Tadika Pendidikan Khas Seri Harapan

Tadika Pendidikan Khas Seri Harapan Special Education Kindergarten with Early Intervention

“Video Critic” dalam latihan guru—coaching dan Performance Improvement telah lama dijalankan sejak awal pembukaan Tadika...
19/08/2026

“Video Critic” dalam latihan guru—coaching dan Performance Improvement telah lama dijalankan sejak awal pembukaan Tadika ini lagi semasa kita mula2 beralih arah kepada kanak2 yang mempunyai masalah pembelajaran seperti autisme, ADHD dan Speech Delay saja.

Guru merakam P&P bersama murid semasa sesi 1 to 1. Ia kemudiannya ditonton semula bersama untuk menilai teknik, bahan pelajaran yang digunakan, kaedah dan pendekatan sama ada sesuai atau tidak dengan kemampuan murid. kaedah ini memang sangat berguna, khususnya dalam bidang pendidikan khas.

Program ini dijalankan secara berkala, konsisten dan hasil perbincangan di dokumentasikan. Ia sangat membantu guru2 baru atau pelatih guru untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna, berfokus dan terancang.

Antara kelebihannya:

* Guru dapat melihat prestasi sebenar diri sendiri — termasuk cara memberi arahan, intonasi suara, body language, positioning dan cara berinteraksi dengan murid.
* Mengesan kesilapan yang tidak disedari ketika mengajar, contohnya terlalu banyak bercakap, arahan terlalu panjang, prompt terlalu cepat, atau tidak memberi masa mencukupi untuk murid memberi respons.
* Menilai fidelity intervensi — sama ada guru benar-benar menjalankan strategi seperti visual support, prompting, reinforcement, First–Then atau intervensi lain mengikut prosedur.
* Meningkatkan kemahiran mengendalikan murid autisme, termasuk bagaimana guru bertindak apabila berlaku tantrum, avoidance, sensory seeking atau challenging behaviour.
* Membantu guru memperbaiki komunikasi dengan murid non-verbal atau limited verbal, termasuk penggunaan bahasa yang ringkas dan jelas.
* Memberikan bukti yang lebih objektif untuk coaching guru. Guru senior boleh menunjukkan bahagian tertentu dalam video berbanding hanya mengatakan “cara mengajar perlu diperbaiki”.
* Memudahkan perbandingan perkembangan guru — contohnya rakaman bulan pertama dibandingkan dengan bulan ketiga atau keenam.
* Membina budaya self-reflection. Guru belajar bertanya: Apa yang saya buat? Apa respons murid? Apa yang berkesan? Apa yang perlu saya ubah?

Ia bukan semata-mata untuk mencari kesalahan. Tetapi memperbaiki mutu pengajaran semata2 agar betul2 dapat membantu kanak2 khas ini.

Tadika Seri Harapan
Membantu kanak2 yang mengalami masalah pertuturan, Tingkah Laku Mencabar, dan yang masih belum dapat berdikari.

17/08/2026

let see whats they are doing today..

RPI (Rancangan Pendidikan Individu) sangat penting untuk kanak-kanak autisme kerana setiap kanak-kanak mempunyai tahap k...
14/08/2026

RPI (Rancangan Pendidikan Individu) sangat penting untuk kanak-kanak autisme kerana setiap kanak-kanak mempunyai tahap kebolehan, cabaran dan keperluan intervensi yang berbeza. Walaupun dua orang kanak-kanak mempunyai diagnosis autisme yang sama, sasaran pembelajaran mereka tidak semestinya sama.

Mengapa RPI sangat penting?

1. Intervensi menjadi individual, bukan “one size fits all”
RPI dibina berdasarkan tahap semasa kanak-kanak. Contohnya, seorang murid mungkin perlu fokus kepada requesting, manakala seorang lagi sudah boleh bercakap tetapi perlu belajar komunikasi dua hala.
2. Menentukan sasaran yang jelas dan boleh diukur
Daripada sasaran umum seperti “meningkatkan komunikasi”, RPI boleh menetapkan:

“Murid dapat meminta sekurang-kurangnya 5 item menggunakan perkataan/frasa dengan bantuan minimum dalam 80% peluang.”

Dengan sasaran begini, guru boleh menentukan sama ada kemajuan benar-benar berlaku.

