19/03/2026
✨PROGRAM SALAM KASIH RAMADAN & ZIARAH CAKNA✨
🗓️ 16 MAC 2026
Program Salam Kasih Ramadan dan Ziarah Cakna telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama warga sekolah.
Program ini bertujuan untuk menyemai nilai keprihatinan, kasih sayang dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga sekolah khususnya sempena bulan Ramadan.
Melalui program ini, bantuan berupa sumbangan makanan telah disalurkan kepada murid-murid yang memerlukan. Aktiviti ziarah cakna ke rumah murid turut memberi peluang kepada pihak sekolah untuk memahami dengan lebih dekat.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penglibatan yang lebih meluas demi kebajikan dan kesejahteraan murid.