Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Sarawak

Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Sarawak Striving to build a community with a fast and accurate access to legal information efficiently.

Program Bedah Buku Siri 1/2026 akan berlangsung hari ini pada 22 April 2026, 2.30 petang di Ruang Bacaan Terbuka Perpust...
22/04/2026

Program Bedah Buku Siri 1/2026 akan berlangsung hari ini pada 22 April 2026, 2.30 petang di Ruang Bacaan Terbuka Perpustakaan Seri Budiman IPG Kampus Sarawak. Jom warga IPGKS sama-sama memeriahkan aktiviti ini.

22/04/2026

Promosi Program Jom Baca Bersama 10 Minit:

Program Jom Baca Bersama 10 Minit akan diadakan pada 23 April 2026 (Khamis) secara serentak di seluruh negeri di Malaysia. Program ini merupakan inisiatif bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat serta menyemai minat terhadap ilmu pengetahuan. Dengan tema “Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa”, semua warga digalakkan untuk meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit membaca pada waktu yang ditetapkan sebagai simbol sokongan terhadap gerakan membaca kebangsaan. Marilah kita bersama-sama menjadikan membaca sebagai amalan harian demi melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

Program Resensi Buku Perpustakaan Seri Budiman IPG Kampus Sarawak 2026 kini dibuka bermula 22 April 2026 hingga 22 Novem...
22/04/2026

Program Resensi Buku Perpustakaan Seri Budiman IPG Kampus Sarawak 2026 kini dibuka bermula 22 April 2026 hingga 22 November 2026. Warga IPGKS dijemput untuk menyertai program ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Sijil penyertaan turut disediakan kepada semua peserta.

Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR yang disediakan.



Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera..Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 akan diadakan secara serentak pada 23 ...
20/04/2026

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera..

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 akan diadakan secara serentak pada 23 April 2026 (Khamis), jam 11:00 hingga 11:10 pagi di seluruh Malaysia. Inisiatif tahunan ini bertujuan memupuk budaya membaca, terbuka kepada semua jabatan, agensi, sekolah, dan orang awam.

Menyahut cabaran ini, Unit Perpustakaan IPGKS menyeru warga IPG Kampus Sarawak agar turut serta pada hari program tersebut dan memuat naik gambar membaca dengan mengimbas kod QR poster atau melalui pautan : https://forms.gle/gauPJHMXuwEeeqfo8 untuk peluang memenangi hadiah menarik.



Kakitangan Perpustakaan Seri Budiman, IPG Kampus Sarawak, Miri mengucapkan Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah pu...
19/02/2026

Kakitangan Perpustakaan Seri Budiman, IPG Kampus Sarawak, Miri mengucapkan Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesempurnaan, tertib serta keberkatan.

Perpustakaan Seri Budiman, IPG Kampus Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh warga ...
19/02/2026

Perpustakaan Seri Budiman, IPG Kampus Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh warga IPGKS. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan serta memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

09/02/2026

Terima Kasih juga buat Guru Pelatih IPG Kampus Sarawak Saudara Ling Qian Xin (PRBMM2-1) yang turut sama menjayakan Program Resensi Buku Perpustakaan Seri Budiman IPG Kampus Sarawak, Miri.

09/02/2026

Terima Kasih buat Saudara Bonyface Lawrence anak Pegeun pelajar Internship UiTM Samarahan, Sarawak kerana telah menjayakan Program Resensi Buku di Perpustakaan Seri Budiman IPG Kampus Sarawak, Miri. Jom sama-sama kita saksikan videonya.

09/02/2026

Terima Kasih buat saudari Ashley Desiree anak Donny Pelajar Internship UiTM Samarahan, Sarawak yang turut sama menjayakan Program Resensi Buku di Perpustakaan Seri Budiman IPG Kampus Sarawak. Jom sama-sama kita saksiakan video mereka.

HEBAHAN BAHAN BACAAN TERPILIH @ EBSCOHOST : PERPUSTAKAAN SERI BUDIMANHebahan ini bertujuan memperkenalkan koleksi bahan ...
27/11/2025

HEBAHAN BAHAN BACAAN TERPILIH @ EBSCOHOST : PERPUSTAKAAN SERI BUDIMAN
Hebahan ini bertujuan memperkenalkan koleksi bahan bacaan berkualiti tinggi yang SELARAS dengan keperluan MK di IPG Kampus Sarawak. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan seluruh warga IPG Kampus Sarawak menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam memperkasa ilmu serta menginspirasi minda ke arah kecemerlangan.

HEBAHAN BAHAN BACAAN TERPILIH @ EBSCOHOST : PERPUSTAKAAN SERI BUDIMANHebahan ini bertujuan memperkenalkan koleksi bahan ...
26/11/2025

HEBAHAN BAHAN BACAAN TERPILIH @ EBSCOHOST : PERPUSTAKAAN SERI BUDIMAN

Hebahan ini bertujuan memperkenalkan koleksi bahan bacaan berkualiti tinggi yang SELARAS dengan keperluan MK di IPG Kampus Sarawak. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan seluruh warga IPG Kampus Sarawak menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam memperkasa ilmu serta menginspirasi minda ke arah kecemerlangan.


Address

Jalan Bakam
Miri
98009

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 11:30
14:15 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Sarawak:

Shortcuts

Share

Category