SK Sungai Laong, Bakong

SK Sungai Laong, Bakong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Sungai Laong, Bakong, Elementary School, SK Sungai Laong, Bakong, Miri.

19 & 20 Ogos 2026 - Lawatan Pergigian Miri ke sekolah pedalaman. Terima kasih diucapkan kepada pihak Pergigian kerana me...
21/08/2026

19 & 20 Ogos 2026 - Lawatan Pergigian Miri ke sekolah pedalaman. Terima kasih diucapkan kepada pihak Pergigian kerana meluangkan masa bersama anak-anak di sini tentang penjagaan gigi.

Pada 14.8.2026 yang lepas, telah diadakan aktiviti gotong royong dan menghias kelas sempena Pertandingan Hiasan Kelas Me...
20/08/2026

Pada 14.8.2026 yang lepas, telah diadakan aktiviti gotong royong dan menghias kelas sempena Pertandingan Hiasan Kelas Merdeka. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid terlibat bersama-sama dalam menjayakan aktiviti ini.

Semoga semangat bekerjasama dan patriotisme dapat terus dipupuk menerusi aktiviti sebegini dan melahirkan masyarakat yang sayang akan negara.

Program Prasekolah pada hari Rabu/ 19.8.2026 telah diisi dengan Pertandingan Mencipta Tabung daripada Bahan Kitar Semula...
19/08/2026

Program Prasekolah pada hari Rabu/ 19.8.2026 telah diisi dengan Pertandingan Mencipta Tabung daripada Bahan Kitar Semula yang melibatkan kerjasama erat antara ibu dan anak, bertujuan memupuk kesedaran murid tentang erti menabung, berjimat cermat serta menghargai kreativiti dan bahan yang boleh dikitar semula. πŸ’°β™»οΈπŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

Terima kasih kepada Juri2 yang telah menilai hasil kreativiti yang dihasilkan oleh ibu dan anak. Persaingan yang sangat sengit untuk para juri memberi markah. Tahniah juga di ucapakan kepada semua pemenang dan semua yang turut serta.πŸ₯³πŸ₯³

Pada hari ini 18 Ogos 2026 telah berlangsung Program Ceramah Celik Kewangan bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) yang me...
18/08/2026

Pada hari ini 18 Ogos 2026 telah berlangsung Program Ceramah Celik Kewangan bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) yang melibatkan ibu bapa dan murid SK Sg Laong.
Program ini memberikan satu lagi ilmu dan pendedahan yang sangat bermanfaat kepada murid serta ibu bapa tentang kepentingan mengurus kewangan, membudayakan amalan menabung dan merancang kewangan sejak usia muda. πŸ’°πŸ“š
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga sekolah, malah turut mengeratkan jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan BSN Miri.
β€œMenabung Hari Ini, Menjamin Masa Depan.” πŸ’™





Pada 3.8.2026 telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Sungai Laong. Terdapat banyak pertanding...
06/08/2026

Pada 3.8.2026 telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Sungai Laong. Terdapat banyak pertandingan yang diadakan sepanjang bulan ini termasuk Pertandingan Busana Tradisional, Kelas Ceria Merdeka, Nyanyian Lagu Patriotik, Kuiz Merdeka, Sajak Merdeka, Mewarna dan Melukis Poster Kemerdekaan.

Selain itu juga akan berlangsung Gotong Royong Merdeka dan Tayangan Filem Patriotik pada bulan ini. Semoga semua pertandingan dan aktiviti ini dapat berlangsung dengan lancar dan menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan murid.

πŸ“ Acara jemputan 4 kali 100 meter relay SK Sungai Bakas. SK Sungai Laong menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan...
06/08/2026

πŸ“ Acara jemputan 4 kali 100 meter relay SK Sungai Bakas.

SK Sungai Laong menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan. Pingat gangsa diraih kedua-dua pasukan. Tahniah diucapkan barisan pelatih dan semoga kemenangan ini menjadi pemangkin semangat untuk sekolah terus berjaya dalam bidang sukan πŸ₯‡.

πŸ“’ Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill)Pada hari ini, pihak sekolah telah berjaya melaksanakan Latihan Pengungsian B...
06/08/2026

πŸ“’ Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill)

Pada hari ini, pihak sekolah telah berjaya melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) bagi meningkatkan tahap kesediaan warga sekolah menghadapi situasi kecemasan.

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang tatacara pengungsian yang betul, selamat dan teratur sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah atas kerjasama dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang latihan dijalankan. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi memastikan keselamatan semua.

Program Karnival Chef Cilik Prasekolah telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini..Menu yang dipertandingkan bertema...
05/08/2026

Program Karnival Chef Cilik Prasekolah telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini..
Menu yang dipertandingkan bertemakan makanan sihat iaitu Chicken Wrap, Salad Buah dan Jus Oren. Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang amalan pemakanan sihat di samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa prasekolah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang .

Program Pemakanan Sihat anjuran Prasekolah SK Sungai Laong telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan ...
04/08/2026

Program Pemakanan Sihat anjuran Prasekolah SK Sungai Laong telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bekenu melalui ceramah pemakanan sihat yang bermanfaat. Program ini melibatkan penyertaan ibu bapa prasekolah serta semua murid SK Sungai Laong. Melalui program ini, guru, ibu bapa dan murid telah mendapat pendedahan serta menambah ilmu dalam memilih makanan yang berkhasiat demi amalan gaya hidup sihat. Selain itu, program ini turut mengeratkan jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan Klinik Kesihatan Bekenu.

Gambar menarik sepanjang RIMUP disekolah
03/08/2026

Gambar menarik sepanjang RIMUP disekolah

Address

SK Sungai Laong, Bakong
Miri
98050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Laong, Bakong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share