UBK SM SAINS MIRI

Directions Contact the school

UBK SM SAINS MIRI Bimbingan dan Kaunseling

Tahniah dan Syabas🌹 Anakanda Harris Zidane bin Hasmanizam, Alumni 2025 yang telah berjaya menyambung pelajaran dibawah t...
24/09/2026

Tahniah dan Syabas🌹

Anakanda Harris Zidane bin Hasmanizam, Alumni 2025 yang telah berjaya menyambung pelajaran dibawah tajaan
Yayasan Telekom Malaysia Future Leaders Scholarship,
Program DiplΓ΄me Universitaire Β« Passerelle Sciences et Technologies Β» (Foundation in Science and Technology) - 1 tahun di IUT de Colmar - UniversitΓ© de Haute-Alsace, France.


πŸŽ“ SIMPOSIUM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA BESTARI SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026πŸ“… 23 hingga 28 Septem...
22/09/2026

πŸŽ“ SIMPOSIUM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA BESTARI SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

πŸ“… 23 hingga 28 September 2026
πŸ“ Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang

Sekolah dengan sukacitanya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada dua orang murid Tingkatan 4 yang telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam Simposium Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bestari Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

🌟 Peserta:
1. Nur Hannani Husna binti Dani
2. Villanie Siong Marcus

https://vt.tiktok.com/ZSqEWr8Hq/

Penyertaan ini merupakan satu platform bermakna untuk murid memperkasa kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan serta peranan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam membentuk persekitaran sekolah yang positif, selamat dan sejahtera.

Semoga kedua-dua peserta memperoleh pengalaman yang bermakna, memperluas jaringan persahabatan serta membawa pulang ilmu dan inspirasi untuk dikongsikan bersama warga sekolah.

✨ Selamat mewakili sekolah di peringkat kebangsaan!
πŸ’™ Anda inspirasi, anda pemimpin, anda PRS Bestari!


HEBAHAN RASMI | PERTANDINGAN TIKTOK ENERGIZER 2026Sekolah Menengah Sains Miri dengan sukacitanya menyertai Karnival Pend...
22/09/2026

HEBAHAN RASMI | PERTANDINGAN TIKTOK ENERGIZER 2026

Sekolah Menengah Sains Miri dengan sukacitanya menyertai Karnival Pendidikan dan Kerjaya Murid SBP Zon Utara Tahun 2026 bagi Pertandingan TikTok Energizer.

Tema Pertandingan:
STEM dan Kecerdasan Buatan (AI): Pemangkin Kerjaya Digital Generasi MADANI

Tajuk Pertandingan:
RESTART – Dari Malas ke Software Engineer

Sehubungan itu, seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni serta komuniti yang menyokong Sekolah Menengah Sains Miri dijemput untuk memberikan sokongan kepada penyertaan ini dengan menekan pautan, menonton dan berkongsi video Pertandingan TikTok Energizer.

Pautan Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSqK6Da1b/

Setiap tontonan amat bermakna sebagai tanda sokongan terhadap usaha dan kreativiti murid-murid SM Sains Miri.

Ayuh ramaikan tontonan!
Tonton. Sokong. Kongsikan.

Terima kasih atas sokongan dan dokongan semua.

Sekolah Menengah Sains Miri
Melangkah bersama menuju kecemerlangan.


Slot Motivasi Tingkatan 5 bersama Ts Syuhaira binti Mohd Zin, Pensyarah Kampus iCats Cawangan MiriπŸ“Œ AhadπŸ“Œ 13 September 2...
13/09/2026

Slot Motivasi Tingkatan 5 bersama Ts Syuhaira binti Mohd Zin, Pensyarah Kampus iCats Cawangan Miri

πŸ“Œ Ahad
πŸ“Œ 13 September 2026
πŸ“Œ Bilik Mesyuarat

πŸ”₯
SPM bukan sekadar tentang angka pada slip keputusan.
Ia tentang disiplin ketika tiada siapa melihat, keberanian untuk mencuba lagi setelah gagal dan kesungguhan untuk terus percaya kepada diri sendiri.

Teruskan melangkah;
Teruskan percaya;
Teruskan berusaha.

πŸ’™ Usaha hari ini, kenangan esok, kejayaan untuk masa depan.








πŸ“’ BEHIND THE BULLYINGApa Berlaku Dalam Minda Mangsa & Pelaku?Pihak SM Sains Miri telah menganjurkan program kesedaran da...
11/09/2026

πŸ“’ BEHIND THE BULLYING
Apa Berlaku Dalam Minda Mangsa & Pelaku?

