Apa Cerita Aritok

Apa Cerita Aritok personal blogger

REMAJA PEREMPUAN 13 TAHUN, TERKORBAN DALAM KEBAKARAN RUMAH DI TUPONG KUCHING, 16 Julai – Keheningan subuh di Lorong 5, P...
15/07/2026

REMAJA PEREMPUAN 13 TAHUN, TERKORBAN DALAM KEBAKARAN RUMAH DI TUPONG

KUCHING, 16 Julai – Keheningan subuh di Lorong 5, Permai Jaya, Tupong Ulu bertukar tragedi apabila seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat, awal pagi tadi.

Mangsa yang berusia 13 tahun dikenali sebagai Nurmanisha Khamis.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 2:23 pagi tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dengan bantuan BBP Tabuan Jaya digegaskan ke lokasi dan tiba hanya empat minit kemudian.

Dalam kejadian itu, rumah jenis kekal berkenaan musnah kira-kira 70 peratus.

Maklumat awal daripada orang awam memaklumkan masih terdapat dua mangsa terperangkap di dalam api yang sedang marak.

Pasukan bomba kemudian melaksanakan operasi menyelamat menggunakan teknik offensive, dengan memasuki bangunan yang dipenuhi asap tebal dan api bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.

Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar dan diberikan rawatan awal di lokasi, sebelum ketibaan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walau bagaimanapun, seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi, manakala seorang lagi mangsa, Mohd Rayyan Mohd Faizal, 14 tahun, berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.

Operasi pemadaman melibatkan 17 anggota bomba dengan kekuatan dua jentera FRT dan sebuah Urvan, selain dibantu 6 anggota Polis Diraja Malaysia serta 3 petugas KKM.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3:14 pagi dan ditamatkan pada pukul 3:40 pagi.

DEBBIE AMANDA

'Yang sahih di RTM'

14/07/2026

Kebakaran dapur luar rumah berjaya dipadam dalam tempoh singkat

KUCHING: Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengawal kebakaran yang melibatkan sebuah dapur di luar sebuah rumah di Taman Pecky Park, Jalan Kenyalang, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 8.31 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan tiba di lokasi dua minit kemudian.

Berita penuh sila klik pautan di bawah:
https://utusansarawak.com.my/kebakaran-dapur-luar-rumah-berjaya-dipadam-dalam-tempoh-singkat/

14/07/2026
13/07/2026

Wanita maut dalam kebakaran kereta di Selangau

SELANGAU: Seorang wanita maut selepas kereta sedan yang dipandunya terbakar dalam kejadian berlaku di Jejambat Selangau, Jalan Sibu-Bintulu, malam ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.22 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau digerakkan lokasi kejadian.

Berita penuh sila klik pautan di bawah:
https://utusansarawak.com.my/wanita-maut-dalam-kebakaran-kereta-di-selangau/

12/07/2026

Kenderaan kemalangan di jejantas UNIMAS

Mohon berhati hari.

Rumah dua tingkat musnah hampir 100 peratus dalam kebakaran di Kampung AssyakirinBINTULU: Sebuah rumah dua tingkat separ...
04/07/2026

Rumah dua tingkat musnah hampir 100 peratus dalam kebakaran di Kampung Assyakirin

BINTULU: Sebuah rumah dua tingkat separuh kekal di Fasa 1, Jalan Orkid, Kampung Assyakirin di sini musnah hampir 100 peratus dalam satu kebakaran yang berlaku petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 6.40 petang sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi.

Berita penuh sila klik pautan di bawah:
https://utusansarawak.com.my/rumah-dua-tingkat-musnah-hampir-100-peratus-dalam-kebakaran-di-kampung-assyakirin/

Tujuh wanita warga asing ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran KUCHING: Tujuh wanita warga asing ditahan ker...
04/07/2026

Tujuh wanita warga asing ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran

KUCHING: Tujuh wanita warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran menerusi serbuan Ops Noda di sebuah pusat urut di Jalan Tun Jugah, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu berkata, serbuan sekitar 2.15 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Berita penuh sila klik pautan di bawah:
https://utusansarawak.com.my/tujuh-wanita-warga-asing-ditahan-disyaki-terbabit-dalam-kegiatan-pelacuran/

Address

Miri
98000

Telephone

+60128594146

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Apa Cerita Aritok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share