3. Membantu menentukan keutamaan intervensi
Untuk sesetengah kanak-kanak autisme, akademik mungkin belum menjadi keutamaan. Mereka mungkin lebih memerlukan kemahiran seperti response to name → eye contact/joint attention → mengikuti arahan → requesting → komunikasi → self-care → sosial → akademik.

4. Kemajuan dapat direkod berdasarkan data
RPI membolehkan guru membandingkan baseline → progress → pencapaian sasaran. Jadi penilaian bukan sekadar “nampak semakin baik”, tetapi mempunyai bukti perkembangan.

5. Membantu mengurangkan tingkah laku mencabar
Jika kanak-kanak menjerit kerana tidak tahu meminta sesuatu, RPI boleh memasukkan sasaran functional communication. Apabila dia belajar mengatakan atau menunjukkan “I want water”, misalnya, keperluan untuk menjerit boleh berkurang.

6. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai
RPI bukan hanya menyatakan apa yang hendak dicapai, tetapi sepatutnya membantu guru menentukan bagaimana kemahiran itu akan diajar, jenis prompt, visual support, reinforcement dan cara bantuan dikurangkan secara sistematik.

7. Memastikan semua guru mempunyai hala tuju yang sama
Jika seorang murid mempunyai beberapa guru atau intervensi berbeza, RPI menjadi rujukan bersama supaya semua pihak bekerja terhadap sasaran yang konsisten.
8. Membantu ibu bapa melihat perkembangan sebenar anak
RPI boleh menunjukkan dengan jelas:
Di mana anak bermula → apa yang sedang diajar → apa yang sudah dikuasai → apa sasaran seterusnya.

Contoh mudah

Baseline:
Aiman hanya menarik tangan guru apabila mahukan makanan dan tidak menggunakan perkataan.

Sasaran RPI:
Dalam tempoh 3 bulan, Aiman dapat meminta sekurang-kurangnya 5 item menggunakan perkataan/frasa pendek secara spontan dalam 80% peluang.

Intervensi:
Visual support + modelling + prompting + reinforcement + prompt fading.

Data kemajuan:
Bulan 1: 20% → Bulan 2: 55% → Bulan 3: 85% ✅

Inilah nilai utama RPI: kita bukan sekadar mengajar kanak-kanak autisme — kita tahu apa yang sedang diajar, mengapa ia diajar, bagaimana ia diajar, dan sama ada intervensi itu benar-benar berkesan.

kita di Tadika Seri Harapan, tidak hanya menerima murid2 autisme tetapi kita mengajar mengikut keperluan mereka dengan menggunakan bahan pengajaran yang sesuai.

Meeting serentak bersama dengan tenaga pengajar di Bintulu dan Miri. (Online dan Fizikal)Pembinaan RPI selepas sesi pent...
14/08/2026

Meeting serentak bersama dengan tenaga pengajar di Bintulu dan Miri. (Online dan Fizikal)

Pembinaan RPI selepas sesi pentaksiran Fasa 1 bagi kemahiran Kesediaan Belajar.

Melalui Borang IPM murid, kita membina RPI untuk murid berdasarkan kemahiran yang belum dikuasai.

Kemudian merancang aktivti dan bahan yang sesuai digunakan untuk pelajar.

Fokus kepada penguasaan murid secara berperingkat dan berfokus.

Habis meeting kita makan durian D168 dulu.. 👍👍
14/08/2026

Habis meeting kita makan durian D168 dulu.. 👍👍

14/08/2026

13/08/2026

Untuk Mengajar patuh arahan bukanlah satu perkara yang mudah terutama untuk kanak2 autisme. Namun tiada yang mustahil jika dilatih secara berperingkat dan konsisten. 💪🏻👍

13/08/2026

Rutin dan Budaya Kerja yang efisien sangat penting di Tadika Seri Harapan. 💪🏻

13/08/2026

Nampak tak? Guru hanya memantau disebelah murid. Tiada lagi prompt secara fizikal hanya prompt secara lisan. Maka Objektif guru ini tealh tercapai. Well Done teacher 💪🏻

Address

Lot 2408 Piasau
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+60138234430

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Pendidikan Khas Seri Harapan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Pendidikan Khas Seri Harapan:

Shortcuts

Share

Category