SMK Pujut

Call Directions Website Contact the school

SMK Pujut FB rasmi (official) SMK Pujut
yang memaparkan info dan aktiviti sekolah. Tel: 085-657349
Faks: 085-658793
Emel: [email protected]
[email protected]

Sebarang urusan RASMI, sila hubungi pihak pentadbiran atau berjumpa terus dengan pihak pentadbiran. Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut (SMKP) telah dibuka pada 5 Januari 2004. Ia terletak di kawasan Senadin, Miri kira-kira 11 km dari Bandaraya Miri. Sekolah ini meliputi kawasan seluas 11.116 hektar ataupun 27.4 ekar. Pelan asal SMK Pujut ini terletak di kawasan Pujut, Miri tetapi telah ditempatkan semula ke kawasan baru iaitu di Senadin, Miri. Walau bagaimanapun, nama sekolah dikekalkan dengan nama SMK Pujut. Pada permulaan pembukaan pada tahun 2004, SMK Pujut mempunyai seramai 1005 warga sekolah. Jumlah ini merangkumi 39 staf akademik, 9 orang staf sokongan dan 957 orang pelajar. Bilangan kelas adalah sebanyak 23 buah merangkumi 2 kelas peralihan, 7 kelas tingkatan 1, 5 kelas Tingkatan 3 dan 2 kelas aliran sastera. Kini, sebanyak 73 kelas telah diwujudkan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat dengan sebuah kelas peralihan, 14 buah kelas tingkatan 2 dan tingkatan 3, serta 15 buah kelas bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan kapasiti pelajar seramai 2429 orang. Sekolah bukan berasrama penuh yang pertama di Miri ini diberi kelayakan untuk menubuhkan Kelas Rancangan Khas (KRK) tingkatan 4 bermula pada tahun 2010. Ia hasil daripada kepercayaan pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Sarawak kerana sekolah ini mendapat kejayaan lebih daripada 50% pelajar KRK tingkatan 3-nya (2008) di bawah Jabatan Pelajaran Sarawak mendapat semua A dalam PMR 2008. Pada tahun 2009, SMK Pujut melakar sejarah apabila 20 orang pelajar PMR-nya mendapat semua A dalam mata pelajaran meningkat daripada 16 orang daripada tahun sebelumnya. Kejayaan ini membuktikan bahawa walaupun pada usia sekolah yang masih muda, sekolah ini mampu bersaing dengan sekolah lain yang sudah lama ditubuhkan di bandar raya Miri.

20/09/2026
20/09/2026
20/09/2026

🌷 PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM BERSEPADU SMK PUJUT 2026 🌷

Perkhemahan Badan Beruniform Bersepadu SMK Pujut 2026 telah diadakan pada 19 September 2026 (Sabtu), bermula pada jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di Dewan Newton, SMK Pujut.

Program ini merupakan anjuran bersama Unit Beruniform Puteri Islam dan Persatuan Pengakap, dengan melibatkan penyertaan 9 unit beruniform sekolah dan seramai 90 orang murid.

Antara objektif utama program ini adalah untuk membentuk disiplin diri dalam kalangan murid, memupuk semangat kerjasama dan setiakawan, serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas perkhemahan.

Program sehari ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya, hasil daripada komitmen, kerjasama dan kesungguhan yang tinggi daripada semua ahli jawatankuasa guru serta para peserta yang terlibat.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membentuk murid yang lebih berdisiplin, berdikari dan berketerampilan. πŸŒ·πŸ‘

Sekalung tahniah diucapkan kepada guru-guru SMK Pujut yang telah menyertai Program Pembangunan Kompetensi Guru (Bengkel ...
20/09/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada guru-guru SMK Pujut yang telah menyertai Program Pembangunan Kompetensi Guru (Bengkel AI) yang merangkumi Google Certified Educator Level 1 & 2, Gemini Certified Educator, Canva AI dan Apple Teacher.
AI untuk Guru, Pendidikan Lebih Maju.
Memperkasa kompetensi digital guru ke arah pendidikan yang inovatif, kreatif dan berdaya saing.

Selamat Hari Malaysia kepada semua warga SMK Pujut πŸ‡²πŸ‡Ύ
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia kepada semua warga SMK Pujut πŸ‡²πŸ‡Ύ

SYABAS atas pencapaian membanggakan dalam kejohanan 25th  Miri Invitational Age Group Swimming championship 2026!Tahniah...
15/09/2026

SYABAS atas pencapaian membanggakan dalam kejohanan 25th Miri Invitational Age Group Swimming championship 2026!

Tahniah kepada Kornelius Shikai Mering dari kelas 3 Serian atas kejayaan meraih Pingat Gangsa !

