Pan Borneo Technical College

Pan Borneo Technical College Pan Borneo Technical College is established to cater for the growing demand of skilled workers in Sarawak mainly in the Mechatronic related field.

🏭 LAWATAN INDUSTRILawatan ke beberapa industri telah dijalankan bagi memantau perkembangan para pelajar Diploma Pan Born...
24/08/2026

🏭 LAWATAN INDUSTRI

Lawatan ke beberapa industri telah dijalankan bagi memantau perkembangan para pelajar Diploma Pan Borneo Technical College yang sedang menjalani Latihan Industri selama 4 bulan.

Latihan Industri memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman sebenar di tempat kerja, mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari, meningkatkan disiplin dan keyakinan diri serta memahami budaya kerja dalam industri.

Semoga para pelajar memanfaatkan peluang ini sebaiknya sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan.

β€œPengalaman di industri, langkah awal menuju kerjaya.” πŸ’ͺβš™οΈ

πŸŽ“ PRO-DR Roadshow 2026 | SMK Lingga, SarawakPerjalanan Project of Dream Realized (PRO-DR) Roadshow 2026 diteruskan ke SM...
20/08/2026

πŸŽ“ PRO-DR Roadshow 2026 | SMK Lingga, Sarawak

Perjalanan Project of Dream Realized (PRO-DR) Roadshow 2026 diteruskan ke SMK Lingga, Sarawak sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya pada 17 Ogos 2026! πŸš€βœ¨

Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka dunia pendidikan, TVET, teknologi dan kerjaya dalam suasana yang interaktif dan penuh inspirasi.

Antara pengisian menarik sepanjang program ialah:

πŸ”Ή Education & Career Exhibitions
πŸ”Ή TVET Masters Competitions – Make Up, Prompt AI & Beading
πŸ”Ή Future Tech Showcase
πŸ”Ή PRO-DR: EA FC 2026 Challenge 2026
πŸ”Ή STEM Hands-On Exhibitions oleh TEGAS, Pandai Edu & Petrosains
πŸ”Ή Planetarium Sultan Iskandar Showcase
πŸ”Ή Solo Acoustic Performance oleh local artist, Jalie
πŸ”Ή Career Exploration Program oleh PERKESO Sarawak
πŸ”Ή Motivational Talk oleh UNIMAS Counselors & Ayak CUT
πŸ”Ή Oil & Gas Talk oleh PETROS
πŸ”Ή Hala Tuju Pendidikan dan Kerjaya selepas SPM & STPM
πŸ”Ή PRO-DR Interactive Quiz Games & Mathematics Fun Games
πŸ”Ή PRO-DR 2026 Lucky Draw 🎁

Kemuncak program turut menyaksikan Project of Dream Realized Roadshow 2026 Launching Ceremony pada jam 10.30 pagi, sebelum para pelajar meneruskan sesi penerokaan pendidikan dan kerjaya sehingga program berakhir pada jam 3.00 petang.

Turut memberikan sokongan kepada program ini ialah YB Puan Dayang Noorazah Binti Awang Sohor (N.28) – Board of Trustees.

Terima kasih kepada pihak SMK Lingga, para guru, pelajar serta semua pihak yang terlibat atas sambutan dan kerjasama yang diberikan. Semoga PRO-DR terus menjadi platform dalam membuka lebih banyak peluang dan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengenali potensi, membina impian dan merealisasikan masa depan mereka. 🌟

Project of Dream Realized (PRO-DR) β€” Dream It. Believe It. Realize It. πŸš€

πŸ“šβœ¨ PRO-DR Roadshow 2026!Seterusnya, kami meneruskan perjalanan PRO-DR Roadshow 2026 ke SMK Kapit, Kapit, Sarawak! πŸŽ“πŸš€ Pro...
14/08/2026

πŸ“šβœ¨ PRO-DR Roadshow 2026!

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan PRO-DR Roadshow 2026 ke SMK Kapit, Kapit, Sarawak! πŸŽ“πŸš€ Program ini menjadi satu platform untuk kami memperkenalkan Pusat Bertauliah serta berkongsi maklumat mengenai peluang pendidikan, program TVET dan laluan kerjaya dalam bidang kemahiran kepada para pelajar.

Terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Tidak lupa juga penghargaan kepada YB Encik Wilson Nyabong Anak Ijang (N.61) – Board Of Trustees atas sokongan yang diberikan. πŸ™Œβœ¨

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan membantu para pelajar membuat pilihan yang tepat untuk masa depan mereka! πŸ’ͺπŸ“–

πŸ“šβœ¨ PRO-DR Roadshow 2026!Sambung lagi perjalanan kami dalam PRO-DR Roadshow 2026! Selepas sebelum ini kami berkesempatan ...
12/08/2026

πŸ“šβœ¨ PRO-DR Roadshow 2026!

Sambung lagi perjalanan kami dalam PRO-DR Roadshow 2026! Selepas sebelum ini kami berkesempatan menyertai program di SMK Belawai, Tanjung Manis, kali ini kami p**a berada di SMK Kai Chung pada 12 Ogos 2026 untuk bersama-sama berkongsi dan memperkenalkan peluang dalam bidang TVET dan kemahiran. πŸŽ“πŸ› οΈ

Program ini dianjurkan oleh TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak) dan menjadi satu platform yang sangat baik untuk kami memperkenalkan Pusat Bertauliah, program TVET serta laluan kerjaya dalam bidang kemahiran kepada para pelajar.

Untuk program kali ini, para pelajar daripada 12 buah sekolah turut terlibat, iaitu SMK Meradong, SMK Bandar Sarikei, SMK Tinggi, SMK Sungai Paoh, SMK St. Anthony, SMK Sarikei Baru, SMK Julau No. 2, SMK Julau, SMK Pakan, SMK Bandar Bintangor, SMK Kai Chung dan SMK Tong Hua.

Kami juga amat berbesar hati dengan kehadiran YB Datuk Ding Kuong Hiing (N.46) – Board of Trustees yang turut hadir memberikan sokongan kepada program ini. 🀝

Terima kasih kepada TEGAS, pihak SMK Kai Chung, semua sekolah yang terlibat, para guru serta para pelajar atas sambutan dan kerjasama yang diberikan.
Semoga perkongsian dan pendedahan seperti ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk mengenali dunia TVET dan pendidikan kemahiran dengan lebih dekat serta membantu mereka dalam membina laluan kerjaya pada masa akan datang. πŸš€πŸŽ“

Teruskan melangkah, teruskan belajar, dan bina masa depan melalui kemahiran! πŸ’ͺ✨


πŸŽ“βœ¨ PRO-DR Roadshow 2026 | SMK Belawai10 Ogos 2026 menjadi satu lagi pengalaman bermakna buat kami apabila berkesempatan ...
10/08/2026

πŸŽ“βœ¨ PRO-DR Roadshow 2026 | SMK Belawai

10 Ogos 2026 menjadi satu lagi pengalaman bermakna buat kami apabila berkesempatan bersama para pelajar di SMK Belawai, Sarawak menerusi program PRO-DR Roadshow 2026.

Pelbagai perkongsian berkaitan TVET, pendidikan kemahiran dan peluang kerjaya telah disampaikan bagi memberi gambaran kepada para pelajar tentang peluang yang tersedia dalam dunia kemahiran.

Terima kasih kepada pihak SMK Belawai dan YB Datuk Haji Len Talif Salleh (N.41), Chairman, atas sokongan serta sambutan yang sangat baik sepanjang program berlangsung. 🀝

Semoga perkongsian hari ini menjadi langkah kecil yang memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus mengenali, meneroka dan memilih laluan TVET pada masa akan datang. πŸš€πŸ”§πŸŽ“

πŸ“šβœ¨ PRO-DR Roadshow 2026! Pada 8 Ogos 2026, kami telah mengikuti PRO-DR Roadshow yang berlangsung di Kolej Tingkatan 6, S...
10/08/2026

