Buletin SMK BARU MIRI

Buletin SMK BARU MIRI SMK BARU MIRI

Tahniah kepada kesemua 37 orang peserta!Alhamdulillah, Kem Waja Diri 2.0 yang telah berlangsung pada 21–22 Ogos 2026 di ...
23/08/2026

Tahniah kepada kesemua 37 orang peserta!

Alhamdulillah, Kem Waja Diri 2.0 yang telah berlangsung pada 21–22 Ogos 2026 di Kem Sri Miri, Batalion Ke-20, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan jayanya.

Kem yang melibatkan 37 orang murid lelaki SMK Baru Miri ini bukan sekadar aktiviti lasak, tetapi merupakan satu pengalaman berharga dalam membentuk disiplin, keberanian, ketahanan mental dan fizikal, semangat berpasukan serta keyakinan diri dalam kalangan peserta.

Sepanjang kem, para peserta diuji untuk keluar daripada zon selesa, belajar mematuhi arahan, bekerjasama sebagai satu pasukan dan yang paling penting belajar untuk tidak mudah menyerah apabila berhadapan dengan cabaran.

Inilah WAJA yang ingin kita bina bukan sekadar kuat fizikal, tetapi kuat hati, kuat semangat dan kuat jati diri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kem Sri Miri, Batalion Ke-20, RAMD, khususnya kepada Kapten Syazwan, Pegawai Latih; Sarjan Staf Fairus; serta seluruh pasukan jurulatih atas kerjasama, komitmen dan kesungguhan dalam membimbing serta melatih anak-anak Baruian sepanjang kem berlangsung.

Segala ilmu, disiplin, teguran, dorongan dan pengalaman yang diberikan pastinya menjadi bekalan serta kenangan berharga buat para peserta.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada Tuan Pengetua, En. Wong Kung Kui atas sokongan yang diberikan serta Unit Disiplin SMK Baru Miri atas usaha, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Kem Waja Diri 2.0.

WAJA bukan bermaksud tidak pernah jatuh.
WAJA bermaksud berani bangkit dan terus melangkah.

πŸŒΎπŸ“š BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERTANIAN SPM 2026πŸ“šπŸŒΎAlhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Teknik Menjawab Soalan Pe...
22/08/2026

πŸŒΎπŸ“š BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERTANIAN SPM 2026πŸ“šπŸŒΎ

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Teknik Menjawab Soalan Pertanian SPM 2026 yang disampaikan oleh Puan Trinka Anak Slam, SMK Kanowit.

Bengkel ini memberi fokus kepada pendedahan teknik dan strategi menjawab soalan dengan tepat, di samping membantu murid memahami kehendak soalan serta meningkatkan keyakinan dalam menghadapi peperiksaan SPM.

πŸ‘¨β€πŸŒΎ Jumlah kehadiran:59 orang pelajar
πŸŽ“ Peserta: Pelajar Tingkatan 5C & 4C
πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Dewan Sri Harmoni

Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu para pelajar membuat persediaan yang lebih mantap dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM 2026. πŸ’ͺ🌱

✨ Persediaan Mantap, Menuju Kejayaan!✨







πŸ†βœ¨ SATU INOVASI, SERIBU INSPIRASI! βœ¨πŸ†TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Syabas dan tahniah kepada guru serta murid SMK Baru Miri atas pe...
22/08/2026

πŸ†βœ¨ SATU INOVASI, SERIBU INSPIRASI! βœ¨πŸ†

TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Syabas dan tahniah kepada guru serta murid SMK Baru Miri atas pencapaian membanggakan dalam Simposium Duta Guru 2026 yang telah berlangsung pada 21–22 Ogos 2026 di Curtin University, Miri, Sarawak. πŸ’™

πŸ’™ KATEGORI GURU

🌟 GEOBEARING INTERAKTIF
πŸ‘©β€πŸ« Syakilla Binti Symree
πŸ‘©β€πŸ« Effa Natasha binti Abdul Wahid
πŸ† ANUGERAH PLATINUM – 10 PASUKAN TERBAIK
Inovasi Digital Dalam Pendidikan Kategori Guru

🌟 RaF I-Quest (RBT Form-Builder Ai-Quest)
πŸ‘©β€πŸ« Rafidah binti Morshidi
πŸ‘©β€πŸ« Nurul Fatihah binti Ismail
πŸ† ANUGERAH GANGSA
Inovasi Digital Dalam Pendidikan Kategori Guru

πŸ’™ KATEGORI MURID

πŸš€ SCIENCE ADVENTURE
Guru Pengiring: Nor Farzana Binti Zaki
πŸ‘¨β€πŸŽ“ Albert Ayum Anak Stanley
πŸ‘¨β€πŸŽ“ Felixverill Tingang Anak Saran
πŸ† ANUGERAH PLATINUM – 5 PASUKAN TERBAIK
Inovasi Digital Dalam Pendidikan Kategori Murid

