Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang KTDTHB adalah sekolah yang tertua di Sarawak. Kolej ini adalah antara sekolah khas yang disegani hingga ke hari ini. Hutchens.

Mula beroperasi pada tahun 1957, sekolah ini telah banyak melahirkan pemimpin-pemimpin yang kini ramai bergelar Menteri. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang terletak di atas sebuah bukit bernama Tanjong Lobang di Bahagian Miri, Sarawak, yang menghala ke Laut China Selatan. Hal ini demikian kerana sejak ditubuhkan lebih suku abad yang lalu, Kolej telah menjadi tempat membina ilmu beribu-ribu pelajar

di bumi Kenyalang ini. Justeru Kolej telah melahirkan ramai tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang. Dengan menyingkap kembali sejarah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, kita dapat menyaksikan Kolej ini berjaya mengekalkan imejnya sebagai salah sebuah institusi pendidikan terpilih, melalui kejayaan yang dicapai dalam kedua-dua bidang kurikulum dan kokurikulum. Sejarah awal Kolej bermula pada tahun 1956 melalui cadangan kerajaan Sarawak untuk menubuhkan beberapa buah sekolah menengah kerajaan berasrama untuk pelajar-pelajar pelbagai kaum dari kawasan luar bandar. Usaha ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1957 Government Secondary School Miri yang merupakan sekolah kerajaan yang pertama di Miri telah dibina. Sebanyak 6 orang tenaga akademik dan 87 orang pelajar telah memulakan sesi persekolahannya yang pertama. Pelajar yang berbilang kaum ini datang dari bahagian Miri dan Limbang. Sebanyak 4 buah kelas telah dibuka iaitu satu kelas Darjah Lima bagi menempatkan pelajar-pelajar bumiputera bahagian Miri dan Limbang dan kelas Peralihan bagi pelajar-pelajar aliran bahasa Cina yang tamat Darjah 6, Tingkatan 4 dan kelas untuk guru-guru pelatih. Empat orang pegawai bertanggungjawab dalam penubuhan sekolah ini iaitu Encik M.G. Dickson, Pengarah Pelajar pada masa itu, Encik Robert Nicholl, Pegawai Pelajaran Bahagian Miri dan Limbang, Rev.Fr.D.R.Rawlins,Pengetua yang pertama sekolah ini dan Captain D.R Gribble dari Syarikat Minyak Sarawak yang telah banyak memberi bantuan pada masa itu. Tapak sementara sekolah ini ialah di kawasan bandar Miri. Beberapa bangunan Syarikat Minyak Sarawak (SHELL) yang terletak di belakang masjid lama Miri telah digunakan sebagai bilik darjah sementara, manakala rumah rehat untuk pegawai perkhidmatan kanan SHELL telah digunakan sebagai asrama. Pada tahun 1959 sekolah ini telah berpindah ke tapak barunya di Tanjung Lobang. Berikutan pemindahan itu, sekolah ini telah dikenali sebagai β€œTanjung Lobang School”. Biaya pembinaan sekolah ini adalah daripada Kerajaan New Zealand di bawah skim Bantuan Rancangan Colombo. Sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya pada 24 September 1959 oleh Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Encik R.L. Selaras dengan pembangunan di Sarawak, Kolej ini turut berkembang dengan pesatnya. Kalau pada peringkat awalnya sekolah ini hanya menempatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dari pedalaman, tetapi pada tahun 1969, sekolah ini hanya dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 4 ke atas sahaja. Sejak tahun 1963 kelas Tingkatan 6 telah dimulakan. Disebabkan jumlah pelajar tingkatan 6 kian bertambah dan melebihi pelajar Tingkatan 4 dan 5, pihak kerajaan mendapati sudah tiba masanya untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai institusi pendidikan tinggi yang menempatkan pelajar Tingkatan 6 sahaja. Selaras dengan cita-cita itu, pada 6 Mei 1969, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Penghulu Tawi Sli, telah merasmikan penganugerahan taraf Tanjong Lobang School kepada taraf Kolej. Sejak itu bermulalah era baru dalam sejarah kolej dengan nama barunya Tanjong Lobang College. Lawatan Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Datu Tuanku Haji Bujang pada tahun 1973, merupakan lawatan pertama sejak sekolah ditukar nama menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, pada tahun 1971. Pada tahun 1976, kelas Tingkatan 4 diwujudkan semula. Tahun demi tahun kolej tetap berkembang selaras dengan dasar Pelajaran Kebangsaan, Kolej memperkenalkan kelas aliran Bahasa Malaysia pada tahun 1980 buat pertama kali. Pada tahun 1982, aliran Bahasa Malaysia dalam Tingkatan 6 Sastera diperkenalkan. Pada tahun 1984, murid-murid Tingkatan 1 telah ditawarkan untuk belajar di kolej berdasarkan keputusan Penilaian Darjah 5. Kolej ini juga berbangga kerana sentiasa dilawati oleh orang-orang kenamaan yang lain. Antaranya, TYT Negeri Pulau Pinang, Datuk Petinggi (Dr.) Haji Hamdan Bin Sheik Tahir dan rombongannya telah membuat lawatan rasmi ke Kolej pada 26 Jun 1992. Sebelum itu beliau juga pernah melawat ke Kolej pada tahun 1972 dan 1975 selaku Ketua Pengarah Pendidikan. Hampir semua Menteri Pendidikan Malaysia telah melawat ke kolej. Antaranya ialah Tun Hussein Onn pada 23 Mac 1972, Mohamed Yacob pada 15 Mac 1974, Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 28 April 1975, dan Datuk Amar Sulaiman Bin Haji Daud pada 30 Mei 1982. Lawatan yang terbaru ialah lawatan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamuddin Tun Hussein pada 5 Disember 2004.

