Portal SMK Lutong

Call Directions

Portal SMK Lutong Halaman ini adalah medium rasmi yang memaparkan info-info terkini di sekolah ini.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SUBJEK SEJARAH SPMπŸ—“οΈ 22.09.2026 (Selasa)πŸ§‘β€πŸŽ“ 5 Cergas - 5 PVMAπŸ—“οΈ 24.09.2026 (Khamis)πŸ§‘πŸΌβ€πŸŽ“ 5...
24/09/2026

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SUBJEK SEJARAH SPM

πŸ—“οΈ 22.09.2026 (Selasa)
πŸ§‘β€πŸŽ“ 5 Cergas - 5 PVMA

πŸ—“οΈ 24.09.2026 (Khamis)
πŸ§‘πŸΌβ€πŸŽ“ 5 Einstein - 5 Bakti
🏫 Dewan Makan Harmoni , SMKL

GURU-GURU TERLIBAT :
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Chieng Siew Chou
πŸ‘¨β€πŸ« Cikgu Hilton Gandang
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Rita Robert Junda
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Astri Bt Ahmad
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Yushantini Selvan
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Veronica Runin

OBJEKTIF BENGKEL :

🎯Mengenal pasti kehendak soalan berdasarkan kata tugas dan jumlah markah.

🎯Memilih fakta Sejarah yang tepat dan relevan untuk menjawab soalan.

🎯Membina jawapan yang tersusun menggunakan teknik isi, kata hubung dan huraian.

🎯Menjawab soalan KBAT dengan mengaitkan idea, sebab, contoh atau kesan secara logik.

🎯Mengurus masa menjawab dan menyemak jawapan sebelum menghantar kertas peperiksaan.

πŸ’« Di harap bengkel ini berjaya memberikan anjakan paradigma dan membantu pelajar menjelang Percubaan 2 & SPM 2026

CERAMAH KESELAMATAN PENGGUNAAN ELEKTRIKAnjuran Sarawak Electrical Berhad (SEB)Tarikh : 24 September 2026 (Khamis)Masa : ...
24/09/2026

CERAMAH KESELAMATAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
Anjuran Sarawak Electrical Berhad (SEB)

Tarikh : 24 September 2026 (Khamis)

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tempat : Bilik Ting 6

Murid Terlibat : Pengawas Bilik Darjah dan Pengawas 3K
Kelas: Tingkatan 1 & 2 sesi pagi, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6

Penceramah : Encik Rafael Ak Jiram ( Safety Officer SEB)

Objektif program :
- Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik.
- Meningkatkan kesedaran murid terhadap risiko kemalangan, kebakaran dan renjatan elektrik.
- Membimbing murid mengamalkan langkah-langkah keselamatan elektrik di sekolah dan di rumah.
- Melahirkan murid yang bertanggungjawab serta peka terhadap aspek keselamatan diri dan persekitaran.

Ringkasan program :
Murid diberikan penerangan berkaitan penggunaan elektrik secara selamat, bahaya renjatan elektrik, langkah pencegahan kebakaran serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan berkaitan elektrik.
Aktiviti turut memberi penekanan kepada peranan murid sebagai contoh kepada warga sekolah dalam mengamalkan budaya keselamatan.

Secara keseluruhannya, ceramah ini telah memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada murid dalam meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan penggunaan elektrik. Diharapkan pengetahuan yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, bertanggungjawab dan bebas daripada risiko kemalangan elektrik.

Ucapan terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Puan Emilia Ema ak Lagan, pegawai dari Sarawak Electrical Berhad yang juga merupakan bekas pelajat SMK Lutong kerana telah memilih SMK Lutong sebagai tempat untuk menjalankan program ini.

*BENGKEL DELIMa 3.0* *24 September 2026 | Khamis*SMK Lutong telah berjaya melaksanakan Bengkel DELIMa 3.0 yang melibatka...
24/09/2026

*BENGKEL DELIMa 3.0*

*24 September 2026 | Khamis*

SMK Lutong telah berjaya melaksanakan Bengkel DELIMa 3.0 yang melibatkan penyertaan guru-guru sesi pagi dan sesi petang. Bengkel ini diadakan sebagai salah satu usaha berterusan untuk memperkukuh kemahiran digital guru serta meningkatkan keupayaan warga pendidik dalam memanfaatkan platform DELIMa bagi menyokong pelaksanaan PdPc yang lebih inovatif, interaktif dan berkesan.

