Under construction...
Kadet Remaja Sekolah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
Terus Menjulang KRS OPTIMA 2014
14/11/2015
19/09/2015
27/08/2015
PENGIRAN SHAHBANDAR PENGIRAN MOHAMMAD SALLEH IBNU PENGIRAN SHARIFUDDIN
- Gabenor Sarawak Yang Pertama
Pengiran Shahbandar Pengiran Mohammad Salleh sudah tentu ramai yang berpandangan sesama sendiri siapakah figura ini tetapi jika dikatakan Pengiran Indera Mahkota sudah tentu rakyat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat Sarawak mengetahui siapakah gerangan figura ini kerana nama itu sering disebut-sebut di dalam setiap jurnal lipatan sejarah Sarawak sejak dahulu lagi. Cuma bezanya sejarah yang disajikan buat renungan kita hanya suku daripada sejarah sebenarnya sedangkan apa yang berlaku kepada Gabenor Pertama Sarawak adalah lebih daripada itu.
Pengiran Shahbandar Pengiran Mohammad Salleh Ibnu Pengiran Sharifudin, itulah nama sebenar kepada Gabenor Pertama Sarawak yang lebih dikenali sebagai Pengiran Indera Mahkota. Beliau dilahirkan di Sambas, Kalimantan. Beliau yang hidup di antara akhir kurun ke-18 hingga kurun ke-19 Masihi merupakan keturunan kerabat diraja Kesultanan Brunei melalui keturunan ayahandanya iaitu Pengiran Sharifuddin melalui keturunan Sultan Abdul Hakkul Mubin.
Diceritakan bahawa asal keturunan keluarga Pengiran Shahbandar ini adalah suatu waktu di ketika pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin 1, 2 orang putera Brunei yang bernama Pengiran Serail dan Pengiran Sharifuddin yang merupakan putera kepada Pengiran Indera Mahkota Pengiran Sulaiman bin Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran Temenggung Dakula Pengiran Abdul Rauf ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin telah bertindak membawa diri sehingga ke Sambas, Kalimantan.
Kesemuanya kerana merajuk membawa hati terluka akibat daripada perselisihan faham mengenai pertunangan di antara Pengiran Serail dengan Pengiran Anak Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Kassim. Pertunangan atas cinta sama cinta akhirnya terlerai kerana pada ketika itu Pengiran Muda Muhammad Kanzul Alam (Sultan Muhammad Kanzul Alam) berebut atas seorang wanita iaitu Pengiran Anak Saleha.
Ketika di Sambas, Pengiran Serail dan Pengiran Sharifuddin telah dijaga oleh Sultan Omar Aqmaddin iaitu Sultan Sambas yang juga merupakan antara kerajaan di Borneo yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan Kesultanan Brunei Darussalam. Demi mengukuhkan silaturrahim antara mereka maka Pengiran Serail telah dikahwinkan dengan puteri Sultan Omar Aqmaddin yang bernama Raden Fatimah. Kerana sudah berkahwin dengan puteri sultan maka Sultan Sambas telah menamakan Pengiran Serail dengan gelaran Pengiran Kesuma Ningrat Pengiran Serail.
Bagi Pengiran Sharifuddin juga telah dikahwinkan dengan puteri Sultan Omar Aqmaddin yang bongsu yang bernama Puteri Kenchana. Dan dari sinilah Sultan Omar Aqmaddin telah menggelar Pengiran Sharifuddin sebagai Pengiran Sharmayuda Pengiran Sharifuddin. Ini ayahandan dan bonda kepada Pengiran Indera Mahkota yang dinamakan mengikut darjatnya sebagai keluarga diraja Brunei mahupun Kesultanan Sambas dengan Pengiran Muhammad Salleh bin Pengiran Sharmayuda Pengiran Sharifuddin.
