26/08/2026
Gema Selawat,kreativiti Cilik dan Bingkisan Kasih di TAAA
Alhamdulliah,pada hari isnin,24 Ogos 2026(Isnin) telah berlangsung dengan jayanya Perarakan Mini Sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul di Tadika kami!
Tahniah diucapkan kepada para pemenang pertandingan mini sepanduk di TAAA. Kreativiti yang ditunjukkan memang luar biasa.Setinggi-tinggi penghargaan buat semua ibubapa yang sudi meluangkan masa,tenaga,serta idea dalam membantu anak-anak.
Dalam kemeriahan ini,terselit juga rasa sayu kerana hari ini merupakan hari terakhir buat salah seorang khalifah cilik kami,Muhammad Adam.Selamat maju jaya Muhammad Adam di tempat baharu!
Pihak tadika,para Muallimah dan rakan-rakan juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Muhammad Adam dan keluarga atas ingatan tulus ikhlas memberikan hadiah kenangan-kenangan buat semua.