πŸ‘‘ ROYAL QUEST: JEJAK KESULTANAN
Guru Pengiring: Sauwareen A/P Nai Kes
πŸ‘©β€πŸŽ“ Daphne Jienessa Anak Sujie
πŸ‘©β€πŸŽ“ Ashley Gwen Anak Harrison
πŸ† ANUGERAH PLATINUM – 5 PASUKAN TERBAIK
Inovasi Digital Dalam Pendidikan Kategori Murid

πŸ‘ Pencapaian ini menjadi bukti bahawa usaha, kreativiti, keberanian mencuba dan semangat yang tinggi mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Setiap inovasi yang dihasilkan bukan sekadar mencipta sesuatu yang baharu, tetapi menjadi satu langkah ke hadapan dalam memperkasakan pendidikan digital serta mewujudkan pembelajaran yang lebih kreatif, interaktif dan bermakna.

🌟 Hari ini kita meraikan kejayaan. Esok kita cipta lebih banyak kecemerlangan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus BERINOVASI β€’ BERKREATIVITI β€’ BERINSPIRASI dalam melahirkan pendidikan yang unggul dan berimpak.

πŸ†βœ¨ Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!

Teruskan mencipta. Teruskan menginspirasi. Teruskan melakar kecemerlangan. πŸ’™






πŸ“’ TAWARAN SEBUT HARGA SMK BARU MIRIDibuka kepada kontraktor berdaftar bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kec...
20/08/2026

πŸ“’ TAWARAN SEBUT HARGA SMK BARU MIRI

Dibuka kepada kontraktor berdaftar bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecemasan makmal, sistem perpaipan serta kerja berkaitan.

πŸ“… Lawatan Tapak: 27 Ogos 2026 (Khamis), 9.00 pagi
πŸ“… Tarikh Tutup: 3 September 2026 (Khamis)
⏰ 12.00 tengah hari
πŸ“ SMK Baru Miri

⚠️ Lawatan tapak adalah WAJIB.

πŸ“ž Pertanyaan: 085-431707 (En. Henry anak Jini)

PILIHAN RAYA Majlis Perwakilan PTE SMK BARU MIRITarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)Tempat: Bilik Kelas 6 Amanah, SMK Baru Miri...
18/08/2026

PILIHAN RAYA Majlis Perwakilan PTE SMK BARU MIRI
Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
Tempat: Bilik Kelas 6 Amanah, SMK Baru Miri
Jumlah Pengundi Berdaftar: 107 orang
Jumlah Pengundi yang Mengundi: 98 orang
Undi Bagus: 94 undi
Undi Rosak: 4 undi
Kehadiran Mengundi: 91.58%

Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk melaksanakan proses pemilihan secara teratur serta memupuk nilai demokrasi, tanggungjawab dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
Pelaksanaan Program Pilihan Raya PTE SMK Baru Miri telah berjalan dengan baik dengan kadar penyertaan yang tinggi. Kehadiran sebanyak 91.58% menunjukkan bahawa majoriti pengundi mengambil peluang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Sebanyak 94 undi daripada 98 undi yang diterima menunjukkan bahawa sebahagian besar pengundi memahami kaedah pengundian yang betul.
Secara keseluruhannya, Program Pilihan Raya PTE SMK Baru Miri pada 18 Ogos 2026 telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kadar kehadiran mengundi yang tinggi mencerminkan komitmen serta kesedaran pengundi terhadap tanggungjawab mereka dalam proses pemilihan.
Antara AJK Majlis Tertinggi yang telah dipilih untuk menerajui PTE SMK Baru Miri tahun 2026-27 ialah:
IRIS BINTI REO (President)
DEXTER SELING SIUN (Naib President)
CYNTHIA LING MEDIA (Setiausaha)
NORBAIZURAH BINTI ABDULLAH (Penolong Setiausaha)
ZAKIRAH BINTI ZAINUDDIN (Bendahari)
ARISSYA SOFIEA BINTI ABDUL RAZAK (Penolong Bendahari)

WRITE IT RIGHT WORKSHOP 2026The Form 6 English Language Panel of SMK Baru Miri successfully organised the Write It Right...
17/08/2026

WRITE IT RIGHT WORKSHOP 2026

The Form 6 English Language Panel of SMK Baru Miri successfully organised the Write It Right Workshop 2026 on 17 August 2026 at Dewan Sri Harmoni.

The workshop was attended by Form 6 Semester 1 and 3 students together with the Form 6 English teachers. The session was conducted by Dr. Sii Ling @ Mee Ling, an experienced English teacher, who shared valuable tips and strategies to help students improve their writing skills and boost their confidence.

πŸ“š Boost Writing Skills. Score Higher.
A meaningful session towards better writing and better MUET performance!

