SMK Merbau, Miri

Call Directions Contact the school

SMK Merbau, Miri Ilmu menjulang kehidupan ★
(349)

TAHNIAH WIRA & WIRAWATI TAEKWONDO SMK MERBAU!Syabas dan tahniah kepada 9 orang murid SMK Merbau Miri yang telah mewakili...
20/09/2026

TAHNIAH WIRA & WIRAWATI TAEKWONDO SMK MERBAU!
Syabas dan tahniah kepada 9 orang murid SMK Merbau Miri yang telah mewakili sekolah dalam PTNS–SSC–MSNS State Interclub Taekwondo (WT) Championship 2026 yang berlangsung pada 18–19 September 2026 di Stadium Sibu.

✨ Pencapaian membanggakan:
🥈 2 Pingat Perak
🥉 5 Pingat Gangsa

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang, disiplin, keberanian dan kesungguhan para peserta sepanjang pertandingan. Setiap langkah ke gelanggang membawa bersama nama dan semangat SMK Merbau Miri.

🧪 BENGKEL SKOR A SAINS TAMBAHAN SPM 2026 | PRO A+Usaha memperkasa pencapaian Sains Tambahan SPM 2026 diteruskan melalui ...
19/09/2026

🧪 BENGKEL SKOR A SAINS TAMBAHAN SPM 2026 | PRO A+

Usaha memperkasa pencapaian Sains Tambahan SPM 2026 diteruskan melalui Bengkel Skor A yang menghimpunkan calon daripada SMK Merbau, Miri dan SMK Lutong

Bengkel yang diadakan pada 18 September 2026 di Dewan SMK Merbau ini memberi ruang kepada calon mendalami teknik menjawab, memperkukuh penguasaan konsep serta meningkatkan keyakinan untuk memburu gred A dalam SPM 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Rosnizan bin Mohamad, Guru Cemerlang Sains Tambahan, SMK Tengku Bariah, Terengganu atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan strategi bersama para calon.
Terima kasih kepada PPD Miri, Tea
m Think Tank (3T) Sains Tambahan, SMK Lutong serta semua guru dan jawatankuasa yang bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga setiap ilmu yang dikongsi diterjemahkan kepada usaha yang lebih fokus, konsisten dan akhirnya membuahkan keputusan terbaik dalam SPM 2026.

LAWATAN PENANDA ARAS KOPERASI SMK BARU BINTULU KE SMK MERBAU, MIRISMK Merbau, Miri berbesar hati menerima kunjungan 15 o...
19/09/2026

LAWATAN PENANDA ARAS KOPERASI SMK BARU BINTULU KE SMK MERBAU, MIRI

SMK Merbau, Miri berbesar hati menerima kunjungan 15 orang pentadbir dan guru dari SMK Baru, Bintulu dalam Lawatan Penanda Aras ke Koperasi SMK Merbau Miri Berhad.

Lawatan ini menjadi ruang perkongsian amalan terbaik dalam aspek pengurusan, tadbir urus, pengoperasian serta pembangunan koperasi sekolah. Rombongan turut berpeluang melihat lebih dekat usaha dan pendekatan yang dilaksanakan oleh koperasi sekolah.

Lebih bermakna, kunjungan ini membuka ruang pertukaran idea, pengalaman dan jaringan profesional antara kedua-dua sekolah. Kami percaya bahawa perkongsian amalan baik bukan sekadar untuk dicontohi, tetapi menjadi ruang untuk sama-sama belajar, menambah baik dan bergerak lebih jauh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rombongan SMK Baru, Bintulu atas kesudian memilih Koperasi SMK Merbau Miri Berhad sebagai destinasi penanda aras.

Semoga kunjungan ini menjadi permulaan kepada jalinan dan jaringan yang lebih erat serta kolaborasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua sekolah.

HARI PERMUAFAKATAN SPM SIRI 2Bersama Melangkah, Menuju Kecemerlangan19 September 2026 | Hari ini, Hari Permuafakatan SPM...
19/09/2026

HARI PERMUAFAKATAN SPM SIRI 2
Bersama Melangkah, Menuju Kecemerlangan

19 September 2026 |
Hari ini, Hari Permuafakatan SPM Siri 2 menghimpunkan pihak sekolah, ibu bapa dan calon SPM 2026 dalam satu tekad yang sama iaitu membantu setiap anak melangkah lebih yakin menuju SPM.

