Program Teknologi Elektronik KV Miri

Program Teknologi Elektronik KV Miri

Share

Program Teknologi Elektronik menawarkan pengajian Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Akreditasi DVM dilaksanakan oleh MBOT.

Pengiktirafan SVM oleh LP setara dengan SPM. Lulusan SVM dianugerahkan dengan SKM tahap 3.

Photos from Program Teknologi Elektronik KV Miri's post 10/04/2026

AUDIT DALAMAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK, KV MIRI

πŸ•— 8:00 pagi - 11:00 pagi
πŸ—“οΈ 11 April 2026 (Jumaat)

πŸ“Œ TAC AKADEMIK
Profesor Madya Ts. Dr. Irdayanti Binti Mat Nashir
Faculty Of Technical And Vocational
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Photos from Program Teknologi Elektronik KV Miri's post 09/04/2026

PENILAIAN AKHIR PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (TAHAP 3)
Program Single Tier - Kohort 2024

C261-001-3:2020 Penyeliaan dan Pengesanan Kerosakan Komponen dan Papan Litar

πŸ“ŒHari Pertama (7 April 2026, Selasa)
- Semakan Portfolio Pelatih dan Peperiksaaan Teori bertulis

πŸ“ŒHari Kedua (8 April 2026, Rabu)
- Peperiksaan Amali dan Exit Meeting

Photos from Kolej Vokasional Miri's post 08/04/2026
28/02/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera semua warga alumni 🌟

Dengan penuh rasa teruja, kami menjemput semua bekas pelajar SM Teknik Miri, SM Vokasional Miri & Kolej Vokasional Miri untuk bersama-sama memeriahkan:

πŸŽ‰ Malam Semarak Nostalgia
πŸ“… 1 Ogos 2026
πŸ•‘ 6:30 PM – 10:30 PM
πŸ“ Hotel Mega, Miri
πŸ’° RM120 seorang

🌟 Mengimbau kenangan, merapatkan ukhuwah, mencipta memori baharu sejak 1978.
Inilah masanya untuk bertemu semula sahabat lama, berkongsi cerita, dan mengeratkan kembali silaturahim yang pernah terjalin 🀍

πŸ“Œ Pendaftaran ditutup pada 30 Jun 2026
πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
πŸ“ž Lizanah Binti Mohamad Wasly – 010-987 6256

Jom sama-sama kita semarakkan nostalgia!

Photos from Program Teknologi Elektronik KV Miri's post 10/12/2025

TAHNIAH βœ¨πŸŽ“
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada alumni lulusan Diploma Teknologi Elektronik yang telah berjaya menamatkan pengajian dan kini bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri Dengan Kepujian dari UTHM.

Jessie Willie (Ambilan 2019) Jessie Jes Willie
Mohd Nur Akmal Bin Mohammad Borhan (Ambilan 2018) Akmal Borhan

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar yang masih menuntut ilmu! πŸŒŸβš™οΈ

Photos from IG Training Centre Sdn Bhd's post 11/11/2025
11/11/2025

Tahniah Haris πŸ‘πŸ» Teruskan kecemerlangan.

Sekalung tahniah kepada Haris Rahimi bin Syaiful Khaidell, pelajar SVM Teknologi Elektronik, Kohort 2024, KV Miri, atas kejayaan menerima anugerah Peserta Lelaki Terbaik semasa Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform KV/SMT Peringkat Kebangsaan 2025 (6–9 Nov 2025, Tapak Kem Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah).

Photos from Program Teknologi Elektronik KV Miri's post 10/11/2025

7 November 2025 (Jumaat)

Seramai 24 orang pelajar Diploma Program Teknologi Elektronik semester 1 dan 3 orang pensyarah program Teknologi Elektronik telah mengadakan lawatan rasmi ke IG Training Centre (IGTC) Miri, Sarawak.

Sepanjang lawatan, pelajar diberi taklimat oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu mendedahkan pelajar kepada amalan industri sebenar termasuk aspek pengurusan, prospek kerjaya, aspek keselamatan dan etika di tempat kerja. Pelajar turut berpeluang mendengar perkongsian pengalaman mengenai dunia sebenar industri minyak dan gas luar pesisir (offshore) termasuk berkaitan lesen dan sijil seperti BOSIET dan HUET.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa lawatan ini ialah melawat ke simulasi pelantar offshore, demonstrasi penggunaan peralatan keselamatan dan latihan kecemasan fire drill dan abandon ship.

Semoga lawatan ini dan perkongsian sebenar daripada profesional industri dapat membina semangat dan minat terhadap kerjaya dalam sektor tenaga.

Photos from Program Teknologi Elektronik KV Miri's post 08/10/2025

Seramai 13 orang pelajar Diploma Teknologi Elektronik (Ambilan 2023) telah berjaya menamatkan Latihan Industri (On-The-Job Training - OJT) dengan jayanya. Latihan OJT ini bermula 7 April 2025 dan tamat pada 19 September 2025 (24 minggu).

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Loi Mee Huong, selaku Penyelaras OJT Diploma Teknologi Elektronik Ambilan 2023, atas bimbingan, pemantauan dan dedikasi sepanjang pelaksanaan latihan ini serta pensyarah-pensyarah yang menyelia pelajar.

Semoga pengalaman OJT ini menjadi asas kukuh kepada pelajar dalam membina kerjaya sebagai Teknologis Profesional yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. 🌟

Photos from Kolej Vokasional Miri's post 07/10/2025

Tahniah kepada Ayman Bin Radzi dan Mohd Nur Irwan Bin Mohammad Borhan (Alumni Diploma Teknologi Elektronik Ambilan 2022) yang berjaya menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)! πŸŽ“

Semoga terus berjaya dan menjadi kebanggaan Kolej Vokasional Miri. πŸ’ͺ

Want your school to be the top-listed School/college in Miri?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Miri
98000