SK Sungai Liam, Bakong, Miri

SK Sungai Liam, Bakong, Miri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Sungai Liam, Bakong, Miri, School, D/A PPD Miri, Miri.

📚 Jom Baca 10 Minit 202623 April 202611.00 pagi - 11.10 pagiSK Sungai Liam terus menyemarakkan budaya membaca dalam kala...
24/04/2026

📚 Jom Baca 10 Minit 2026

23 April 2026
11.00 pagi - 11.10 pagi

SK Sungai Liam terus menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan murid melalui Program Jom Baca 10 Minit yang berlangsung dengan penuh semangat dan penglibatan aktif semua warga sekolah.

Amalan membaca mampu membuka minda, menambah ilmu dan membentuk sahsiah yang cemerlang.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang menjayakan program ini. Semoga budaya membaca terus mekar dalam kehidupan seharian.

📢 Makluman Penangguhan Tarikh Pesta Bola Liam 2026Hai semua 🫡Dimaklumkan bahawa Pesta Bola Liam terpaksa ditangguhkan ke...
16/04/2026

📢 Makluman Penangguhan Tarikh Pesta Bola Liam 2026

Hai semua 🫡

Dimaklumkan bahawa Pesta Bola Liam terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 4 & 5 Julai 2026.

Penangguhan ini disebabkan pertindihan dengan kejohanan bola sepak lain serta terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Untuk pasukan yang sudah daftar, anda masih dialu-alukan untuk terus join pada tarikh baharu nanti. Ada masa lebih untuk training 👍

Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan sangat menghargai kefahaman semua 🙏

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama. Mohon sebarkan makluman ini ya. 💪🏻

⚽ PESTA BOLA LIAM 2026 – AKSI TERHEBAT MENANTI! ⚽📅 Tarikh: 9 - 10 MEI 2026📍 Lokasi: Padang SK Sungai Liam🔥 Adakah pasuka...
07/04/2026

⚽ PESTA BOLA LIAM 2026 – AKSI TERHEBAT MENANTI! ⚽
📅 Tarikh: 9 - 10 MEI 2026
📍 Lokasi: Padang SK Sungai Liam

🔥 Adakah pasukan anda bersedia untuk mencipta sejarah? Pesta Bola Liam 2026 bakal menyaksikan pertempuran sengit di padang SK Sungai Liam! Datang dan sertai kejohanan bola sepak paling dinanti-nantikan ini!

🏆 Aksi Mendebarkan!
⚡ Pasukan Terbaik Bertempur!
🎉 Sorakan, Semangat & Kejayaan!

🌟 Siapakah yang akan dinobatkan sebagai Juara? Sertai kami dan buktikan kehebatan anda!

📢 Jangan ketinggalan! Daftar sekarang dan jadi sebahagian daripada sejarah Pesta Bola Liam 2026!

5 TUMPUAN UTAMA | RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026–2035Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 memberi pen...
06/03/2026

5 TUMPUAN UTAMA | RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026–2035

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 memberi penekanan kepada lima tumpuan utama bagi memastikan sistem pendidikan negara terus relevan, berkualiti dan berdaya saing di peringkat global.

5 Tumpuan Utama RPM 2026–2035:
⭐ Mutu
⭐ Akses & Ekuiti
⭐ Ketersediaan Sumber & Kecekapan
⭐ Keluwesan
⭐ Kemampanan

Warga SK Sungai Liam sentiasa komited untuk menyokong aspirasi ini demi melahirkan murid yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Bersama kita memperkasa pendidikan untuk masa depan generasi Malaysia. 📚✨







7 TERAS STRATEGIK | RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026–2035Pendidikan berkualiti adalah asas kepada masa depan neg...
06/03/2026

7 TERAS STRATEGIK | RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026–2035

Pendidikan berkualiti adalah asas kepada masa depan negara. Melalui Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, tujuh teras strategik digariskan bagi memastikan sistem pendidikan negara terus maju, inklusif dan relevan dengan cabaran masa hadapan.

7 Teras Strategik RPM 2026–2035:
✅ Memastikan sistem pendidikan Malaysia yang terangkum, dinamik dan relevan.
✅ Mengoptimumkan setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global.
✅ Mentransformasikan pendidik agar berkeupayaan tinggi dan berorientasi masa hadapan.
✅ Memantapkan prasarana fizikal dan digital di semua institusi pendidikan KPM.
✅ Mempergiat sinergi antara institusi pendidikan KPM dengan semua pihak berkepentingan.
✅ Membudayakan kelestarian dalam ekosistem pendidikan.
✅ Meningkatkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian

Warga SK Sungai Liam komited untuk bersama-sama merealisasikan aspirasi ini demi melahirkan generasi yang cemerlang, berdaya saing dan berakhlak mulia.

Bersama kita melangkah ke hadapan, membina masa depan pendidikan yang lebih gemilang. ✨📚







SASARAN WAJIB CAPAI | RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2026–2035Sekolah Kebangsaan Sungai Liam komited menyokong aspirasi R...
05/03/2026

SASARAN WAJIB CAPAI | RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2026–2035

Sekolah Kebangsaan Sungai Liam komited menyokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 demi melahirkan murid yang holistik, seimbang dan berdaya saing di peringkat global.

