πβ¨ September 2026 Intake is Now Open at OUM Miri Learning Centre! β¨π
Donβt miss this opportunity to study at your own pace with a university made for working adults and lifelong learners. (METEOR), sebuah Konsortium (syarikat) yang terdiri daripada 11 universiti awam di negara ini, untuk menubuhkan sebuah universiti terbuka. Demikian ini, maka lahirlah Universiti Terbuka Malaysia atau lebih popula
r dikenali sebagai Open University Malaysia (OUM) pada Ogos 2000 diikuti dengan pelancaran rasminya pada 26 Ogos 2002 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato 'Seri Dr Mahathir Mohamad. Dengan berlandaskan moto βUniversiti untuk semuaβ, OUM percaya bahawa dengan pendemokrasian pendidikan; ia akan dapat memberi peluang kedua kepada semua orang dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tanpa mengira umur dan latar berlakang sosio-ekonomi di samping untuk memenuhi potensi masyarakat. OUM kini mempunyai lebih daripada 35 pusat pembelajaran di seluruh negara termasuk di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu di negeri Sarawak. Demikian ini, peluang pengajian boleh disempurnakan tanpa perlu keluar dari Sarawak. Pejabat urusan yang ketika itu bertempat di Bangunan Seberkas telah melakukan beberapa kali perpindahan pejabat dari Riam ke Kingβs Centre, Miri bagi menampung penambahan pelajar ketika itu. Kini OUM Miri telah beroperasi di bangunan milik sendiri beralamat di MCiti Square, Jalan Lapangan Terbang Miri. Bangunan serba moden ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sokongan bagi para pelajar. Antaranya kemudahan surau, 13 buah kelas termasuk 2 kelengkapan makmal komputer yang canggih dengan kemudahan internet satelit berkelajuan tinggi.