Bengkel ini turut memberikan ruang kepada para guru untuk meneroka dan meningkatkan penguasaan terhadap fungsi serta kemudahan yang disediakan dalam DELIMa 3.0, di samping berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam penggunaan teknologi digital dalam pendidikan.

πŸ“š Slot 1 – Guru Sesi Petang
πŸ•˜ 9.30 – 11.30 pagi
πŸ“ Bilik Mesyuarat, Blok Nexus
πŸ‘¨β€πŸ« Jurulatih: Cikgu Alister Long Lihan (Guru Penyelaras DELIMa SMK Lutong)

πŸ“š Slot 2 – Guru Sesi Pagi
πŸ• 2.30 – 4.30 petang
πŸ“ Bilik Kelas Tingkatan 6
πŸ‘©β€πŸ« Jurulatih: Cik Joscyln Lemok anak Empungan (Penolong PPD, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan) dan Cikgu Lee Boon Hock (Guru Penyelaras DELIMa SMK Dato Permaisuri).

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua Jurulatih bengkel dan guru-guru SMK Lutong atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam PdPc serta membantu memperkasa pendidikan digital di SMK Lutong. πŸŒπŸ“–βœ¨



.0

πŸ“šβœ¨ USAHA HARI INI, KEJAYAAN ESOK! βœ¨πŸ“šπŸŽ“ Peperiksaan Percubaan STPM semakin hampir!Buat semua pelajar Tingkatan 6 Semester ...
24/09/2026

πŸ“šβœ¨ USAHA HARI INI, KEJAYAAN ESOK! βœ¨πŸ“š

πŸŽ“ Peperiksaan Percubaan STPM semakin hampir!
Buat semua pelajar Tingkatan 6 Semester 1 dan Semester 3, inilah masanya untuk terus melangkah dengan semangat, fokus dan keyakinan. πŸ’ͺπŸ“–

πŸ“ Percubaan STPM Semester 1:
πŸ“… 12 – 14 Oktober 2026

πŸ“ Percubaan STPM Semester 3:
πŸ“… 19 – 21 Oktober 2026

🌟 Tentukan matlamat
πŸ“… Rancang jadual
πŸ“š Belajar dengan konsisten
πŸ’™ Jangan mudah berputus asa

Ingatlah, kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi setiap usaha yang konsisten pasti membawa anda lebih dekat kepada impian. 🌈

πŸ’ͺ Anda pasti boleh!
πŸ”₯ Teruskan berusaha, percaya pada diri sendiri dan berikan yang terbaik dalam setiap langkah.

Semoga berjaya kepada semua calon STPM SMK Lutong!
🀲 Usaha, doa dan tawakal. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.







πŸŽ“ Setinggi-tinggi Tahniah, Anak-anak SMK Lutong! πŸŽ“πŸŒŸ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua anak didik SMK Lutong...
24/09/2026

πŸŽ“ Setinggi-tinggi Tahniah, Anak-anak SMK Lutong! πŸŽ“

🌟 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua anak didik SMK Lutong yang telah berjaya melangkah ke alam universiti selepas menamatkan pengajian STPM!

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, ketekunan, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus sepanjang menempuh pengajian STPM. Semoga langkah baharu ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang dalam menimba ilmu dan mengejar cita-cita.

πŸ“š Teruskan melangkah dengan yakin.

🌱 Teruskan belajar dengan tekun.

✨ Teruskan menggapai impian setinggi mungkin.

Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di alam kampus, dikurniakan kejayaan yang cemerlang serta menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Selamat maju jaya dan selamat menempuh kehidupan sebagai mahasiswa! πŸŽ“

πŸ’š Anda sentiasa menjadi kebanggaan SMK Lutong.

β€œIlmu dijunjung, impian dikejar, kejayaan digapai.”







πŸ“šBENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2026Panitia Bahasa Melayu SMK Lutong telah menganjurkan Bengkel Tekn...
24/09/2026

πŸ“šBENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2026

Panitia Bahasa Melayu SMK Lutong telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu bertempat di Dewan Makan SMK Lutong pada 22 dan 24 September 2026. Bengkel ini melibatkan semua murid tingkatan lima.