SALAM OPTIMA!TAHNIAH & SYABAS! Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila muncul Jo...
25/08/2026

SALAM OPTIMA!
TAHNIAH & SYABAS!

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila muncul Johan Sepanduk Kategori Sekolah Menengah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Daerah Miri 2026.

πŸ“… 25 Ogos 2026
πŸ“ Stadium Tertutup Miri

Syabas dan tahniah kepada semua warga Optima yang terlibat atas komitmen, kreativiti dan semangat kebersamaan yang membanggakan!

Optima Leaders – Gemilang!

24/08/2026

Di sebalik tabir!

Sempat kelihatan kelibat ibu kucing ini yang sudah biasa dengan kesibukan dan kehadiran para peserta untuk mana-mana kem yang dijalankan di tapak perkhemahan di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang .

24/08/2026

KEM KARAKTER GENERASI MADANI DAN KEM JATI DIRI DAN WARISAN TINGKATAN 6 TAHUN 2026

Optima Leaders – Gemilang!

SALAM OPTIMA!KEM KARAKTER GENERASI MADANI DAN KEM JATI DIRI DAN WARISAN TINGKATAN 6 TAHUN 2026Berlangsung dari 20 hingga...
24/08/2026

SALAM OPTIMA!

KEM KARAKTER GENERASI MADANI DAN KEM JATI DIRI DAN WARISAN TINGKATAN 6 TAHUN 2026

Berlangsung dari 20 hingga 22 Ogos 2026, kem ini menghimpunkan pelbagai aktiviti pembentukan jati diri, kepimpinan dan karakter murid Tingkatan 6.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk ice breaking, latihan pertolongan cemas (First Aider in Every Home), aktiviti sukan tradisional, latihan tarian dan persediaan malam kebudayaan serta aktiviti kerohanian.

Kemuncaknya ialah Malam Kebudayaan yang mengetengahkan bakat, kreativiti, semangat kerjasama dan warisan budaya dalam kalangan peserta.

Semoga pengalaman sepanjang kem ini menjadi kenangan bermakna serta membentuk generasi yang berkarakter, berdaya tahan, berkepimpinan dan menghargai warisan budaya.

Di Sini Pemimpin Dilahirkan.
Optima Leaders – Gemilang!

SALAM OPTIMA!πŸ† TAHNIAH & SYABAS, GRACE! πŸ₯‹πŸ₯ˆSetinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Grace Limbang Patrick atas kejayaan me...
23/08/2026

SALAM OPTIMA!

πŸ† TAHNIAH & SYABAS, GRACE! πŸ₯‹πŸ₯ˆ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Grace Limbang Patrick atas kejayaan meraih Pingat Perak πŸ₯ˆ dalam kategori Female Individual Kumite -61kg di Temasya SUKMA Selangor 2026.

Kejayaan ini pastinya hasil daripada kerja keras, disiplin, semangat juang serta sokongan berterusan daripada insan-insan di belakang tabir.

πŸ‘ Penghargaan dan terima kasih buat keluarga Grace atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan sepanjang perjalanan beliau dalam sukan Karate.

Tidak dilupakan, Shihan Jumari Hashim, yang menjadi antara pendorong utama kepada penglibatan Grace dalam dunia Karate serta sentiasa memberikan motivasi untuk beliau melangkah lebih jauh.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Jurulatih Sarawak, Coach Jarvis, atas kesungguhan, komitmen dan dedikasi dalam melatih Grace serta menggilap bakat beliau sehingga mampu bersaing di peringkat tertinggi.

πŸ₯ˆ Satu pingat, seribu pengorbanan.
Teruskan melangkah, Grace! Ini bukan noktah, tetapi permulaan kepada lebih banyak kejayaan. πŸ’ͺπŸ”₯

Tahniah Grace Limbang Patrick! Sarawak bangga! β€οΈπŸ–€

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Cikgu Liza Binti Juni atas pengiktirafan Anugerah Platinum ...
22/08/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Cikgu Liza Binti Juni atas pengiktirafan Anugerah Platinum bagi Kajian Tindakan sempena Simposium Duta Guru Peringkat Negeri Sarawak 2026. πŸ†βœ¨

Pengiktirafan ini merupakan bukti dedikasi, kreativiti dan komitmen dalam menghasilkan inovasi pendidikan yang berkualiti.