πŸ“šβœ¨ PRO-DR Roadshow 2026! Pada 8 Ogos 2026, kami telah mengikuti PRO-DR Roadshow yang berlangsung di Kolej Tingkatan 6, Saratok, Sarawak. Program ini menjadi satu platform untuk kami memperkenalkan Pusat Bertauliah serta berkongsi maklumat mengenai peluang pendidikan, program TVET dan laluan kerjaya dalam bidang kemahiran kepada para pelajar. Terima kasih kepada pihak Kolej Tingkatan 6 Saratok dan YB Encik Friday Anak Belik (N.39), Board of Trustees atas sokongan dan sambutan yang diberikan. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit pendedahan dan inspirasi kepada para pelajar untuk meneroka dunia TVET! πŸŽ“πŸ€


πŸ“21 Julai 2026 | Lawatan PentauliahanPan Borneo Technical College telah menerima Lawatan Pentauliahan yang dikendalikan ...
29/07/2026

πŸ“21 Julai 2026 | Lawatan Pentauliahan

Pan Borneo Technical College telah menerima Lawatan Pentauliahan yang dikendalikan oleh Encik Wan Jiman dan Encik Rahman daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Sarawak.

Lawatan ini bertujuan menilai pematuhan institusi terhadap standard dan keperluan pentauliahan bagi memastikan kualiti penyampaian latihan TVET sentiasa berada pada tahap terbaik.

Pihak Pan Borneo Technical College merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Wan Jiman dan Encik Rahman atas segala bimbingan, pandangan serta cadangan penambahbaikan yang diberikan. Segala teguran yang diterima akan dijadikan panduan untuk terus meningkatkan mutu pengurusan, latihan dan kecemerlangan institusi.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan Pan Borneo Technical College dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkualiti dan memenuhi keperluan industri.

Tahniah dan Syabas! πŸŽ‰πŸ‘Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelatih SKM Tahap 2 yang telah be...
29/07/2026

Tahniah dan Syabas! πŸŽ‰πŸ‘

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelatih SKM Tahap 2 yang telah berjaya menamatkan Peperiksaan Akhir Teori dan Amali.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, komitmen, disiplin dan kesungguhan yang telah anda tunjukkan sepanjang mengikuti latihan. Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya, bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri, malah menjadi bekalan berharga dalam membina kerjaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan jangan pernah berhenti menimba ilmu. Perjalanan anda dalam dunia TVET masih panjang dan penuh dengan peluang untuk terus berkembang.

Jumpa lagi di SKM Tahap 3! Semoga anda semua terus berjaya dan menjadi tenaga kerja mahir yang berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Pihak Pan Borneo Technical College turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pegawai Penilai, Encik Mazlan, atas komitmen, dedikasi dan profesionalisme beliau dalam memantau serta memastikan perjalanan Peperiksaan Akhir Teori dan Amali sepanjang dua (2) hari berlangsung dengan lancar, teratur dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Tahniah sekali lagi kepada semua pelatih, dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pelaksanaan peperiksaan ini. 🌟



Persediaan Pentauliahan Pusat Bertauliah (PB)17 julai 2026Bagi memastikan proses pentauliahan berjalan dengan lancar, pi...
27/07/2026

Persediaan Pentauliahan Pusat Bertauliah (PB)

17 julai 2026

Bagi memastikan proses pentauliahan berjalan dengan lancar, pihak Pan Borneo Technical College telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama semua pengurusan dan tenaga pengajar bagi menyemak serta memastikan semua dokumen, evidens dan keperluan pentauliahan disediakan dengan lengkap mengikut kehendak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Segulai Sejalai."Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.Dengan penuh rasa bangga, warga Kolej Pan Borneo Tec...
22/07/2026

Segulai Sejalai."

Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.

Dengan penuh rasa bangga, warga Kolej Pan Borneo Technical College mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak. Semoga semangat perpaduan, kepelbagaian budaya dan kecemerlangan terus menjadi kekuatan dalam memacu kemajuan negeri yang kita cintai.

Sarawak Maju Makmur. Selamat Hari Sarawak! β€οΈπŸ’›πŸ–€


Address

Lot 1615, 1623 & 1624 Jalan Miri By-Pass Eastwood Valley Industry Park
Miri
98000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60129125066

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pan Borneo Technical College posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pan Borneo Technical College:

Shortcuts

Share