Program dilaksanakan secara lebih berfokus melalui tiga sesi: Berani Berimpian Straight A bersama ibu bapa dan calon cemerlang, Permuafakatan bersama guru tingkatan dan guru mata pelajaran, serta U-Turn 180° bersama pelajar terpilih

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang hadir dan terus memberikan kepercayaan kepada sekolah, serta semua guru yang bersama-sama membimbing anak-anak Merbau. Kejayaan mereka tidak dibina oleh sekolah sahaja, tetapi melalui permuafakatan yang kukuh antara sekolah, ibu bapa dan pelajar.

Kita mungkin datang dengan kebimbangan yang berbeza, tetapi kita pulang dengan satu harapan yang sama ,melihat anak-anak Merbau berjaya.
Ibu bapa, sekolah dan pelajar , kita sehati, sejiwa, bersama melakar kejayaan.
GAPAI 4.18. Strive to be the best.

SESI GAPAI 4.18 | PENGETUA BERSAMA IBU BAPA & CALON CEMERLANG SPM 2026Dalam Sesi GAPAI 4.18, Pengetua bersama ibu bapa d...
19/09/2026

SESI GAPAI 4.18 | PENGETUA BERSAMA IBU BAPA & CALON CEMERLANG SPM 2026

Dalam Sesi GAPAI 4.18, Pengetua bersama ibu bapa dan calon cemerlang SPM 2026 meneliti kemajuan setiap calon ,mengenal pasti kekuatan, potensi serta ruang yang masih boleh ditingkatkan menuju peperiksaan sebenar.

Sesi ini turut menjadi ruang untuk mendengar suara hati ibu bapa, memahami harapan mereka serta bersama-sama membina keyakinan dalam diri calon bahawa sasaran yang besar mampu dicapai dengan usaha yang konsisten.

Setiap calon dibimbing untuk melihat kedudukan prestasi semasa, mengenal pasti subjek yang perlu diberi perhatian dan menetapkan sasaran peribadi menuju Straight A.
Sekolah percaya, calon cemerlang tidak hanya memerlukan tekanan untuk berjaya. Mereka memerlukan keyakinan, sokongan dan insan yang terus percaya kepada kemampuan mereka.

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan kepada SMK Merbau. Percayalah kepada sekolah, percayalah kepada guru-guru, dan yang paling penting — teruslah percaya kepada anak-anak kita.

GAPAI 4.18 — Impian itu ada. Potensi itu ada. Kini, kita gapai bersama.
Strive to be the best

SMK Merbau, Miri amat berbesar hati menerima kehadiran YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, dalam sat...
18/09/2026

SMK Merbau, Miri amat berbesar hati menerima kehadiran YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, dalam satu sesi istimewa bersama calon SPM dan STPM 2026.

Kehadiran YB kali ini cukup bermakna apabila beliau membawa 600 set alat tulis yang ditempah khas untuk calon SPM dan STPM SMK Merbau sebagai tanda sokongan dan dorongan menjelang peperiksaan.

Lebih menyentuh hati, YB Dato Sri Lee Kim Shin sendiri turun ke setiap kelas, bertemu calon-calon secara dekat dan menyampaikan kata-kata semangat agar mereka terus berusaha, yakin pada kemampuan diri dan memberikan yang terbaik dalam perjuangan terakhir ini.

Bagi pihak seluruh warga SMK Merbau, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato Sri Lee Kim Shin atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap pendidikan serta anak-anak Merbau.
Bukan nilai pemberian yang menjadi ukuran, tetapi ingatan, kehadiran dan kata-kata semangat daripada seorang pemimpin yang sanggup turun bertemu sendiri dengan anak-anak kita.

Semoga sentuhan kecil hari ini menjadi semangat besar buat calon-calon SPM dan STPM untuk terus melangkah dengan yakin menuju kejayaan.

SELANGKAH KE SARJANA MUDAKenali Pilihan, Rancang Haluan, Cipta Masa DepanSelesai STPM nanti, ke mana langkah seterusnya?...
18/09/2026

SELANGKAH KE SARJANA MUDA

Kenali Pilihan, Rancang Haluan, Cipta Masa Depan

Selesai STPM nanti, ke mana langkah seterusnya? Persoalan inilah yang menjadi fokus Program Selangkah ke Sarjana Muda yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk pelajar Tingkatan 6 Semester 3 SMK Merbau pada 17 September 2026.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal dan membimbing pelajar memahami laluan pendidikan selepas STPM, khususnya pilihan program pengajian di universiti awam dan IPTS. Pelajar dibimbing untuk meneliti pilihan kursus, mengenali bidang yang bersesuaian serta merancang hala tuju berdasarkan minat, potensi, kelayakan dan aspirasi kerjaya masing-masing.

