Pusat Jagaan MAMA JUE

Pusat Jagaan MAMA JUE Had umur : 5 hingga 15 tahun

PUSAT JAGAAN MAMA JUE
(khas untuk kanak-kanak OKU)

Istilah lain yang digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak berkeperluan khas termasuk kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, atau kanak-kanak kurang upaya.

21/08/2026

Pasal bab makanan, kami cuba sedaya upaya dan terbaik untuk bagi pendedahan yang sebaik mungkin untuk anak anak semua di sini. Asalkan mereka s**a makan dan perut pun gembira☺️

10/08/2026

Tanya diri anda sebelum ukur nilai sebuah pekerjaan hanya pada gaji, penampilan atau jenis tugasnya. Ada pekerjaan yang mungkin dianggap kecil oleh sesetengah orang, tetapi menuntut kesabaran, kekuatan hati dan kasih sayang yang besar.

Ya, kami menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Ada masa kami berdepan dengan najis, tangisan, kes**aran berkomunikasi dan pelbagai cabaran yang tidak semua orang sanggup hadapi. Anda jijik? Lupakan, dan tak perlu hinaan.

Namun bagi kami, menjaga insan istimewa bukan pekerjaan yang memalukan. Ia adalah amanah. Hati kami saja , biar Tuhan yang tahu.

Gaji mungkin sekadar cukup untuk meneruskan kehidupan, tetapi kepuasan melihat seseorang yang kami jaga tersenyum, belajar dan berkembang tidak ternilai harganya.

Jadi, sebelum menghina pekerjaan orang lain, ingatlah bahawa setiap pekerjaan ada maruahnya. Yang menentukan nilai seseorang bukan pekerjaan di tangan, tetapi keikhlasan dan hati ketika melakukannya.



08/08/2026

We are ready to go!!
💪♥️

04/08/2026

🔥❤️ Bukan Sekadar Latihan, Tetapi Bekalan Kehidupan ❤️🔥

"Fire! Fire!" Jeritan kecil rakan mereka bergema memenuhi ruang. Ada yang ketawa, ada yang terkejut, dan ada yang masih tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Ada yang Masih mamai bangun tidur😅

Anak-anak istimewa kami belajar dengan cara yang berbeza. Ada yang s**ar memahami hanya melalui kata-kata, namun mereka lebih mudah mengerti apabila melihat dan mengalami sendiri sesuatu situasi. Atas sebab itu, kami memberikan pendedahan secara terkawal terhadap situasi kebakaran sebenar agar mereka mengenali bahaya, memahami arahan, dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan.

Kami percaya, kekurangan bukanlah penghalang untuk mereka mempelajari kemahiran hidup. Mereka juga berhak diberikan peluang memahami dunia di sekeliling mereka, termasuk cara menyelamatkan diri apabila berlakunya kecemasan.

Hari ini mungkin hanya satu latihan. Namun ilmu dan pengalaman yang mereka peroleh mungkin menjadi penyelamat pada suatu hari nanti. Sedikit demi sedikit, kami membina keberanian, keyakinan dan kesedaran dalam diri mereka supaya mereka tidak mudah panik, sebaliknya mampu bertindak dengan lebih tenang.

Kerana setiap anak istimewa berhak merasa selamat, dihargai, dan dipersiapkan untuk menghadapi kehidupan. Semoga anak-anak semua sentiasa dilindungi Tuhan dalam setiap langkah mereka. 🤲❤️




30/07/2026
19/07/2026

Ada insan yang mengira usia dengan angka, namun kami memilih untuk mengiranya dengan senyuman, pelukan, kasih sayang dan setiap langkah kecil yang penuh makna.

Di Pusat Jagaan Mama Jue, setiap sambutan hari jadi adalah lambang bahawa setiap anak istimewa merupakan anugerah yang tidak ternilai, membawa cahaya dan kebahagiaan dalam kehidupan kami.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi pelindung perjalanan hidupmu, setiap impian dipermudahkan, dan setiap hari dipenuhi kasih sayang yang tidak pernah ada penghujungnya.

Teruslah tersenyum, teruslah bersinar, kerana dirimu amat berharga dan sentiasa disayangi oleh kami semua. Selamat Hari Jadi, anak istimewa kami. 🎂🤍✨

Ikhlas dari kami,
Pusat Jagaan MAMA JUE




To some, it's noisy and messy.To us, it's a room full of courage, learning, and hope.Every smile, every step, and every ...
10/07/2026

To some, it's noisy and messy.
To us, it's a room full of courage, learning, and hope.
Every smile, every step, and every little achievement reminds us why we do what we do. ❤️

People may notice the noise before they notice the progress.
We notice every small victory, every new skill, and every child who feels safe enough to laugh freely.
That's the sound of love, patience, and growth.

Don't judge a place by its noise. Sometimes, the loudest rooms are where the biggest miracles happen. 💙





Dari luar, ramai yang melihat kekurangan dan keluh kesah mereka. Namun di dalam rumah kami, yang bergema bukanlah kesedi...
25/06/2026

Dari luar, ramai yang melihat kekurangan dan keluh kesah mereka. Namun di dalam rumah kami, yang bergema bukanlah kesedihan, tetapi tawa riang yang tulus, pelukan, air mata yang ikhlas dan kebahagiaan anak-anak istimewa yang mengajar kami erti syukur setiap hari.

Kami mungkin bukan insan hebat di mata dunia, dan kami juga tidak memiliki segala-galanya. Namun kesyukuran menatap setiap senyuman mereka adalah kekuatan kami, setiap kemajuan kecil mereka adalah kebanggaan kami, dan setiap detik bersama mereka adalah nikmat yang tidak ternilai.

Selagi nafas masih ada, kami akan terus menghargai setiap momen, kerana kami tahu suatu hari nanti, kenangan inilah yang akan menjadi harta paling berharga di hati kami.
❤️🌟
✍️ Ikhlas dari Pusat Jagaan MAMA JUE



Address

Desa Pujut, Permyjaya
Miri
98000

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+60148832133

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan MAMA JUE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Jagaan MAMA JUE:

Shortcuts

Share

Category