Penceramah :
1. Puan Lilywati binti Merais
2. Puan Muna Anak Lakat

Semoga perkongsian ini diharapkan murid dapat memperoleh panduan yang berguna, khususnya dalam aspek memahami soalan dan teknik menjawab. Bengkel ini merupakan satu peluang untuk murid memperbaiki cara menjawab soalan, mengenal pasti kelemahan dan membina keyakinan sebelum menghadapi peperiksaan SPM.

🌸Kuasai teknik, mantapkan jawapan,tingkatkan keyakinan dan raih kecemerlangan dalam Bahasa Melayu.🌻

SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH 🌷Warga SMK Lutong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada...
24/09/2026

SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH 🌷

Warga SMK Lutong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

Cikgu Nuraisha Fauziani Abdul Rahman
dan
Cikgu Zakirah Binti Abdul Latif @ AB Latif

yang bakal berpindah ke stesen bertugas yang baharu.

Terima kasih atas segala sumbangan, komitmen, kerjasama dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang bersama SMK Lutong. Setiap usaha dan kenangan yang ditinggalkan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan sekolah ini.

Semoga terus maju, cemerlang dan mencipta kejayaan di tempat bertugas yang baharu.

Jasa Dikenang, Bakti Dihargai.
Terus Melangkah, Membina Kejayaan.




πŸ“šβœ¨ JADUAL PEPERIKSAAN SESI AKADEMIK 2026 βœ¨πŸ“šPerhatian kepada semua murid dan ibu bapa/penjaga. Berikut merupakan jadual p...
24/09/2026

πŸ“šβœ¨ JADUAL PEPERIKSAAN SESI AKADEMIK 2026 βœ¨πŸ“š

Perhatian kepada semua murid dan ibu bapa/penjaga. Berikut merupakan jadual pelaksanaan peperiksaan bagi sesi akademik 2026:

πŸ“ Peperiksaan Percubaan 2– Tingkatan 5
πŸ“… 28 September – 8 Oktober 2026

πŸ“˜ Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PASA) – Tingkatan 4
πŸ“… 6 – 19 Oktober 2026

πŸŽ“ Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) – Peralihan hingga Tingkatan 3
πŸ“… 12 – 19 Oktober 2026

πŸ’ͺ Usaha β€’ Disiplin β€’ Kecemerlangan
Hadir ke sekolah dan peperiksaan dengan penuh komitmen. Buat persediaan awal, ulang kaji secara konsisten dan berikan yang terbaik dalam setiap kertas peperiksaan.

🌟 Kehadiran penuh, persediaan rapi, kejayaan menanti!

Unit Peperiksaan
SMK Lutong πŸ’™πŸ“š

πŸ† PENYAMPAIAN HADIAH GALAKAN PROGRAM PEMULIHAN SMK LUTONG πŸ†πŸ“… 23 September 2026 (Rabu)SMK Lutong telah melaksanakan Sesi ...
23/09/2026

πŸ† PENYAMPAIAN HADIAH GALAKAN PROGRAM PEMULIHAN SMK LUTONG πŸ†

πŸ“… 23 September 2026 (Rabu)

SMK Lutong telah melaksanakan Sesi Pertama Penyampaian Hadiah Galakan Program Pemulihan sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan usaha, komitmen dan peningkatan dalam pembelajaran.

Program penyampaian hadiah galakan ini dilaksanakan dalam tiga sesi. Bagi sesi pertama yang telah selesai dilaksanakan pada hari ini, seramai 65 orang murid telah menerima hadiah galakan menerusi Program Pemulihan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pemberian hadiah ini bukan sahaja sebagai penghargaan terhadap usaha dan pencapaian murid, malah diharapkan dapat menjadi suntikan motivasi untuk mereka terus berusaha, meningkatkan keyakinan diri dan mencapai pencapaian yang lebih baik dalam pembelajaran.

Syabas dan tahniah kepada kesemua 65 orang penerima.

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah maju. Setiap usaha, walaupun kecil, merupakan satu langkah menuju kejayaan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pemulihan atas komitmen serta usaha berterusan dalam membimbing murid-murid.

Teruskan usaha, teruskan melangkah dan jangan pernah berputus asa!

23/09/2026

Address

Jalan Pantai, 98100 Lutong
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085655205

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Portal SMK Lutong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category