14/04/2026
โจ๐ซ PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN ๐ซโจ
๐
Tarikh: 13.04.2026 (Isnin)
โฐ Masa: 7.30 pagi
๐ Tempat: Dataran SMK Tun Sulaiman Ninam Shah
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum bagi bulan April telah berjaya dijalankan di bawah Unit Kokurikulum di bawah kepimpinan Pengetua Dr Ramlah Binti Ab Khalid, PK Kokurikulum serta semua guru penasihat Unit Puteri Islam sekolah dengan sokongan padu daripada semua guru. ๐ฉโ๐ซ๐จโ๐ซ
Perhimpunan ini bukan sahaja mengukuhkan disiplin murid, malah menjadi medium untuk memupuk semangat kepimpinan, kerjasama dan jati diri dalam kalangan warga sekolah. ๐ช๐ค๐
Selain itu, perhimpunan ini juga memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan keyakinan diri, menonjolkan bakat serta memupuk semangat berpasukan dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan. ๐โโ๏ธ๐๏ธ๐
Diharapkan semua murid akan terus aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum demi melahirkan generasi yang seimbang dari segi sahsiah, kepimpinan dan kecemerlangan diri. ๐โจ
14/04/2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46 | 11 APRIL 2026 | SANGGAR INSPIRASI (SABTU)
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Sulaiman Ninam Shah telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April 2026 (Sabtu) dalam suasana penuh tertib, profesional dan berprestij, diserikan dengan kehadiran ibu bapa serta warga sekolah yang komited.
Mesyuarat ini merupakan wadah penting dalam memperkukuh sinergi strategik antara pihak sekolah dan ibu bapa ke arah memperkasa ekosistem pendidikan yang dinamik, inovatif dan berimpak tinggi. Usaha kolektif ini amat signifikan dalam memastikan pembangunan holistik murid-murid pintar cerdas terus dipacu ke tahap kecemerlangan yang lebih unggul, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi pemikir berwawasan global. Semoga segala keputusan dan resolusi yang dicapai dapat direalisasikan dengan penuh jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang telah hadir dan menyumbang dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus utuh dalam usaha melahirkan generasi unggul yang berilmu, berintegriti dan berkeupayaan mencorak masa depan.
14/04/2026
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK TUN SULAIMAN NINAM SHAH TAHUN 2026
๐๏ธ Jumaat| 10 April 2026
๐ฐ๏ธ 8.00 โ 11.45 pagi
๐ Kantin Sekolah Smk Tun Sulaiman Ninam Shah
Program ini menjadi platform yang amat bermakna dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekeluargaan serta memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti.
Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai juadah disediakan dan dikongsi bersama, diiringi suasana ceria yang jelas terpancar melalui senyuman serta kegembiraan para hadirin. Kehadiran yang begitu memberangsangkan membuktikan sokongan padu daripada semua pihak terhadap usaha murni ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua yang hadir serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus, menyumbang tenaga, masa dan idea dalam menjayakan majlis ini dengan jayanya terutama sekali para guru. Sesungguhnya, tanpa kerjasama dan komitmen semua, majlis ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan begitu cemerlang.
Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang penganjuran majlis ini. Segala teguran dan pandangan amatlah dihargai sebagai penambahbaikan pada masa akan datang.
Semoga kenangan indah ini terus terpahat dan menjadi pengikat silaturahim kita semua.
13/04/2026
๐PELUNCURAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SMK TUN SULAIMAN NINAM SHAH๐
๐
Tarikh: 8 April 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 7.30 pagi
Tempat : Sanggar Inspirasi
Semoga program ini dapat memupuk rasa kasih sayang, kebersamaan dan semangat positif dalam kalangan murid, guru serta seluruh warga Smk Tun Sulaiman Ninam Shah๐
13/04/2026
Nama Program : Jamuan Hari Raya Asrama Pusat Putera Smk Tun Sulaiman Ninam Shah
Tarikh : 9 April 2026 ( Khamis)
Masa : 8.45 malam - 10 malam
Tempat : Asrama Smk Tun Sulaiman Ninam Shah
13/04/2026
Majlis Peluncuran Bulan Akademik 2026
Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan
BAKEM
06 April 2026
7.15am -8.00am
08/04/2026
*Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Smk Tun Sulaiman Ninam Shah Tahun 2026 Kali ke 46*
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan hormatnya semua ibu bapa / penjaga murid Smk Tun Sulaiman Ninam Shah dijemput hadir pada ketetapan berikut :
๐
Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
๐ Masa: 8.00 pagi
๐ Tempat: Di Sanggar Inspirasi, Smk Tun Sulaiman Ninam Shah
๐ Cabutan bertuah dan pelbagai hadiah menarik disediakan!
โจ Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai bagi bersama-sama menjayakan mesyuarat ini demi kecemerlangan anak-anak Smk Tun Sulaiman Ninam Shah.