Tahniah Cikgu Liza! Teruskan mencipta inspirasi dan kecemerlangan! πŸ‘πŸ‘πŸŽŠ

SALAM OPTIMA!✨ PERHIMPUNAN RASMI TINGKATAN ENAM | 18 OGOS 2026 ✨Perhimpunan Rasmi Tingkatan Enam telah berlangsung pada ...
19/08/2026

SALAM OPTIMA!

✨ PERHIMPUNAN RASMI TINGKATAN ENAM | 18 OGOS 2026 ✨
Perhimpunan Rasmi Tingkatan Enam telah berlangsung pada Selasa, 18 Ogos 2026, dengan pengisian yang memberi inspirasi dan membina semangat kecemerlangan dalam kalangan warga Tingkatan Enam.

πŸ… Penyampaian Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda menjadi antara acara utama, sebagai penghargaan terhadap penglibatan dan pencapaian para pelajar dalam aktiviti pembangunan belia.

Turut disampaikan Amanat Tuan Pengetua yang menekankan kepentingan disiplin, tanggungjawab, sahsiah dan kesungguhan dalam membentuk generasi pelajar yang berdaya saing serta berintegriti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu jemputan:
🌟 Encik Roley anak Lagir
Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri
🌟 Cik Amy Noryanti binti Eni
Pegawai Unit Rakan Muda Bahagian Miri

Semoga penganjuran ini terus menyemarakkan semangat Optima Leaders dalam melahirkan generasi muda yang aktif, berwibawa dan gemilang. πŸ’™

Optima Leaders – Gemilang!

16/08/2026

Salam sejahtera dan salam hormat.

πŸ“’PENGUMUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU KOLEJ SARAWAK, KELAS SELIAAN NEGERI (KSN), SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) UNTUK SESI AKADEMIK 2027

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan ke Tingkatan Satu bagi Kolej Sarawak, Kelas Seliaan Negeri (KSN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk Sesi Akademik 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian.

πŸ“…TEMPOH PERMOHONAN
**17 OGOS 2026 HINGGA 18 SEPTEMBER 2026**

Ibu bapa atau penjaga yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau klik pautan permohonan yang diberikan bermula 17 Ogos 2026.

Pautan :
https://shorturl.at/DcALZ

PENTING : Ibu bapa/penjaga disarankan untuk memastikan segala maklumat yang diisi adalah lengkap, tepat dan betul sebelum permohonan dihantar.

πŸ“ŒSebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan pengisian permohonan, ibu bapa/penjaga boleh merujuk kepada guru kelas di sekolah masing-masing atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Jangan lepaskan peluang. Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Terima kasih.



PILIHAN RAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN TINGKATAN ENAM KEBANGSAAN 2026 πŸ—³οΈπŸŽ“ Kolej Tun Datu Tuanku Haji BujangDemokrasi bermu...
10/08/2026

PILIHAN RAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN TINGKATAN ENAM KEBANGSAAN 2026 πŸ—³οΈ
πŸŽ“ Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
Demokrasi bermula dengan pilihan kita! ✨
Kini tiba masanya para pelajar Tingkatan Enam memilih barisan Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam Kebangsaan (JPT6K) 2026 yang bakal menjadi suara, wakil dan pemimpin pelajar.
πŸ“£ Tempoh Kempen: πŸ“… 10 Ogos – 16 Ogos 2026
πŸ—³οΈ Hari Mengundi: πŸ“… 18 Ogos 2026

πŸ† KTDTHB MENYINAR DI BARUian CARNIVAL 2026! πŸ†Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Baling Kolej Tun Datu Tuan...
09/08/2026

πŸ† KTDTHB MENYINAR DI BARUian CARNIVAL 2026! πŸ†

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Baling Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (KTDTHB) atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Bola Baling sempena BARUian Carnival 2026 yang telah berlangsung pada 7 dan 8 Ogos 2026 (Jumaat & Sabtu) bertempat di SMK Baru.

Dengan semangat juang, kerjasama dan disiplin yang tinggi, pasukan KTDTHB berjaya mengungguli kedua-dua kategori Bawah 15 Tahun:

πŸ₯‡ L15 – Johan
πŸ₯‡ P15 – Johan

Dua kategori, dua kejuaraan! πŸ”₯πŸ’ͺ

Syabas kepada para pemain, jurulatih Mr Bujang Azmie serta Miss Marion sebagai guru pengiring dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta komitmen sehingga kejayaan ini direalisasikan.

KTDTHB – Optima Leaders, Gemilang! πŸŒŸπŸ†

Address

Jalan Bunga Tanjong 2, Tanjong Lobang,. Miri.
Miri
98000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

085411795

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category