18/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Di penghujung Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kami merayu dengan penuh harapan kepada tuan/puan yang budiman untuk bersama-sama menyumbang bagi menampung dana operasi SMITI Tahfiz Darul Huffaz Miri, demi memastikan kelangsungan pendidikan Al-Quran buat para pelajar.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Allah SWT juga berfirman:
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ
“Maksudnya: Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya.”
(Surah Al-Baqarah: 245)
Inilah peluang keemasan di pecutan terakhir Ramadhan untuk kita menggandakan pahala, membantu melahirkan generasi hafiz Al-Quran, dan menjadi saham akhirat yang tidak putus.
Segala maklumat lanjut boleh dirujuk pada poster yang disediakan. Semoga setiap sumbangan tuan/puan menjadi asbab keberkatan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat.
“Sedikit dari kita, besar maknanya bagi mereka.”
Bersama kami mencapai impian melahirkan alim ulama teknokrat di Sarawak!
Jazakumullahu khairan kathira.
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Darul Huffaz Miri
MIS-IPIP-47 | YZF4102
Melahirkan Generasi Alim Ulama di Sarawak