14/06/2021
Makluman pembukaan sesi pembelajaran akan dilangsungkan lagi secara PdPR bersempena makluman daripada pihak KPM bahawa PdPR akan dilanjutkan lagi bermula 14 Jun 2021 sehingga 16 Julai 2021. Hal ini berlanjutan daripada kes Covid-19 yang masih lagi belum menunjukkan penurunan kes yang disasarkan. Oleh itu, mohon kerjasama daripada ibu bapa agar dapat membantu pihak sekolah memantau dan memastikan anak-anak jagaan tuan/puan dapat mengikuti kelas pembelajaran dengan sewajarnya. Tempoh cuti telah tamat dan harapan sekolah agar kehadiran murid-murid dan penhantaran kerja rumah dapat dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.