21/09/2026
PROGRAM KEMUDI PPKI SMK LUAK 2026
Program KEMUDI PPKI SMK Luak 2026 telah dilaksanakan pada 18 hingga 19 September 2026 bertempat di Dewan Integrasi SMK Luak.
Program ini merupakan satu inisiatif yang memberikan ruang kepada murid untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dirancang bagi membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran sosial serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.
Semoga pelaksanaan Program KEMUDI PPKI SMK Luak 2026 memberikan pengalaman yang bermakna dan menjadi kenangan berharga buat semua murid yang terlibat.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.