27/09/2026
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SAFE
(School Anti-Bullying Framework for Empowered)
Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Agama (MIS) Miri atas kejayaan menganjurkan Majlis Pelancaran Program SAFE.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli, memupuk sikap saling menghormati serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli.
Melalui amalan 6S – Senyum, Salam, Sapa, Sopan, Santun dan Sayang, warga sekolah digalakkan untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian demi membina hubungan yang positif dan mengeratkan perpaduan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ku Mohammad Nadjri (Guru Bimbingan dan Kaunseling), Cikgu Muhammad Alim Akhtar dan Cikgu Muhammad Fauzan Hakimi guru praktikum dari IPG Kampus Sarawak, Miri, serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) atas segala usaha, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini.
Bersama-sama kita membanteras buli dan menjadikan sekolah kita tempat yang selamat, mesra dan penyayang untuk semua!