Tahfiz - ABIM Al Hidayah Miri Sarawak.

Tahfiz - ABIM Al Hidayah Miri Sarawak. " Ke Arah Membentuk Generasi Al-Quran "

𝗧𝗔𝗔𝗛𝗠 berperanan dalam membentuk anak-anak dengan pengisian agama secara bersepadu yang berorentasikan sistem pengajian Islam & Al-Quran.

𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 :
Isnin hingga Jumaat : 2pm — 5pm

11 April 2026 | 22 Syawal 1447HMAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI TAHFIZ-ABIM 2026Tahfiz-ABIM ingin merakamkan ucapan terima ...
11/04/2026

11 April 2026 | 22 Syawal 1447H

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI TAHFIZ-ABIM 2026

Tahfiz-ABIM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, baik dari segi sumbangan,penyediaan juadah mahupun persembahan. jutaan terima kasih semua.


RAMAH TAMAH AIDILFITRI TAHFIZ-ABIM 2026

11 April 2026 | 22 Syawal 1447HMAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI TAHFIZ-ABIM 2026Alhamdulillah. Selesai Majlis yang diadakan...
11/04/2026

11 April 2026 | 22 Syawal 1447H

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI TAHFIZ-ABIM 2026

Alhamdulillah. Selesai Majlis yang diadakan hari ini. Moga dengan majlis ini dapat mempererat silaturahmi antara ibubapa,guru, kakitangan, dan para pelajar.

Pihak Tahfiz-ABIM juga berharap majlis ini dapat menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan Tahfiz-ABIM. Semoga sambutan ini menjadi platform untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengeratkan ukhuwah


RAMAH TAMAH AIDILFITRI TAHFIZ-ABIM 2026

12-13 Mac 2026 | Khamis & Jumaat Agihan Sedekah Ramadan 1447H“Rasulullah SAW seorang yang paling pemurah dan menjadi leb...
18/03/2026

12-13 Mac 2026 | Khamis & Jumaat

Agihan Sedekah Ramadan 1447H

“Rasulullah SAW seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan...”

Sedikit tapi berarti. sungguh luar biasa nikmat berbagi, tidak seberapa banyak kita memberi. Meskipun sedikit asalkan ikhlas itu sangat berarti. 🥰🤲🏻

Secebis rezeki dititipkan segunung doa kami harapkan 🥰🤲🏻

13 Mac 2026 | Jumaat Majlis Khatam Al-Quran 2026 & Aktiviti membuat Kraf Ramadhan sempena bulan Ramadhan ( Pra A )Majlis...
18/03/2026

13 Mac 2026 | Jumaat

Majlis Khatam Al-Quran 2026 & Aktiviti membuat Kraf Ramadhan sempena bulan Ramadhan ( Pra A )

Majlis Khatam Al-Quran 2026 menjadi penutup kepada usaha tadarus sepanjang Ramadan, menghimpunkan para pendidik & pelajar Tahfiz-ABIM dalam suasana penuh syukur dan keberkatan.

6 MAC 2026 | PERISTIWA NUZUL AL-QURANPenerangan Peristiwa Nuzul al-Quran & Aktiviti 3D Al-Quran Tahfiz - ABIM Al Hidayah...
06/03/2026

6 MAC 2026 | PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Penerangan Peristiwa Nuzul al-Quran & Aktiviti 3D Al-Quran Tahfiz - ABIM Al Hidayah Miri Sarawak.

PERISTIWA NUZUL AL QURAN

ALLAH SWT memilih bulan Ramadan berlakunya peristiwa dimana diturunkan Al Quran dan ini menunjukkan kelebihan bulan yang mulia dan berkat ini.

Al Quran adalah kitab yang kekal dan bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi sahaja tetapi Al Quran sesuai sepanjang zaman dan panduan bagi semua keadaan.