Menurut sejarah Brunei, Pengiran Shahbandar Pengiran Mohammad Salleh adalah merupakan seorang putera yang berpendidikan tinggi pada zamannya. Beliau telah mendapat pendidikan asas di Batavia dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya sehingga ke luar negara iaitu di negara Belanda. Di kala Kesultanan Brunei memerlukan tenaga generasi berpendidikan tinggi seperti Pengiran Shahbandar Pengiran Mohammad Salleh inilah pada tahun 1820, Sultan Muhammad Kanzul Alam yang menaiki takhta Kerajaan Brunei dari tahun 1807 hingga 1826 telah menitahkan Pengiran Shahbandar untuk p**ang ke negara Brunei.
Sultan Muhammad Kanzul Alam menjadi Sultan Brunei sementara menanti putera Sultan Muhammad Tajuddin iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin II meningkat dewasa dan mampu untuk memerintah Kerajaan Brunei pada waktu itu. Sekembalinya Pengiran Shahbandar ke Brunei, Sultan Muhammad Kanzul Alam terus mengurniakan pangkat dan menggelarnya dengan nama Pengiran Indera Mahkota kepada beliau sebagai tanda bahawa beliau merupakan salah seorang kerabat Diraja Brunei dan akan berkhidmat di dalam pentadbiran Kerajaan Brunei pada masa itu.
Pada tahun 1827, melihat kepada betapa arifnya Pengiran Indera Mahkota sepanjang membantu baginda di dalam menguruskan pentadbiran Negara Brunei pada waktu itu, Pengiran Indera Mahkota telah dititahkan untuk menjadi Gabenor di Sarawak, iaitu salah satu daripada tanah jajahan Negara Brunei pada waktu itu. Maka bermulalah era di mana Pengiran Indera Mahkota berpindah ke Sarawak dan beliaulah pengasas kepada Bandar Kuching yang bermula di kawasan bernama Lidah Tanah.
Di sepanjang pemerintahan beliau sebagai Gabenor Sarawak, beliau digambarkan sebagai seorang pemerintah Sarawak yang zalim dan kejam kerana dikatakan beliau tidak begitu menghormati rakyat pribumi Sarawak pada masa itu disamping dengan sesukahatinya menaikkan cukai untuk kepentingan peribadi beliau dan pengikut-pengikutnya. Bertindak daripada itu maka ramailah rakyat Sarawak yang telah bangun menentang pentadbiran beliau sehingga memaksa baginda Sultan Brunei terpaksa mengutuskan Pengiran Muda Hashim ke Sarawak pada tahun 1834 bagi menasihati beliau.
Ketika itu, Negara Brunei sedang diperintah oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II yang juga merupakan sepupu kepada Pengiran Muda Hashim. Kedatangan Pengiran Muda Hashim tidak begitu disukai oleh Pengiran Indera Mahkota kerana beliau merasakan bahawa Pengiran Muda Hashim cuba untuk menggantikan jawatan beliau sebagai Gabenor Sarawak dan kerana itulah sejak awal-awal ketibaan Pengiran Muda Hashim lagi, beliau sudah mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan hanya mengarahkan pegawai-pegawainya untuk menyambut kedatangan Pengiran Muda Hashim di pelabuhan sedangkan beliau sendiri membuat urusannya sendiri. Bermula dari inilah telah timbul konflik diantara Pengiran Muda Hashim dan Pengiran Indera Mahkota dan ianya semakin bertambah parah apabila James Brooke tiba ke Sarawak membantu Pengiran Muda Hashim pada waktu itu.
Pada ketika, Pengiran Muda Hashim membuat perjanjian habuan Sarawak kepada James Brooke bagi menyelesaikan konflik pemberontakan tempatan di Sarawak pada masa itu, Pengiran Indera Mahkota telah membangkangnya habis-habisan namun beliau sendiri sudah tidak mempunyai kuasa untuk mencegahnya pada waktu itu. Akhirnya James Brooke berjaya menyelesaikan pemberontakan tempatan dan Pengiran Muda Hashim terpaksa untuk menunaikan janji beliau kepada James Brooke.
