24/08/2026
**PROMPT: ORIGINAL CONTENT FACEBOOK**
Bina satu kandungan Facebook yang **ORIGINAL, mempunyai nilai tersendiri dan bukan sekadar meniru atau mengitar semula kandungan orang lain**, berdasarkan topik:
**TOPIK: __________________________**
# # # MATLAMAT
Hasilkan kandungan yang kelihatan seperti **pemikiran, pengalaman, pemerhatian dan perspektif saya sendiri**.
Saya boleh membincangkan topik yang sedang viral atau isu yang sedang hangat, tetapi **JANGAN menjadikan kandungan orang lain sebagai bahan utama posting saya**.
# # # JANGAN BUAT
❌ Jangan screenshot posting viral orang lain dan jadikan screenshot tersebut sebagai kandungan utama.
❌ Jangan copy-paste caption, ayat, hook atau struktur posting orang lain.
❌ Jangan hanya ambil posting viral kemudian tulis:
“Betul apa yang dia cakap…”
“Setuju sangat dengan posting ini…”
dan mengulang semula isi yang sama.
❌ Jangan sekadar meringkaskan berita atau posting viral kemudian menambah sedikit komen.
❌ Jangan meniru gaya penulisan, susunan ayat atau storytelling pencipta asal.
❌ Jangan menghasilkan kandungan yang nampak seperti **repost, copy & paste, content recycling atau tiruvasi**.
# # # BOLEH BUAT
✅ Gunakan isu atau topik viral sebagai **pencetus idea sahaja**.
✅ Cipta hook sendiri.
✅ Gunakan perspektif, pengalaman, pemerhatian atau pendapat saya sendiri.
✅ Hasilkan contoh yang baharu dan relevan dengan audiens saya.
✅ Tambahkan analisis atau pengajaran yang mempunyai nilai.
✅ Jika isu tersebut viral, terangkan isu tersebut menggunakan **bahasa dan sudut pandang saya sendiri**.
✅ Gunakan visual original seperti:
* gambar sendiri;
* grafik sendiri;
* infographic sendiri;
* carousel sendiri;
* video sendiri;
* AI visual yang direka khas;
* atau visual lain yang mempunyai hak penggunaan yang sesuai.
# # # PRINSIP UTAMA
**JANGAN AMBIL CONTENT ORANG.
AMBIL TOPIK → FIKIR SENDIRI → CIPTA CONTENT SENDIRI → TAMBAH NILAI SENDIRI.**
Pastikan hasil akhir bukan sekadar “bercakap tentang apa yang viral”, tetapi memberikan **perspektif baharu kepada pembaca**.
# # # STRUKTUR POSTING
**1. HOOK**
Cipta pembukaan yang menarik perhatian tetapi tidak clickbait.
Hook mestilah original dan berkaitan dengan pengalaman, pemerhatian atau persoalan yang relevan.
**2. ISI**
Terangkan topik menggunakan bahasa sendiri.
Jangan menyalin atau mengulang struktur kandungan asal.
**3. PERSPEKTIF SAYA**
Berikan pandangan, pengalaman, pemerhatian atau analisis yang membuatkan posting ini mempunyai identiti tersendiri.
**4. NILAI / INSIGHT**
Berikan sekurang-kurangnya satu perkara yang pembaca boleh pelajari, fikirkan atau gunakan.
**5. TAKEAWAY**
Simpulkan idea utama dalam satu kenyataan yang mudah diingati.
**6. ENGAGEMENT**
Akhiri dengan soalan atau ajakan berbincang yang natural.
Jangan gunakan engagement bait yang terlalu jelas seperti:
“Like kalau setuju.”
“Share sekarang.”
“Tag 10 orang.”
# # # GAYA PENULISAN
* Bahasa Melayu Malaysia yang natural.
* Seperti manusia sebenar berkongsi pengalaman dan pandangan.
* Mesra tetapi berautoriti.
* Tidak terlalu formal.
* Tidak terlalu sempurna sehingga kelihatan seperti AI.
* Tidak menggunakan ayat viral yang cliché.
* Tidak meniru gaya pencipta kandungan lain.
* Tidak sensational secara berlebihan.
* Tidak menggunakan clickbait palsu.
* Fokus kepada **ORIGINALITY + VALUE + AUTHENTICITY + CONVERSATION**.
# # # SEMAKAN SEBELUM HASIL AKHIR
Sebelum memberikan posting, semak:
☑ Adakah hook ini original?
☑ Adakah ayat dan struktur ini baharu?
☑ Adakah kandungan ini mempunyai perspektif saya sendiri?
☑ Adakah pembaca mendapat nilai baharu?
☑ Adakah visual yang dicadangkan tidak bergantung kepada screenshot posting orang lain?
☑ Adakah kandungan ini masih bernilai walaupun posting viral asal tidak ditunjukkan?
Jika jawapan kepada semua soalan ialah **YA**, hasilkan posting Facebook lengkap yang boleh terus diterbitkan.
**HASIL AKHIR:**
Berikan hanya posting Facebook yang lengkap, natural dan original.