Semoga ALLAH kurniakan pada kita taufiq dan hidayah untuk mempelajari isi Al Quran dan beramal dengannya & menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan melazimi dalam membaca Al-Quran serta beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab-Nya. insyaAllah, Aamiin.



|2026

03 Mac 2026 | 13 Ramadhan 1447HAktiviti Art 3D Teleskop anak-anak  Tahfiz - ABIM Al Hidayah Miri Sarawak. Mengaitkan den...
03/03/2026

03 Mac 2026 | 13 Ramadhan 1447H

Aktiviti Art 3D Teleskop anak-anak Tahfiz - ABIM Al Hidayah Miri Sarawak. Mengaitkan dengan pembelajaran tentang bulan dan fenomena gerhana.



3 MAC 2026 | 13 RAMADAN 1447HKAIFIYAT SOLAT SUNAT GERHANA BULANSolat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ) da...
03/03/2026

3 MAC 2026 | 13 RAMADAN 1447H

KAIFIYAT SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh di Malaysia atau juga dikenali sebagai Blood Moon dijangka akan berlaku pada 3 Mac 2026 ( Malam nanti ), menurut portal rasmi Agensi Angkasa Malaysia ( MYSA ).

Semoga fenomena ini menjadi peringatan kepada kita semua tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.


SALAM RAMADAN AL-MUBARAK | 1 RAMADAN 1447Hيَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ ع...
18/02/2026

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK | 1 RAMADAN 1447H

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ(١٨٣)

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
[ Surah Al Baqarah - ayat 183 ]

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt telah dipertemukan lagi kita pada bulan yang agung, penuh dengan kerahmatan Allah swt, bulan Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun sebelumnya, aamin ya Rabb

Salam Ramadhan 1447H dari kami Tahfiz-ABIM Al Hidayah Miri

.

09/02/2026

SUARA AZAN

Dialunkan oleh pelajar Tahfiz-ABIM ( Tahap 2 ), Adik Qashiff Airil.

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ

“Jika kamu mendengar suara azan, jawablah seperti dikumandangkan oleh Muazzin."
[ Riwayat Muslim, no : 383 ]

Moga setiap lafaz menjadi pahala berpanjangan dan menyentuh hati yang mendengar. 🤍

-ABIMAlHidayahMiri
-Quran

16 Januari 2026 | Jumaat MINGGU ORIENTASI | PERHIMPUNAN PERTAMA TAHFIZ-ABIM 2026Alhamdulillah, Selamat datang dan ahlan ...
16/01/2026

16 Januari 2026 | Jumaat

MINGGU ORIENTASI | PERHIMPUNAN PERTAMA TAHFIZ-ABIM 2026

Alhamdulillah, Selamat datang dan ahlan wa sahlan kepada semua pelajar baharu. Semoga Allah SWT memberkati langkah anak-anak dalam menuntut ilmu dan membentuk akhlak yang mulia di Tahfiz-ABIM & pada para pelajar lama agar terus menunjukkan akhlak yang baik, menjadi teladan kepada pelajar baharu serta konsisten menjaga hafazan dan amalan.

Tidak lupa juga barisan Guru-guru Tahfiz-ABIM, Semoga Allah SWT menguatkan langkah para guru Tahfiz, memudahkan urusan mendidik, dan mengurniakan keberkatan dalam setiap pengorbanan.

-ABIM Al Hidayah Miri
-Quran

Khamis | 15 Januari 2026MINGGU ORIENTASI | RIADAH Alhamdulillah, semoga aktiviti-aktiviti ini dapat mengeratkan ukhuwah ...
16/01/2026

Khamis | 15 Januari 2026

MINGGU ORIENTASI | RIADAH

Alhamdulillah, semoga aktiviti-aktiviti ini dapat mengeratkan ukhuwah dan menjadi permulaan yang baik dalam perjalanan menuntut ilmu di Tahfiz-ABIM.

Senyuman, gelak tawa dan semangat kebersamaan mewarnai aktiviti riadah minggu orientasi.

.

Address

Lot 2387, Jalan Galing, Piasau Jaya Fasa 2
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085658879

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tahfiz - ABIM Al Hidayah Miri Sarawak. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tahfiz - ABIM Al Hidayah Miri Sarawak.:

Shortcuts

Share