Ini bukan sekadar perbincangan, tetapi satu komitmen bersama seluruh warga sekolah untuk memastikan setiap murid mencapai potensi terbaik mereka.

✨ 12 Sasaran Wajib Capai yang menjadi fokus:

1. Murid Gred C ke atas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
2. Sosioemosi sejahtera dan adab baik dalam kalangan murid.
3. Kompetensi digital tahap intermediate ke atas.
4. 90% murid cergas dalam Ujian SEGAK.
5. Kemahiran dwibahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
6. Ikon lestari diwujudkan di semua institusi pendidikan.
7. MBPK mencapai potensi maksimum.
8. Skor setara standard antarabangsa.
9. Kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
10. Literasi dan numerasi dikuasai sepenuhnya pada akhir Tahap 1
11. Prasarana pendidikan lengkap dan kondusif.
12. Akses internet dan peranti berkualiti tinggi.

📚 SK Sungai Liam terus melangkah bersama menuju pendidikan yang lebih berkualiti demi masa depan anak-anak kita.






13/01/2026

Selamat kembali ke sekolah!

Hari pertama persekolahan **Tahun 2026 di SK Sungai Liam** bermula dengan suasana ceria dan penuh kemesraan melalui **Aktiviti Guru Penyayang**, di mana murid-murid disambut mesra oleh guru-guru sebaik tiba di pintu pagar sekolah.

Program diteruskan dengan **Perhimpunan Pembukaan Sekolah** sebelum murid-murid mengikuti pelbagai **aktiviti menarik sempena minggu pertama persekolahan**. Semoga permulaan yang baik ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada semua murid untuk menghadapi sesi persekolahan 2026 dengan lebih yakin dan ceria.

Selamat kembali ke sekolah! 😊Hari pertama persekolahan Tahun 2026 di SK Sungai Liam bermula dengan suasana ceria dan pen...
13/01/2026

Selamat kembali ke sekolah! 😊

Hari pertama persekolahan Tahun 2026 di SK Sungai Liam bermula dengan suasana ceria dan penuh kemesraan melalui Program Guru Penyayang, di mana murid-murid disambut mesra oleh guru-guru sebaik tiba di pintu pagar sekolah.

Program diteruskan dengan Perhimpunan Pembukaan Sekolah sebelum murid-murid mengikuti pelbagai aktiviti menarik sempena minggu pertama persekolahan. Semoga permulaan yang baik ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada semua murid untuk menghadapi sesi persekolahan 2026 dengan lebih yakin dan ceria.

Update!!11.Disember.2025 SK Sungai Liam dengan jayanya telah mengadakan Majlis Appreciation Night🎉✨bagi mengiktiraf dan ...
13/12/2025

Update!!
11.Disember.2025
SK Sungai Liam dengan jayanya telah mengadakan Majlis Appreciation Night🎉✨bagi mengiktiraf dan menghargai usaha gigih murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Sehubungan itu pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih💝atas sokongan dan kerjasama dari semua pihak terlibat yang telah membantu menjayakan program tersebut.

Diharapkan melalui program ini dapat meningkatkan lagi semangat💪🏻anak-anak murid SK Sungai Liam untuk terus cekal dan dedikasi dalam menimba ilmu📚

11/12/2025

Majlis Appreciation Night SK Sungai Liam akan diadakan pada 11 Disember 2025, jam 6.30 petang, bertempat di Imperial Palace Hotel, Miri. Jom kita raikan kecemerlangan anak-anak SK Sungai Liam 2025! Jumpa anda di sana. Terima kasih!

🎖️ *KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI LIAM 2025* 🎖️Pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput semua warga SK Sungai Liam...
13/11/2025

🎖️ *KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI LIAM 2025* 🎖️

Pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput semua warga SK Sungai Liam, ibu bapa, dan komuniti setempat untuk hadir bagi memeriahkan Kejohanan Sukan Sekolah SK Sungai Liam 2025 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 *Tarikh:* 14 November 2025 (Jumaat)
📍 *Tempat:* Padang SK Sungai Liam

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat dialu-alukan bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan serta memberi dorongan kepada murid-murid yang mengambil bahagian.

💫 “Bersukan Membina Semangat, Mengukuh Perpaduan” 💫

Pada 17.10.2025SK Sungai Liam telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak👦🏻👧🏼🌈 peringkat sekolah.Program ini bertujuan un...
19/10/2025

Pada 17.10.2025
SK Sungai Liam telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak👦🏻👧🏼🌈 peringkat sekolah.

Program ini bertujuan untuk menghargai murid-murid sebagai seorang kanak-kanak supaya mereka berasa dihargai💝 dan disayangi💕. Selain itu, melalui program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi💪🏻 mereka untuk terus tekun serta dedikasi dalam menimba ilmu📖📚✨


Address

D/A PPD Miri
Miri
98000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Liam, Bakong, Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category