23/02/2024
Baju T-shirt Rasmi Persatuan Alumni SMK Luak Miri sudah pun siap dan sedang dalam proses penghantaran.
Sesiapa yang telah membuat tempahan, sila tunggu makluman daripada kami dan ambil T-shirt anda di Pejabat Pentadbiran SMK Luak Miri
Harap Maklum
28/01/2024
Salam hormat buat seluruh Alumni Persatuan Alumni SMK Luak Miri.
Batch pertama tengah disiapkan dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.
Jangan risau, kepada yang tidak sempat membuat tempahan, kami akan buka semula tempahan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Terima kasih kepada yang telah menempah pada batch pertama.
28/01/2024
Persatuan Alumni SMK Luak Miri menyantuni jemputan daripada Jawantankuasa KEBIRUS SMK Luak Miri pada Majlis Apresiasi SMK Luak 2024
02/12/2023
Tempahan Baju Alumni dilanjutkan sehingga 31/12/2023.
Jom dapatkan baju anda sekarang!
Wow! Persatuan Alumni SMK Luak (PASMKL) dengan bangganya mempersembahkan T-shirt rasmi untuk para Alumni sekalian. Untuk membuat tempahan sila tekan link di bawah. Tempahan dilanjutkan sehingga 31/12/2023.
Jom ramai-ramai kita beli!
SMK Luak Miri
Pautan borang tempahan seperti berikut:
https://forms.gle/huz83mFnC4ntMB8Q8
02/12/2023
Syabas dan tahniah kepada warga pendidik dan pelajar SMK Luak pada edisi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2023.
Pihak Alumni amat berterima kasih atas jemputan untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerja keras dari siang hingga lewat malam demi menjayakan majlis apresiasi ini.
Semoga dengan terukirnya kejayaan pelajar-pelajar dapat menaikkan lagi semangat dan tekad untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.
Semestinya laungan "Luaskan Auramu" memenuhi segenap Dewan dan menjadi pemangkin kepada usaha semua pihak untuk memastikan kejayaan para pelajar adalah misi penting yang perlu diutamakan.
Tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya untuk semua para pelajar.
SMK Luak Miri
05/11/2023
Wow! Persatuan Alumni SMK Luak (PASMKL) dengan bangganya mempersembahkan T-shirt rasmi untuk para Alumni sekalian. Untuk membuat tempahan sila tekan link di bawah. Tempahan dilanjutkan sehingga 31/12/2023.
Jom ramai-ramai kita beli!
SMK Luak Miri
Pautan borang tempahan seperti berikut:
https://forms.gle/huz83mFnC4ntMB8Q8
18/10/2023
TERKINI!
255 Keahlian PASMKL
🎊🎉🎊
18/10/2023
Bermula dengan hanya secebis idea, kemudian berubah menjadi kenyataan!
Syukur alhamdulillah, kini Persatuan Alumni SMK Luak (PASMKL) Miri dengan rasminya ditubuhkan.
Tanggal 6 Oktober 2023 menjadi tarikh keramat dan amat bersejarah.
Menjadi sayap kiri sekolah disamping PIBG, PASMKL berhasrat untuk menjadi nilai tambah kepada kecemerlangan akademik, kejayaan kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar keluaran SMK Luak.
PASMKL pada malam yang sama juga berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati kepada mantan Pengetua, Yang Berbahagia Encik Nasirin Bin Adenan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih terhadap kepimpinan dan usaha yang telah beliau curahkan kepada warga LUASS. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau yang kini menerajui SMK Kemena Bintulu.
Terima kasih dan setinggi penghargaan juga diucapkan kepada Yang Berusaha Cikgu Hafizah Binti Dol (Pemangku Pengetua SMK Luak Miri), Yang Berbahagia En. Suhaili Bin Deraman (YDP PIBG SMK Luak Miri), Yang Berbahagia Cikgu Benedict Saran Ingkon (PK Kokurikulum), Yang Berbahagia Cikgu Mohd Azra Bin Ayub (Pengerusi KEBIRUS & Penyelaras Karnival Luass 2023), Exco2 PIBG SMK Luak Miri, dan tidak dilupakan warga pendidik SMK Luak Miri.
PASMKL akan berdiri teguh dan akan menyokong segala initiatif pihak Sekolah demi pembangunan dan kecemerlangan Sekolah khasnya dan para pelajar amnya.
18/10/2023
Kaunter pendaftaran Alumni SMK Luak telah dibuka bersempena dengan Karnival Luass 2023 yang diadakan pada 9 & 10 September 2023.
Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan lebih dari 60 orang bekas pelajar telah mendaftar.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada Penyelaras Karnival Luass 2023 iaitu Cikgu Azra Bin Ayub kerana telah membantu menyampaikan hasrat saya untuk menubuhkan Alumni SMK Luak kepada pihak pengurusan Sekolah.
Ucapan setinggi penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah kerana telah memberi kebenaran dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha penubuhan Alumni.
Disamping itu, pendaftaran ahli Alumni secara atas talian juga dibuka menggunakan Google Form yang boleh diakses pada pautan di bawah.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfnA0f_2BWsvvoXm_hUq-sQFnvvBxKwC47KLiD_UzcQddtYvw/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0
P/S: Maaf tutup mulut bukan sebab apa, suasana riuh rendah dek acara berrgendang! Memang Havoc suasana di Karnival Luass kali tok! Tahniah penganjur!