07/09/2023
Nama : Mohd. Faizzil Affandi
No. Matrik : 291078
Kump**an : 3
PJJ Miri
KESIMPULAN
A) KESAN :
POSITIF
1. Meningkatkan Kemahiran Berbahasa Inggeris
Kebanyakan video yang ditonton oleh kanak-kanak pada masa kini adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi, ini secara tidak langsung dapat membantu anak-anak memperbaiki kemahiran berbahasa Inggeris. Bukan sahaja pertuturan, malah penulisan juga dapat ditingkatkan.
2. Mudah Pemahaman Terhadap Pembelajaran
Kanak-kanak akan mudah faham sekiranya mereka belajar dengan adanya video dan imej. Jika belajar tanpa video dan imej, kanak-kanak berkemungkinan besar akan mengambil sedikit masa untuk memahami bahan pembelajaran. Selain itu, gajet ini juga dapat membantu perkembangan intelektual dan pemahaman kanak-kanak.
3. Peningkatan Tahap Kepekaan
Kanak-kanak akan lebih peka terhadap isu semasa dan dunia luar melalui medium siaran yang terdapat dalam aplikasi dalam setiap gajet yang digunakan.
NEGATIF
1. Ideologi Buruk
Video dan juga permainan video yang dimainkan oleh kanak-kanak mungkin mengandungi unsur negatif dan unsur yang agresif. Kanak-kanak dalam proses perkembangan intelektual akan sedikit terganggu sekiranya unsur-unsur sebegini tidak dikawal oleh ibu bapa
2. Kanak-Kanak Menjadi Pasif
Penggunaan gajet ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi daya aktif kanak-kanak. Hal ini kerana mereka kurang bergaul dengan orang sekeliling. Perkembangan kognitif kanak-kanak dan juga sosial mereka akan terbantut kerana kurangnya pendedahan dengan dunia luar. Disebabkan oleh kurangnya bersosial dengan orang sekeliling, kemahiran komunikasi juga akan terbantut. Ini disebabkan oleh masa yang diluangkan untuk gajet terlampau kerap. Kanak-kanak akan lebih gemar untuk menyendiri dan juga berada dalam keadaan diam apabila berada dalam suasan orang ramai. Mereka lebih memilih untuk berinteraksi dengan gajet.
3. Tidak Boleh Berdikari
Kurangnya pendedahan dengan orang luar mahupun dengan dunia luar akan mengganggu kemahiran kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih bergantung kepada gajet untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi.
4. Masalah Penglihatan
Penggunaan gajet secara berlebihan boleh menyebabkan berlakunya masalah penglihatan kepada kanak-kanak. Ini adalah kerana mereka terdedah kepada sinaran cahaya yang berlebihan.
5. Hilang Fokus
Penggunaan gajet secara tidak terkawal akan menyebabkan pembelajaran kanak-kanak terganggu. Tahap fokus anak-anak terhadap sesuatu juga akan terganggu rentetan cahaya pantulan daripada skrin gajet yang digunakan.
6. Kurang Tidur
Ketagihan menggunakan gajet ini haruslah ditangani dengan lebih awal kerana amalan ini akan mengganggu masa tidur kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang akan memberontak sekiranya ibu bapa mereka tidak memberikan gajet sebelum tidur, ada juga ibu bapa yang menggunakan gajet untuk menidurkan anak-anak. Cara ini haruslah dielakkan oleh para ibu bapa demi kesihatan kanak-kanak.
7. Masalah Postur Badan
Kanak-kanak yang sentiasa bersama gajet berkemungkinan akan menghadapai masalah sakit belakang. Ini akan berlaku sekiranya kedudukan badan mereka yang tidak betul semasa menggunakan gajet. Tambahan p**a, dengan kurangnya aktiviti senaman juga akan menyebabkan badan kanak-kanak menjadi keras. Keadaan ini mudah untuk memberi kesakitan badan.
8. Tantrum
Tantrum ini adalah keadaan di mana kanak-kanak akan menjadi agresif apabila tidak dapat apa yang mereka ingini. Contohnya, mereka akan memberontak apabila tidak dapat menggunakan gajet. Kesan penggunaan gajet kepada kanak-kanak ini agak merisaukan.
B) LANGKAH
1. Penggalakkan aktiviti fizikal
• Kanak-kanak akan sihat jika Ibubapa menggalakkan & mendedahkan anak-anak mereka lebih kepada aktiviti fizikal kemudian menerapkan teknologi pada tahun-tahun akhir anak anak mereka untuk gaya hidup yang lebih sihat semasa mereka membesar.
• Ibu bapa boleh menyediakan alatan permainan yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakkan fizikal.
2. Penggalakkan aktiviti yang membolehkan otak kanak-kanak berkembang normal
• Ibu bapa dinasihatkan untuk menyanyi, membaca dan bercakap dengan anak-anak mereka daripada membiarkan mereka menghabiskan masa dengan gajet.
• Ibubapa disarankan untuk menyediakan buku-buku ilmiah dan alatan yang membantu otak kanak-kanak berkembang dengan normal.
3. Pemilihan aktiviti dan alatan bantuan pelajaran
• Jadi seawal hari ini, daripada bergantung pada gajet untuk menenangkan kanak-kanak, pilih buku mewarna atau bermain permainan yang melibatkan fizikal dan pengembangan otak serta daya fikir anak-anak.
• Ibu bapa juga disarankan untuk membawa anak-anak untuk menikmati aktiviti yang melibatkan alam kehijauan seperti bermain di taman, mandi-manda di laut atau sungai, atau berkebun.
4. Tidak mendedahkan gajet pada usia yang muda
• Ibu bapa tidak digalakkan mendedahkan anak-anak terlalu awal dengan gajet.
• Ibu bapa tidak digalakkan untuk menyediakan gajet kepada anak-anak pada umur yang muda.
• Daripada membuat mereka ketagih kepada teknologi sedemikian, mereka harus didedahkan kepada aktiviti yang menggalakkan perkembangan mental, fizikal dan emosi.
5. Meningkatkan interaksi dengan anak-anak
• Dalam memperbaiki komunikasi antara anak-anak dengan ibu bapa, elakkan dari mengelilingi diri mereka dengan objek mati seperti gajet.
• Ibu bapa perlu sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak dalam pelbagai aktiviti.
• Ibu bapa tidak digalakkan untuk memegang gajet ketika berinteraksi dengan anak-anak.
C) KESIMPULAN
• Penggunaan gajet yang terkawal dan bijak dilakukan oleh ibu bapa tidak hanya memberikan kesan negative terhadap anak-anak sekiranya para ibu bapa dapat memainkan peranan dalam mengawal dan memantau penggunaan gajet terhadap anak-anak.
• Ibu bapa perlu mengambil insiatif menghadkan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak bagi membendung masalah ini daripada berleluasa. Kanak-kanak merupakan aset negara dan penyambung nadi pembangunan pada masa hadapan.
• Setiap tindakan yang kanak-kanak lakukan hendaklah diperhatikan oleh ibu bapa. Gajet ini boleh memberi kebaikan, tetapi perlu ingat, gajet juga boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak. Oleh itu, semuanya bermula di rumah. Jadi ibu bapa haruslah peka.
• Jika digunakan sebaiknya dan berhemah, gajet dapat membantu ibu bapa terutama dalam pertumbuhan pendidikan anak-anak sejajar arus pemodenan yang semakin membangun dan tahap pendidikan yang lebih tinggi.