SK Miri

SK Miri

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Miri, Elementary School, Lot 1167, Blok 7, MCLD, Jalan Bulan Sabit, Miri.

01/06/2026
Photos from SK Miri's post 21/05/2026

πŸ“’ Ceramah & Pameran Anti Dadah oleh AADK Daerah Miri telah berlangsung dengan jayanya di SK Miri.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah serta membentuk generasi yang sihat dan bebas dadah.

✨ Bersama Cegah Dadah, Bina Generasi Hebat!


Photos from SK Miri's post 20/05/2026

Pertandingan Mewarna & Melukis Poster sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Photos from SK Miri's post 20/05/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Miri atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 dalam Bridge Building Competition (SR) Peringkat Daerah Miri 2026 yang telah berlangsung di Curtin University Malaysia, Miri pada 19 Mei 2026 πŸŽ‰πŸ†

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, kerjasama berpasukan serta komitmen tinggi murid dan guru pembimbing. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah warga SK Miri! πŸ‘πŸ’
β€œUsaha, ilmu dan semangat membawa kejayaan” πŸ’ͺ🌟


Photos from SK Miri's post 19/05/2026

Perasmian Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA)

Photos from SK Miri's post 19/05/2026

Semoga berjaya kepada wakil SK Miri dalam Bridge Building Competition SR Daerah Miri sempena Karnival e-MGS 7.0. Semoga dipermudahkan urusan dan memperoleh kejayaan yang membanggakan.✨


Photos from SK Miri's post 19/05/2026

High Tea Hari Guru Sekolah Kebangsaan Miri

17/05/2026

🌟 Penggunaan Smart Board SK MIRI 🌟

Kemudahan Smart Board digunakan bagi menyokong pembelajaran interaktif abad ke-21. Mari bersama-sama menggunakan dan menjaga kemudahan ini dengan sebaiknya. πŸ’»πŸ“šβœ¨

Guna Dengan Bijak, Jaga Bersama! πŸ’š



Photos from SK Miri's post 16/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Amar Haji Fadillah Yusof, YB Adam Yii, Encik Mohamad Hafiz Bin Rohani YDP PIBG, pihak PIBG serta semua penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan pemasangan Smartboard di SK Miri.

Sumbangan ini amat bermakna dalam usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih moden, interaktif dan selari dengan pendidikan abad ke-21 untuk anak-anak murid kami.

Semoga segala usaha, sokongan dan keprihatinan yang diberikan menjadi inspirasi kepada kecemerlangan pendidikan serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong perkembangan pendidikan di SK Miri. ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Miri?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Lot 1167, Blok 7, MCLD, Jalan Bulan Sabit
Miri
98000