Hal ini telah menggusarkan Pengiran Indera Mahkota dan bertitiktolak daripada itu terdapat beberapa usaha daripadanya untuk membunuh atau menghalau James Brooke keluar dari bumi Sarawak malangnya usahanya sering menemui kegagalan. James Brooke yang berang dan terasa nyawanya terancam telah bertindak mendesak Pengiran Muda Hashim untuk menjadikan beliau sebagai Gabenor Sarawak secara rasmi atau James Brooke akan membunuh Pengiran Indera Mahkota dan pengikut-pengikutnya di Sarawak.
Kerana tidak mahu adanya pertumpahan darah diantara kerabat diraja Brunei di Sarawak, Pengiran Muda Hashim pada 24 September 1841 telah mengangkat James Brooke sebagai Gabenor Sarawak yang kemudiannya disahkan oleh Sultan Brunei melalui perjanjian yang ditandatangani pada Julai 1842. Sejak itu James Brooke terus meluaskan empayar Sarawak sehingga jauh ke pedalaman dan akhirnya James Brooke telah dilantik dengan secara rasmi sebagai Rajah Sarawak oleh Sultan Brunei pada 22 Ogos 1846.
Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, Pengiran Indera Mahkota terpaksa menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi Gabenor Sarawak malah sudah diketepikan di dalam segenap hal berkaitan dengan Sarawak. Pengiran Indera Mahkota yang kecewa telah bertindak membawa diri mengembara dengan belayar melalui Sungai Batang Lupar dan seterusnya menyusuri pantai Sarawak dengan singgah meluaskan pandangannya dari satu daerah ke daerah di Sarawak dan akhirnya beliau selesa tinggal di Mukah.
Untuk beberapa tahun, Pengiran Indera Mahkota tinggal di Mukah dan hanya pada tahun 1845 barulah beliau kembali ke Brunei itupun setelah dititahkan p**ang oleh Pengiran Anak Abdul Mumin, salah seorang putera kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II. Diceritakan sepanjang beliau mengembara dari satu daerah ke satu daerah di Sarawak inilah beliau telah mengarang Syair Rakis yang merupakan salah satu karya agung Kesultanan Brunei sehinggalah Pengiran Shahbandar Pengiran Mohammad Salleh ibnu Pengiran Sharifuddin diangkat sebagai pelopor sastera moden di Negara Brunei Darussalam sehingga sekarang.
Berikut merupakan bait-bait puisi Syair Rakis yang sebenarnya mempunyai banyak penceritaan sejarah samada di pihak sejarah Sarawak Kuno mahupun Negara Brunei Darussalam.
SYAIR RAKIS
Bismillah itu mula karangan
Kisah rencana dagangan buangan
Digunung larangan asmara guna
Segenap desa pantai saujana
Membawa nasib untung sendiri
Masuk segenap desa dan negeri
Seperti burung lepas tangkapan
Bunga dan buah tiada larangan
Sebut namaku dagangan asmara
Bercerai dengan sanak saudara
Namaku Misa Panji Larangan
Sekarang sudah buanga-buangan
Kompeni itu sangat kuasa
Laksana dewa dari angkasa
Suku dan rial sangat perkasa
Dihurainya ringgit dan laksa.
Pulau Labuan diminta segera
Akan jalan tiang bendera
Disana tempat berkita-kira
Dari Sarawak ke Singapura
Dagang tercengang mendengarkan titah
Hati didalam sangat gelabah
Labuan itu bukannya mudah
Alamat negeri dibawah perintah
Tuanku baik fikir sedikit
Supaya tahu nyaman dan sakit
Dengan Inggeris sudah berkait
Marikan lagi datang memipit.
Negeri tuanku sangat mashyur
Cina dan Keling kedai teratur
Bermacam jenis ada terhambur
Disanalah kelak memberi gugur
Mesyurarat dengan ceteria menteri
Seta iman, khatib dan haji
Supaya masyhur khabar zamani
Itu pun tiada dagang rundingkan
Janku dahulu kepada bilangan
Fikir baharu baik carikan
Akan menjadi kira dan angan.