Kejayaan ini adalah hasil usaha, disiplin, keberanian dan semangat juang yang tinggi. Anda bukan sekadar membawa pulang sebuah pingat, tetapi telah membawa pulang sebuah inspirasi berharga buat semua bahawa kejayaan adalah milik mereka yang berani mencuba, gigih berusaha dan tidak pernah berputus asa.

Teruskan berenang, berjuang dan terus melakar kejayaan demi sukan untuk negara....

Pejabat Pendidikan Daerah Miri
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

TAHNIAH DAN SYABAS, TEAM SMK PUJUT! Tahniah kepada Team Eco-Engineers atas kejayaan meraih:πŸ† JOHAN (CHAMPION)🌱 Kategori:...
08/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS, TEAM SMK PUJUT!

Tahniah kepada Team Eco-Engineers atas kejayaan meraih:

πŸ† JOHAN (CHAMPION)
🌱 Kategori: Green Technology

dalam Sarawak International Creativity, Innovation & Technology Exhibition (SICITEX) 2026, anjuran ADTEC JTM Kampus Miri pada 28–29 Ogos 2026.

Ahli Team Eco-Engineers:

Shahreena Meheron (2 KSN 1)
Aaron Lidem Boniface (2 KSN 1)
Eunice Anak Kevin (2 KSN 1)
Shaheen Arrya Meheron (4 ST)

Guru Pembimbing:
Cikgu Zorah Devi Thanimalay

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Pujut untuk terus berkarya, berinovasi dan mencipta kecemerlangan dalam bidang teknologi hijau! πŸŒΏπŸ’‘βœ¨

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Pejabat Pendidikan Daerah Miri

SYABAS atas pencapaian membanggakan di MSSM Terengganu 2026!Tahniah kepada MUHAMMAD AFHAM AMSYAR BIN ASLAN dari kelas 2 ...
08/09/2026

SYABAS atas pencapaian membanggakan di MSSM Terengganu 2026!

Tahniah kepada MUHAMMAD AFHAM AMSYAR BIN ASLAN dari kelas 2 Roban atas kejayaan meraih Pingat Perak Peringkat Kebangsaan dalam acara Pelayaran Kategori Optimist Berpasukan, MSSM Terengganu 2026.

Kejayaan ini adalah hasil usaha, disiplin, keberanian dan semangat juang yang tinggi. Anda bukan sekadar membawa pulang sebuah pingat, tetapi telah membawa pulang sebuah inspirasi berharga buat semua bahawa kejayaan adalah milik mereka yang berani mencuba, gigih berusaha dan tidak pernah berputus asa.

Teruskan berlayar, teruskan berjuang dan terus melakar kejayaan.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Pejabat Pendidikan Daerah Miri

TAHNIAH atas pencapaian hebat di pentas SUKMA 2026!Syabas MUHAMMAD AFHAM AMSYAR BIN ASLAN dari kelas 2 Roban atas kejaya...
08/09/2026

TAHNIAH atas pencapaian hebat di pentas SUKMA 2026!

Syabas MUHAMMAD AFHAM AMSYAR BIN ASLAN dari kelas 2 Roban atas kejayaan meraih Pingat Gangsa Peringkat Kebangsaan dalam acara Pelayaran Kategori Optimist Berpasukan, SUKMA XXI Selangor 2026.

Usaha membawa hasil, disiplin membina kejayaan dan semangat membawa kemenangan. Semoga semangat juang yang ditunjukkan menjadi inspirasi kepada semua bahawa tiada usaha yang sia-sia dan tiada impian yang mustahil untuk dicapai.

Teruskan berlayar, teruskan berjuang dan terus melakar kejayaan.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Pejabat Pendidikan Daerah Miri

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†Setinggi-tinggi tahniah kepada:Shahreena Meheron (2 KSN 1)Aaron Lidem Boniface (2 KSN 1)atas keja...
08/09/2026

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah kepada:

Shahreena Meheron (2 KSN 1)
Aaron Lidem Boniface (2 KSN 1)

atas kejayaan meraih Anugerah Platinum (Top 5) dalam Pertandingan PBL-STEM Bersepadu Peringkat Negeri Sarawak, bersempena dengan Simposium Duta Guru yang telah diadakan dari 21-22 Ogos 2026 di Curtin University Malaysia, Miri.

Program ini dianjurkan oleh Duta Guru Miri dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Miri.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berinovasi dan mencapai kecemerlangan dalam bidang STEM.

Tahniah! Kami bangga dengan pencapaian anda! 🌟

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Pejabat Pendidikan Daerah Miri

Address

Lot 3119, Jalan Pulasan, Desa Senadin
Miri
98100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:30
Tuesday 08:00 - 18:30
Wednesday 08:00 - 18:30
Thursday 08:00 - 18:30
Friday 08:00 - 11:45
14:00 - 18:30

Telephone

+6085657349

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Pujut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Pujut:

Shortcuts

Share

Category