Lebih penting, sekolah mahu pelajar Tingkatan 6 melihat STPM bukan sebagai destinasi akhir, tetapi sebagai jambatan menuju impian yang lebih besar. Keputusan yang baik perlu disertai dengan perancangan yang tepat agar peluang melanjutkan pengajian dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Harapan sekolah, setiap pelajar mempunyai sasaran yang jelas — tahu apa yang ingin dikejar, tahu ke mana hendak dituju dan tahu apa yang perlu dilakukan mulai sekarang.
Mimpi hari ini perlu diterjemahkan kepada perancangan, usaha dan tindakan supaya menjadi realiti pada hari esok.

PROGRAM GAPAI 4.18 SPM 2026Kalau bukan sekarang… bila? Kalau bukan anda, siapa?511 calon SPM 2026. Satu sasaran. Satu pe...
18/09/2026

PROGRAM GAPAI 4.18 SPM 2026

Kalau bukan sekarang… bila? Kalau bukan anda, siapa?

511 calon SPM 2026. Satu sasaran. Satu perjuangan. GPS 4.18.

Tahun ini, SMK Merbau membawa 511 calon SPM 2026 dalam satu perjuangan besar — GAPAI 4.18.
Setiap calon membawa impian masing-masing, tetapi mereka disatukan oleh satu matlamat, satu sasaran dan satu tekad — GPS 4.18.

Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling ini menghimpunkan semua calon SPM 2026 bersama Pengetua untuk melihat, meneliti dan menganalisis prestasi SPM 1 secara terbuka. Bukan sekadar melihat angka dan gred, tetapi membantu setiap calon memahami di mana mereka berada sekarang, di mana ruang yang masih boleh diperbaiki dan apa yang perlu dilakukan mulai hari ini.

Sekolah yakin 511 calon SPM 2026 tahun ini mempunyai potensi untuk melakar keputusan yang lebih baik dan meneruskan kecemerlangan SMK Merbau. Dengan baki 67 hari menuju SPM, inilah masa untuk memperkemas strategi, memperbaiki kelemahan dan memberikan usaha terbaik dalam perjuangan akhir.

Tahniah dan terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling atas suntikan motivasi dan semangat kepada calon SPM.

Kita bergerak dengan satu matlamat — GAPAI 4.18!
Strive to be the best

Selamat maju jaya kepada 9 orang murid SMK Merbau Miri yang akan mewakili sekolah dalam PTNS-SSC-MSNS State Interclub Ta...
17/09/2026

Selamat maju jaya kepada 9 orang murid SMK Merbau Miri yang akan mewakili sekolah dalam PTNS-SSC-MSNS State Interclub Taekwondo (WT) Championship 2026, yang berlangsung pada 17–19 September 2026 di Stadium Sibu.

Tahniah kerana terpilih membawa nama sekolah ke gelanggang pertandingan! 💪 Setiap latihan, disiplin dan usaha yang telah dicurahkan membawa anda sampai ke tahap ini.

Berjuanglah dengan yakin, berani dan penuh semangat kesukanan. Berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan dan jadikan pengalaman ini sebagai langkah untuk terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

📣 TAHNIAH & SYABAS: PELANTIKAN AJK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN ENAM PERINGKAT DAERAH MIRI SESI 2026/2027 📣Seting...
16/09/2026

📣 TAHNIAH & SYABAS: PELANTIKAN AJK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN ENAM PERINGKAT DAERAH MIRI SESI 2026/2027 📣

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga orang pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Merbau yang telah terpilih dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Peringkat Daerah Miri bagi sesi 2026/2027:
🏅 Roberto Resli Anak Anyih (Penolong Setiausaha)
🏅 Yuna Senoleandra Anak Andar (Exco Keusahawanan)
🏅 Olivia Chong Chai Lin (Exco Hubungan Industri dan Alumni)

Syabas dan tahniah daripada seluruh pentadbir, guru, dan warga SMK Merbau! Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, integriti, dan dedikasi demi memacu kecemerlangan pelajar Tingkatan Enam di Daerah Miri.
“Kepimpinan Berwibawa, Generasi Gemilang!” 🌟


Address

SMK MERBAU, Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District, Bandar Baru Permyjaya
Miri
98100

Telephone

+6085665159

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Merbau, Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Merbau, Miri:

Shortcuts

Share

Category