30/07/2026
30.07.2026
🐘 Lawatan Sambil Belajar Tadika Perintis Ilmu ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah 🚌💚
Alhamdulillah, selesai sudah lawatan sambil belajar kami ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah dan Deerland.
Anak-anak bukan sahaja berpeluang melihat gajah dengan lebih dekat, malah mempelajari kepentingan memelihara hidupan liar dan menghargai alam sekitar. Pengalaman ini pastinya menjadi kenangan indah serta memberi ilmu baharu kepada mereka.
Terima kasih kepada semua ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan, guru-guru yang sentiasa menjaga dan membimbing anak-anak sepanjang perjalanan.
Semoga pengalaman hari ini menjadi inspirasi untuk anak-anak terus mencintai alam dan haiwan. ❤️🐘