Rakis kedelapan karangan cukup
Laksana berjalan tiada terikut
Pandai melangkah duri dan ramput
Sedikit tiada menyangkut
Rakis pertama mula disurat
Dengkil dalil negeri dagang melihat
Sebarang negeri dagang melihat
Berbuat sekolah tempat mesyuarat
Ayuhai nasib apakan jadi
Hendak mengajar tiada berani
Tetaou zaman datuk nenek
Khabarnya konon memutar negeri
Nasib sangat badan terlalu
Laksana unggas tercabut bulu
Hendak berkata lidah pun kelu
Lain kupandang masa dahulu
Hairanku handai melihat tukang
Unggas Nuri menjadi enggang
Hairanku sangat terbalik-balik
Negeri yang besar seperti bilik
Udang galah jadi cecudik
Harimau yang garang dapat dimilik
Sudah kehendak Tuhan yang kaya
Gunung yang tinggi menjadi paya
Pari menjadi kura-kura
Bingkarung sudah jadi buaya
Hairanlah dagang ajaib p**a
Kehendak Tuhan Azzawajalla
Seekor naga tujuhnya cula
Sekarang menjadi ikan tempala
Nasib tak boleh dikenang lagi
Janji dahulu sudah terbahagi
Unggas tempadu dengan meragi
Jadi geruda di Pauh Janggi
Astaghfirullah hairanku sangat
Air dilaut tiada hangat
Seluang dihulu pandai menyangat
Sumbilang di laut terlompat-lompat
Inilah kehendak Tuhan yang Maabud
Besi melaila menjadi umbut
Unggas dihutan menjadi bubut
Tiadalah boleh mengatakan maksud
Ajaib sekali aku memandang
Jujum yang sakit tiada terbilang
Burung nuri mejadi bebalang
Nyamuk kecil menjadi helang
Itulah kehendak Tuhan semesta
Gunung yang tinggi menjadi rata
Lain menjadi miskin peminta
Nampak dipandang dengan nya kita .
Ini hanya sebahagian daripada bait-bait Syair Rakis kerana ianya adalah satu syair yang panjang. Syair Rakis ini ditulis oleh Pengiran Mohd Salleh sekitar tahun 1840an dan difahamkan ianya diolah ketika beliau masih lagi tinggal di Mukah, Sarawak membawa diri dan mengubat hati yang luka.
Sekitar tahun 1845, akhirnya Pengiran Indera Mahkota p**ang juga ke tanahairnya iaitu di Negara Brunei Darussalam. Hal pertama yang dilakukan oleh beliau adalah menjunjung duli merapat sembahnya keatas Sultan Brunei dan pada ketika itulah beliau mempersembahkan hasil nukilannya yang bernama Syair Rakis. Apabila Sultan Abdul Momin naik takhta, pengaruh Pengiran Indera Mahkota semakin kukuh sehingga beliau dikurniakan dengan gelaran Pengiran Syahbandar Sahibol Bandar Pengiran Mohammad Salleh.
Apa yang ditulis oleh Pengiran Syahbandar di dalam Syair Rakisnya telah banyak mempengaruhi cara Sultan Abdul Momin mentadbir Negara Brunei pada waktu itu. Sistem pendidikan telah bercambah dengan baik sekali kerana inilah sahaja benteng untuk memastikan bahawa rakyat Brunei celik Ilmu dan tidak diperkotak-katikkan oleh masyarakat Barat seperti apa yang diwar-warkan di dalam Syair Rakis gubahan Pengiran Syahbandar itu.
