Bin Khairul Faizi (3 Elit)
β½ Amirul Aswad Bin Mohd Zamzarith (3 Elit)
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada jurulatih, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
Roar for Victory, Fight Like Tigers! π
π₯
30/07/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid Asrama SMK DATOβ SRI AMAR DIRAJA yang telah mewakili Asrama Sekolah Harian Daerah Muar ke Karnival Seni dan Sukan Peringkat Negeri Johor 2026.
Pencapaian adalah seperti berikut:
π₯ Naib Johan β Sepak Takraw
π₯ Naib Johan β Nyanyian Duo
π
Tempat Ke-6 β Badminton
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.
ππ
27/07/2026
π€² MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SERTA DOA SELAMAT SEMPENA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026
Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil serta Doa Selamat sempena Peperiksaan Percubaan SPM 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar secara dalam talian melalui Google Meet.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, Tn. Hj. Mohd Fuaad bin Mohd Sarmin, barisan pentadbir, guru-guru, Panitia Pendidikan Islam serta semua calon SPM 2026 yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini.
Semoga segala doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan ketenangan hati, kekuatan semangat serta kejayaan yang cemerlang kepada semua calon dalam menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2026 dan seterusnya SPM sebenar.
Semoga usaha yang disertai dengan doa dan tawakal akan membuahkan kejayaan yang diimpikan.
Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026! πΉ
27/07/2026
π SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERTULIS SPM 2026
Seluruh warga SMK Datoβ Sri Amar Diraja (SEDAR) mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026 yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan Bertulis SPM 2026 bermula 28 Julai 2026 hingga 20 Ogos 2026.
Peperiksaan percubaan merupakan medan terbaik untuk mengukur tahap penguasaan, mengenal pasti kelemahan serta memperkukuhkan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan SPM yang sebenar.
Teruskan berusaha dengan penuh keyakinan, berdisiplin dalam mengurus masa, dan iringi setiap usaha dengan doa. Jadikan setiap kertas peperiksaan sebagai peluang untuk memberikan yang terbaik.
βUsaha Hari Ini, Kejayaan Esok Hari.β
Semoga segala usaha yang telah dicurahkan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Warga SEDAR sentiasa mendoakan agar semua calon memperoleh keputusan yang membanggakan serta mencapai cita-cita yang diimpikan.
Selamat menjawab. Semoga berjaya! ππ
25/07/2026
π Setinggi-tinggi Tahniah kepada semua warga SMK Datoβ Sri Amar Diraja (SEDAR) yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025. π
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen serta kecemerlangan yang telah dipamerkan dalam melaksanakan amanah sebagai warga pendidik dan anggota perkhidmatan pendidikan.
π Penerima APC 2025:
β¨ Pn Liew Hwee Lie
β¨ Pn Usya Murni Binti Ayob
β¨ Cik Farahdiana Bt Mohd Oyub
β¨ Pn Indah Jumaβimah Binti Mahat
β¨ Pn Rozarita Bt Jamari
β¨ Pn Nur Farah Nadia Binti Mohd Nor
β¨ Pn Norakmar Binti Mohd Saidi
β¨ En Saufi Muhammad Athir Bin Asahari
β¨ Pn Nur Azeanti Binti M. Aslam Khan
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SEDAR untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berimpak tinggi demi kecemerlangan pendidikan.
Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan demi SEDAR, PPD Muar dan pendidikan negara. ππ
23/07/2026
KEPUTUSAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ASRAMA HARIAN DAERAH MUAR 2026
Tahniah diucapkan kepada murid-murid Asrama SMK DATOβ SRI AMAR DIRAJA (SEDAR) atas pencapaian cemerlang:
π₯ JOHAN β Pertandingan Sepak Takraw
π₯ JOHAN β Pertandingan Badminton
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.
! ππ
23/07/2026
π Setinggi-tinggi Tahniah π
Warga SMK Datoβ Sri Amar Diraja (SEDAR) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
CIKGU MOHAMAD FAUZE BIN SENIN
atas kejayaan cemerlang meraih ANUGERAH PLATINUM dan ANUGERAH PENULISAN TERBAIK dalam Seminar Kajian Tindakan Daerah Muar Tahun 2026 bagi Kategori Lepasan Menengah.
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kreativiti serta kecemerlangan dalam bidang penyelidikan pendidikan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus berkarya, berinovasi dan meningkatkan kualiti pendidikan.
Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan demi kecemerlangan pendidikan. ππ
21/07/2026
π SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS! π
Warga SMK DATOβ SRI AMAR DIRAJA (SEDAR) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada warga sekolah yang telah berjaya menerima Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).
GRED DG52 β DG54 (TAHUN 2024)
π Pn. Haslinda Binti Abd Hamid
GRED DG52/DG13 β DG54/DG14 (TAHUN 2025)
π En. Khoo See Ghee
GRED DG12 β DG13 (TAHUN 2025)
π Pn. Latipah Binti Lamat
π En. Mahizan Bin Inthnin
GRED DG9 β DG10 (TAHUN 2025)
π Pn. Norakmar Binti Mohd Saidi
GRED C2 β C3 (Pembantu Makmal)
π Pn. Azlin Bt Paat
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berdedikasi dan berintegriti demi kecemerlangan pendidikan serta kegemilangan SMK Datoβ Sri Amar Diraja.
Tahniah dan syabas atas kejayaan yang membanggakan ini!