Jom hadir dan memeriahkan Mesyuarat Agung PIBG!
Sekian, terima kasih.
06/04/2026
Selamat bersara kepada Cikgu Rohana dan Selamat maju jaya kepada guru yang berpindah ke sekolah baru.
06/04/2026
MAJLIS SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI
CIKGU RIDHWAN BIN JAMALUDIN
&
USTAZAH SITI NADHIRAH BINTI MAT NOR
1 APRIL 2026
Pada hari yang penuh bermakna ini, kita berkumpul bagi meraikan dua insan pendidik yang amat berjasa, iaitu Cikgu Ridhwan dan Ustazah Siti Nadhirah.
Sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam dunia pendidikan, kedua-dua tokoh guru ini telah mencurahkan ilmu, tenaga dan kasih sayang kepada para pelajar tanpa mengenal penat lelah. Komitmen, kesabaran dan dedikasi yang ditunjukkan menjadi inspirasi kepada rakan guru serta meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan anak-anak didikannya.
Semoga perpisahan ini membuka lembaran baharu yang lebih tenang dan membahagiakan bersama keluarga tercinta. Kami mendoakan agar kedua-dua cikgu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan sentiasa dalam rahmat serta keberkatan Allah.
Jasa cikgu akan sentiasa dikenang, kenangan bersama akan terus terpahat di hati kami semua.
Selamat bersara dan terima kasih, cikgu.
06/04/2026
๐๐๐๐๐๐ "SEKALUNG BUDI,SEJAMBAK KASIH" ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ,
Puan Rohana Binti Zainun
Seluruh warga Smk Tun Sulaiman Ninam Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat insan yang begitu banyak berjasa kepada warga sekolah.
Terima kasih atas segala bakti, kepimpinan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Segala tunjuk ajar dan nasihat akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.
๐ธ ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง ๐๐๐ซ๐ฉ๐ข๐ฌ๐๐ก๐๐ง ๐ธ
Pergi ke taman memetik melati,
Harumnya bunga di waktu pagi;
Jasa dan budi tetap di hati,
Walau bersara dikenang lagi.
Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di dahan jati;
Bukan perpisahan yang kami tangisi,
Tetapi kenangan yang kekal abadi.
Semoga persaraan ini membawa seribu ketenangan, kesihatan yang berpanjangan dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
Selamat bersara dan selamat berbahagia cikgu. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.
06/04/2026
1 April 2026
Majlis Persaraan Puan Rohana Binti Zainun โจ
Telah berlangsung dengan penuh kenangan dan emosi, Majlis Persaraan Puan Rohana pada 1 April 2026 bertempat di Dataran Sulaiman, Smk Tun Sulaiman Ninam Shah.
Terima kasih tidak terhingga atas segala jasa dan bakti Cikgu Rohana sepanjang berkhidmat mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi, kasih sayang dan keikhlasan.
Penghargaan juga buat semua yang hadir memeriahkan majlis ini bagi sama-sama menyaksikan detik penuh bermakna ini.
Segala kenangan akan terus terpahat, segala jasa akan terus dikenang.
Selamat bersara Mak Ana, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah selepas ini. ๐
31/03/2026
KEPUTUSAN SPM 2025 SMK TUN SULAIMAN NINAM SHAH
Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2025 SMK Tun Sulaiman Ninam Shah yang telah menerima keputusan masing-masing hari ini! ๐โจ
Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk melangkah lebih jauh dalam mengejar cita-cita. Bagi yang belum mencapai sasaran, jadikan ini sebagai titik permulaan untuk terus berusaha dan tidak berputus asa.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan serta bimbingan yang tidak pernah putus.
Teruskan melangkah dengan yakin, kerana masa depan anda masih luas terbentang. ๐