πŸ‘ Congratulations to the organisers, teachers and students for making the workshop a success!

PROGRAM PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN 2026 Keselamatan warga sekolah merupakan satu tanggungjawab b...
16/08/2026

PROGRAM PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN 2026

Keselamatan warga sekolah merupakan satu tanggungjawab bersama. Pengetahuan tentang tindakan yang betul ketika berlaku kecemasan amat penting bagi memastikan setiap warga sekolah dapat bertindak dengan cepat, tenang dan teratur sekiranya berlaku kebakaran atau situasi yang memerlukan pengungsian bangunan.

πŸ“… 14 Ogos 2026 | Jumaat

Seramai 819 orang murid telah terlibat dalam Program Pengungsian Bangunan dan Latihan Memadam Kebakaran yang dilaksanakan di sekolah. Program ini turut melibatkan guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), pekerja pembersihan serta pengawal keselamatan, menjadikannya satu latihan keselamatan yang melibatkan seluruh warga sekolah.

Sepanjang program, warga sekolah diberi pendedahan tentang prosedur pengungsian bangunan, laluan keluar yang selamat, tindakan semasa kecemasan serta kaedah asas menggunakan alat pemadam api.

Latihan seperti ini bukan sekadar memenuhi prosedur keselamatan, tetapi membina kesiapsiagaan, disiplin dan kesedaran bahawa dalam situasi kecemasan, setiap saat dan setiap tindakan adalah penting.

Bersedia sebelum kecemasan berlaku.
Tahu tindakan, lindungi nyawa.

What an insightful and inspiring learning session our Form 6 Semester 3 students gained from their seniors on 14 August ...
15/08/2026

What an insightful and inspiring learning session our Form 6 Semester 3 students gained from their seniors on 14 August 2026! The Model Speaking Session 2026: Sharing Tips for Mastering English Proficiency Skills was held at Bilik Kuliah, SMK Baru Miri, from 12.00 p.m. to 2.00 p.m.
Our wonderful demonstrators, Aleeya Dean (Batch 2021), Arabella (Batch 2025), Nur Nafisa (Batch 2025), and Victor (Batch 2025), returned to demonstrate MUET Speaking Part 1 and Part 2. Through their demonstrations, they shared their personal approaches and strategies for tackling the speaking examination, giving their juniors valuable insights into how to respond confidently and effectively.
Following the session, the students were asked to reflect on their learning by identifying three things they had gained from the session, three areas they wanted to improve, and one particular skill they felt most fearful of when sitting for their MUET papers.
The seniors also shared their personal experiences and offered practical tips on overcoming common challenges, such as being startled or losing confidence while speaking and going off-topic when answering writing questions. Their honest sharing and encouragement provided the students with a clearer understanding of what to expect and how to better prepare themselves for the examination.
A big round of applause goes to our wonderful demonstrators for taking the time to enlighten, guide, and inspire their juniors as they prepare for their upcoming MUET Trial 3 examination and the actual MUET examination this October.
All the best, candidates! Believe in yourselves, stay focused, and give it your very best!

πŸŽ’βœ¨ KEM ADVENTURE BAHASA MELAYU TINGKATAN 6 βœ¨πŸŽ’β€œJelajah Bahasa, Terokai Potensi”Kem Adventure Bahasa Melayu Tingkatan 6 te...
15/08/2026

πŸŽ’βœ¨ KEM ADVENTURE BAHASA MELAYU TINGKATAN 6 βœ¨πŸŽ’
β€œJelajah Bahasa, Terokai Potensi”

Kem Adventure Bahasa Melayu Tingkatan 6 telah berjaya dilaksanakan pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) dari pukul 7:00 pagi - 1:30 petang bertempat di Bilik ICT SMK Baru Miri.

Program ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk meneroka pembelajaran Bahasa Melayu melalui pendekatan yang lebih kreatif, interaktif dan menyeronokkan, di samping memperkukuh kemahiran komunikasi, penulisan, pemikiran kritis, kerjasama dan keyakinan diri sebagai persediaan menghadapi STPM.

🎀 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman:

🌟 Encik Ismail bin Hameed
🌟 Puan Jerrah binti Pandin
🌟 Puan Leong Kae Ling

Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada barisan fasilitator dari Kolej Tunku Haji Bujang Miri yang turut memberikan komitmen, bimbingan dan kerjasama sepanjang program berlangsung. πŸ‘πŸ»

πŸŽ‰ Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas kesungguhan, keberanian dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi akademik serta membina keyakinan diri dalam menghadapi STPM.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. ❀️

β€œBahasa Jiwa Bangsa, Potensi Pemacu Masa Depan.” πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“š






Address

Jalan Cahaya Lopeng
Miri
98000

Telephone

085431707

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buletin SMK BARU MIRI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category