14/11/2025
14 November 2025 | Jumaat
๐๐จ๐ฅ๐๐ญ ๐๐๐ฃ๐๐ญ ๐๐๐ง ๐๐ณ๐ข๐ง ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ก๐๐ฉ 3 ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐
Alhamdulillahi Rabbil โalamin. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, Majlis Solat Hajat dan Izin Ilmu bagi persediaan anak-anak kita menghadapi ujian telah dapat dilaksanakan dengan baik dan penuh keberkatan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat baginda yang mengikuti sunnah baginda hingga ke hari akhirat.
Pada hari yang mulia ini, kita telah sama-sama menadah tangan memohon pertolongan dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga segala ilmu yang dipelajari oleh anak-anak ini diberkati, dilapangkan ingatan mereka, ditajamkan kefahaman dan dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi ujian nanti.
Kami juga berdoa agar anak-anak ini menjadi generasi yang soleh dan solehah, berakhlak mulia, pintar, beradab serta sentiasa berada di bawah lindungan dan bimbingan Allah SWT.
---
Ucapan Penghargaan
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada:
โข Para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dengan menghantar anak-anak ke sekolah kami.
โข Para guru yang sabar mendidik serta membimbing anak-anak setiap hari.
โข Ustaz Madzlan bin Majid, yang telah mengimamkan Solat Hajat dan memimpin doa khusus untuk anak-anak TASKI yang akan menduduki ujian pada 15 November 2025.
Semoga segala kebaikan yang dilakukan pada hari ini dicatat sebagai amal jariah dan diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Marilah kita terus berdoa agar anak-anak ini dikurniakan ketenangan hati, kecerdasan fikiran dan kelancaran ketika menjawab soalan. Semoga mereka lulus dengan cemerlang, menjadi kebanggaan kita semua dan berjaya meneruskan persekolahan di SK Agama (MIS) Miri bagi sesi 2026 nanti.