Pihak SM Sains Miri telah menganjurkan program kesedaran dan pencegahan buli melalui Program SAFE: School Anti-Bullying Framework for Empowerment.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kesan buli, memahami emosi mangsa dan pelaku, serta memupuk nilai hormat, empati dan keharmonian dalam kalangan murid.

🎀 Penceramah:
Dr Siranjivan Naraisiah
Pegawai Perubatan UD10
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
Hospital Miri

πŸ“… Tarikh: 10 September 2026 (Khamis)
πŸ• Masa: 2.30 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Sri Pahlawan, SM Sains Miri

Program ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) serta Unit Disiplin.

Marilah kita bersama-sama membina persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli. Setiap warga sekolah memainkan peranan penting dalam mewujudkan budaya saling menghormati dan menyokong.

Bersama Hentikan Buli, Cipta Masa Depan Harmoni. πŸ’™πŸ’›

Sains Miri

Pada 9 dan 10 September 2026, bertempat di Dynasty Hotel Miri, seorang murid SM Sainsri, iaitu Muhammad Mirza Dzakhir bi...
11/09/2026

Pada 9 dan 10 September 2026, bertempat di Dynasty Hotel Miri, seorang murid SM Sainsri, iaitu Muhammad Mirza Dzakhir bin Baddarudin dari Kelas 4 Iltizam, telah mewakili Majlis Kanak-Kanak Bandaraya Miri dalam Program ISSIP FOCUS 2026: Wacana Bestari dan Focus Group Discussion (FGD) Bersama Komuniti: Isu Jenayah Seksual terhadap Wanita dan Kanak-Kanak di Sarawak.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen murid dalam menyuarakan pandangan serta meningkatkan kesedaran terhadap isu keselamatan dan kebajikan wanita dan kanak-kanak di Sarawak.

πŸ›‘οΈ MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM SAFE SM SAINS MIRIβ€œBuli Bukan Gaya, Empati Itu Kuasa!”SM Sains Miri telah berjaya melaksana...
09/09/2026

πŸ›‘οΈ MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM SAFE SM SAINS MIRI

β€œBuli Bukan Gaya, Empati Itu Kuasa!”

SM Sains Miri telah berjaya melaksanakan Majlis Peluncuran Program SAFE (School Anti-Bullying Framework for Empowerment) pada 8 September 2026 bertempat di Dewan Sri Pahlawan, SM Sains Miri.

Program SAFE merupakan satu inisiatif sekolah dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pembudayaan anti-buli melalui pendekatan Awareness, Empowerment dan Action. Program ini turut memberi penekanan kepada peranan warga sekolah dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni, prihatin dan bebas daripada buli.

Program SAFE membawa empat nilai teras yang menjadi landasan utama, iaitu:

❀️ PRIHATIN
🀝 HORMAT
πŸ’¬ BERANI BERCAKAP
πŸ›‘οΈ BERTINDAK

Sesungguhnya, usaha membanteras buli bukanlah tanggungjawab individu semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama seluruh warga sekolah. Setiap suara yang berani bersuara, setiap tindakan yang prihatin dan setiap sikap saling menghormati mampu menjadi langkah kecil menuju perubahan yang lebih besar.

Kita Nampak. Kita Peduli. Kita Bertindak.

Ayuh bersama-sama membina SM Sains Miri sebagai sekolah yang selamat, penyayang dan bebas buli.

BERSAMA-SAMA HENTIKAN BULI.

Buli Bukan Gaya, Empati Itu Kuasa!

!





🌟 BENGKEL PEMERKASAAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 🌟Membina sahabat yang mampu mendengar, memahami dan menyokong. πŸ€πŸ’™Ben...
30/08/2026

🌟 BENGKEL PEMERKASAAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 🌟

Membina sahabat yang mampu mendengar, memahami dan menyokong. πŸ€πŸ’™

Bengkel Pemerkasaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu wadah untuk memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan keyakinan ahli PRS dalam melaksanakan peranan mereka sebagai rakan pembimbing, pendengar yang baik serta pemimpin muda di sekolah.

Melalui bengkel ini, para PRS didedahkan kepada kemahiran komunikasi, empati, pengurusan emosi, kepimpinan serta kaedah menjadi rakan yang prihatin dan mampu memberikan sokongan kepada warga sekolah.

Kerana seorang PRS bukan sekadar mendengar cerita, tetapi hadir untuk memahami, menyokong dan membantu. 🌱

β€œSahabat yang Peduli, Pemimpin yang Berani.” πŸ’™











Address

Jalan Bakam
Miri
98000

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Friday 07:00 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK SM SAINS MIRI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UBK SM SAINS MIRI:

Shortcuts

Share

Category