Dn sudah tentu apabila adanya figura yang menjadi kesukaan Sultan Brunei sudah tentu ada juga musuh di dalam selimut yang dengki atas kejayaannya. Pihak yang dengki ini dengan sengaja telah berpura-pura mengadakan satu hal penderhakaan telah berlaku di Limbang iaitu salah satu tanah kuripan Brunei Darussalam pada itu. Apabila ianya sampai ke Sultan Abdul Momin, pihak yang dengki ini juga telah mencadangkan nama Pengiran Syahbandar Pengiran Mohd Salleh untuk menjadi Ketua Angkatan bagi menangkap penderhaka di Limbang.
Apabila Sultan Abdul Momin menyetujui maka “pelanduk sudah masuk jerat” kerana dikala itulah segala plot untuk menghapuskan pengaruh Pengiran Syahbandar Pengiran Mohammed Salleh akan berhasil. Diceritakan ketika di dalam perjalanan ke Limbang iaitu melalui satu tempat yang bernama Lubai, perahu yang dinaiki oleh Pengiran Syahbandar Pengiran Mohammad Salleh sememangnya sengaja dikaramkan malah sebelum berjaya perahu itu dikaramkan, Pengiran Syahbandar Pengiran Mohammad Salleh itu sempat dibunuh. Hal ini terjadi sekitar tahun 1858 dan jenazah Pengiran Syahbandar Pengiran Mohammad Salleh dimakamkan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Mukim Kianggeh, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Semoga apa yang dipaparkan ini akan menjadi satu lagi ruang informasi untuk kita mengenal sejarah sebenar yang mana Pengiran Indera Mahkota yang merupakan Gabenor Sarawak yang pertama mempunyai ceritera sejarah yang panjang dan bukan hanya digembar-gemburkan melalui pemerintahan kuku besinya di Sarawak.
!
Rujukan:
1. Buku Bertajuk: History of Brunei by Graham Saunders
2. Buku Bertajuk: Sya’er Rakis Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Brunei pada tahun 1965
3. Tragedi Syair Rakis Oleh Zurinah Hassan http://zurinahhassan.blogspot.com/2013/03/syair-rakis-brunei-yang-tragis.html
4. Al-Marhum Pengiran Syahbandar Brunei “Pioneer Of Brunei Modern Literature” http://melayuonline.com/eng/news/read/6463/al-marhum-pg-shahbandar-pioneer-of-bruneis-modern-literature
5. Syair Rakis” Renaisans Wacana Dagang Bestari Bukan Handalan oleh Haji Mohd Salleh, http://www.pelitabrunei.gov.bn/cetusan-minda/item/18624-“syair-rakis”-renaisans-wacana-dagang-bestari-bukan-handalan
19/08/2015
*Images included in graphics are used under license from Shutterstock.com.
16/08/2015
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
https://yeb4101.1bestarinet.net/arprm_ktdthb
ครคใค๓ รє๓มค ... ค๔ค кคใค รคұค вєгงมгคม , ค๔ค кคใค ๓єกงมรīк , ค๔ค кคใค รคұค ๓єกครīђคҭ ๔คก ค๔ค кคใค รคұค ҭєгรīใคр кคҭค ๔คก ҭєгรคใคђ คกงงคр ұง ๓มกงкīก ๓єกұคкīҭī ђคҭī คҭคม ๓єใมкคкคก ђคҭī ๓คђมрมก รєกงค♩ค คҭคมрมก ҭī๔คк รєกงค♩ค ..... ๏ใєђ īҭม 3 ђคгī ұง ҭєгคкђīг гค๓ค๔ђคก īกī รคұค īกงīก ๓є๓๏ђ๏ก ค๓рมก ๔คก ๓คคғ ♩īкค รє๓มค рєгвมคใคก คҭคม кคҭค2 รคұค ค๔ค ұคกง ๓єใมкคкคก ђคҭī к๏гคกงง .....รєใค๓คҭ ๓єกมกคīкคก īвค๔คҭ ๔ī 2 ๓คใค๓ ұง ҭєгคкђīг..... 😘 😘 😘 😘 😘 😘 🌸 🌸 🌸 🌸 🌸 🌸 🌹 🌹 🌹 🌹 💐💐💐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
Miri
98000
23/09/2015