Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri

Call Directions Contact the school

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri المدرسة الإسلامية الإبتدائية الأمين ميري
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri (SRIAAM)
"Melahirkan generasi Rabbani & Holistik

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri merupakan sebuah institusi pendidikan Islam peringkat sekolah rendah yang diwujudkan untuk melahirkan generasi Rabbani dan Holistik melalui satu proses pendidikan berteraskan Tauhid yang bertujuan membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui satu sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

🏹✨ PROGRAM 500K ARROWS Alhamdulillah, selesai sudah Program 500K Arrows yang telah berlangsung pada Sabtu, 26 September ...
26/09/2026

🏹✨ PROGRAM 500K ARROWS

Alhamdulillah, selesai sudah Program 500K Arrows yang telah berlangsung pada Sabtu, 26 September 2026 bertempat di Madrasah As-Shibyan.

Program yang dilaksanakan melalui dua sesi ini berlangsung dengan lancar hasil daripada komitmen, kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan apresiasi dirakamkan kepada seluruh barisan urus setia, guru, coach, ibu bapa serta para peserta yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung. 🤍

Setiap masa, tenaga dan usaha yang dicurahkan amat bermakna dalam memastikan perjalanan program dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

🏹 Satu langkah, satu usaha, satu matlamat — menuju 500K Arrows.

Semoga program ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, disiplin dan kecemerlangan dalam kalangan semua peserta.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! 🌟

📸 Sekitar Program 500K Arrows, Madrasah As-Shibyan

🌷 SETULUS PENGHARGAAN, SEBUAH JASA DIKENANG 🌷Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan da...
25/09/2026

🌷 SETULUS PENGHARGAAN, SEBUAH JASA DIKENANG 🌷

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MUALLIMAH HUSNA & MUALLIM ZUL atas segala khidmat bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Setiap usaha, masa dan tenaga yang diberikan telah menjadi sebahagian daripada perjalanan dan perkembangan sekolah. Sesungguhnya, jasa yang dicurahkan bukan sekadar tercatat dalam tempoh perkhidmatan, tetapi turut meninggalkan kesan dan kenangan dalam hati warga sekolah.

Semoga segala kebaikan dan pengorbanan yang telah diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta dikurniakan keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah seterusnya. 🤲🏻✨

Terima kasih atas segala jasa dan bakti.
Selamat melangkah ke fasa baharu dengan penuh doa dan harapan. 🌿

— Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri —

13/09/2026

🏆🥉 TAHNIAH PASUKAN BIONOVA! 🤖👾

Pihak sekolah dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa pasukan BIONOVA telah berjaya meraih PINGAT GANGSA 🥉 dalam Junior Innovate Northern Sarawak Maker Fair 2026 yang berlangsung pada hari ini di Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

👏 Tahniah diucapkan kepada:

1. Khadeeja Binti Nazeri
2. Iskandar Bin Mohd Safwan

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, kreativiti, kerjasama dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua murid sepanjang menyertai pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan BIONOVA.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya, berinovasi dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. 🌟

Syabas dan tahniah BIONOVA!
🥉🤖👾 SRIAAM BOLEH!👾🤖🥉

13/09/2026

🤖👾 BIONOVA | Competition Day Highlights 🥉

A glimpse of our BIONOVA team’s journey throughout the Junior Innovate Northern Sarawak Maker Fair 2026! 🌟

From preparation and presentation to the exciting moments throughout the competition, every moment was filled with learning, teamwork, creativity and determination.

We are incredibly proud of Khadeeja Binti Nazeri and Iskandar Bin Mohd Safwan for giving their very best and representing SRIAAM with great enthusiasm and commitment.

🏆 Congratulations, BIONOVA, on winning the Bronze Medal! 🥉

A big thank you to the teachers, parents and everyone who supported and encouraged our team throughout this journey. ❤️

This is more than just a medal — it is a celebration of learning, courage, teamwork and innovation.

🤖👾 Well done, BIONOVA! You made SRIAAM proud! 👏✨

27/08/2026

🇲🇾✨ CERITA MERDEKA ✨🇲🇾

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi sebuah kisah tentang keberanian, pengorbanan dan cinta kepada tanah air. ❤️

Kali ini, adik Farahdina berkongsi sedikit cerita tentang Merdeka dengan caranya sendiri. Ringkas, tetapi cukup untuk mengingatkan kita betapa berharganya keamanan dan kebebasan yang kita nikmati hari ini. 🇲🇾

Jom dengarkan perkongsian adik Farahdina tentang erti Merdeka. 🥰

Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia! 🇲🇾✨




27/08/2026

🇲🇾✨ A SPECIAL MESSAGE FOR MALAYSIA ✨🇲🇾

Muzaffar has a little message for Malaysia this National Day. ❤️

In his own simple and meaningful way, he shares his hopes for Malaysia to always remain peaceful, united and a country we can all be proud of. 🇲🇾

Let’s hear what Muzaffar has to say. 🥰

Happy National Day, Malaysia! 🇲🇾✨




27/08/2026

🇲🇾💌 SURAT KEPADA MALAYSIA 💌🇲🇾

Apa agaknya yang ingin adik Firaas sampaikan kepada Malaysia? 🥰🇲🇾

Melalui “Surat kepada Malaysia”, adik Firaas berkongsi ucapan, harapan dan rasa sayangnya kepada negara tercinta dengan caranya sendiri. ❤️

Ringkas, ikhlas dan penuh makna. ✨

Jom dengarkan ucapan daripada adik Firaas buat Malaysia! 🇲🇾💌




27/08/2026

🇲🇾💌 SURAT KEPADA MALAYSIA 💌🇲🇾

Apa agaknya yang ingin adik Raif sampaikan kepada Malaysia? 🥰🇲🇾

Melalui “Surat kepada Malaysia”, adik Raif berkongsi ucapan, harapan dan rasa sayangnya kepada negara tercinta dengan caranya sendiri. ❤️

Ringkas, ikhlas dan penuh makna. ✨

Jom dengarkan ucapan daripada adik Raif buat Malaysia! 🇲🇾💌




🇲🇾📸 SELFIE KREATIF, GAYA MERDEKA! 🇲🇾✨Comel, kreatif dan penuh semangat! 🥰Tahniah anak-anak SRIAAM yang dah join.Jangan l...
27/08/2026

🇲🇾📸 SELFIE KREATIF, GAYA MERDEKA! 🇲🇾✨

Comel, kreatif dan penuh semangat! 🥰
Tahniah anak-anak SRIAAM yang dah join.

Jangan lupa like, komen & share untuk support mereka! ❤️

Address

Pusat Bandar Shophouse, Lot 6091 & 6092, Jalan Desa Pujut 1, Bandar Baru Permyjaya
Miri
98000

Opening Hours

Monday 07:15 - 17:00
Tuesday 07:15 - 17:00
Wednesday 07:15 - 17:00
Thursday 07:15 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6085655560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri:

Shortcuts

Share