Sekolah Kebangsaan Sayed Othman, Miri

Sekolah Kebangsaan Sayed Othman, Miri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Sayed Othman, Miri, School, Jalan Merpati, Miri.

๐ŸŒŸ SELAMAT DATANG KE SK SAYED OTHMAN๐ŸŒŸWarga SK Sayed Othman mengucapkan setinggi-tinggi selamat datang kepada guru akademi...
13/06/2026

๐ŸŒŸ SELAMAT DATANG KE SK SAYED OTHMAN๐ŸŒŸ

Warga SK Sayed Othman mengucapkan setinggi-tinggi selamat datang kepada guru akademik baharu yang akan bersama-sama mendidik dan membimbing anak-anak didik di sekolah ini.

Semoga kehadiran anda membawa semangat baharu, inspirasi dan kecemerlangan kepada warga SK Sayed Othman.

Selamat menjalankan tugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Sayed Othman.

"Weโ€™ll Be Amongst The Best!โ€

โ€œSelamat Hari Guru 2026โ€Guru Bitara Nadi NegaraTerima kasih cikgu atas segala ilmu, pengorbanan dan kasih sayang yang di...
16/05/2026

โ€œSelamat Hari Guru 2026โ€
Guru Bitara Nadi Negara

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa jemu.
Jasamu mendidik dan membimbing akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.
โ€œGuru Pemangkin Generasi Gemilang, Pembina Masa Depan Negara.โ€



Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Sayed Othman atas kejayaan cemerlang ...
16/05/2026

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Sayed Othman atas kejayaan cemerlang merangkul Johan dalam Pertandingan Teater Sekolah Menengah dan Rendah bersempena Karnival e-MAS 7.0 Peringkat Daerah Miri Tahun 2026 ๐ŸŽญ๐Ÿ†

Kejayaan yang membanggakan ini bukanlah datang dengan mudah, tetapi hasil daripada usaha gigih, komitmen, disiplin serta kerjasama erat antara murid-murid, guru pembimbing dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan tanpa jemu. Setiap latihan, pengorbanan masa dan semangat berpasukan akhirnya membuahkan hasil yang amat manis untuk dikenang.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


๐ŸŒŸ๐Ÿ“š ๐‘จ๐’€๐‘ผ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ ๐’€๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต, ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ-๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ฒ ๐‘บ๐‘จ๐’€๐‘ฌ๐‘ซ ๐‘ถ๐‘ป๐‘ฏ๐‘ด๐‘จ๐‘ต ๐Ÿ“š๐ŸŒŸMurid-murid yang dikasihi,Minggu hadapan merupakan minggu Pentaks...
09/05/2026

๐ŸŒŸ๐Ÿ“š ๐‘จ๐’€๐‘ผ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ ๐’€๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต, ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ-๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ฒ ๐‘บ๐‘จ๐’€๐‘ฌ๐‘ซ ๐‘ถ๐‘ป๐‘ฏ๐‘ด๐‘จ๐‘ต ๐Ÿ“š๐ŸŒŸ

Murid-murid yang dikasihi,
Minggu hadapan merupakan minggu Pentaksiran dan Ujian Pertengahan Sesi Akademik ๐Ÿ˜Š

Teruskan berusaha, ulang kaji dengan bersungguh-sungguh dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Ingatlah bahawa kejayaan datang daripada usaha, disiplin dan doa yang berterusan ๐Ÿ’ชโœจ

Kami ibu bapa, guru-guru serta seluruh warga sekolah mendoakan dan menyokong kejayaan semua murid โค๏ธ

๐Ÿ“ ๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ (๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ, ๐Ÿ & ๐Ÿ‘)
Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik (PPSA)

๐Ÿ“ ๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ (๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ’, ๐Ÿ“ & ๐Ÿ”)
Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA)

๐Ÿ“… Tarikh:
๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ’ก Peringatan mesra buat semua murid:
โœ… Hadir ke sekolah setiap hari dan datang awal
โœ… Bawa alat tulis yang lengkap
โœ… Buat ulang kaji di rumah
โœ… Jaga kesihatan dan rehat secukupnya

Terima kasih juga kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan yang sentiasa diberikan kepada anak-anak dalam membuat persediaan menghadapi ujian ini ๐ŸŒธ

โœจ Semoga semua murid dapat menjawab dengan tenang, yakin dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

โ€œAll the best, anak-anak SKSOM!โ€ ๐ŸŒŸ๐Ÿ“–

๐๐ข๐ก๐š๐ค ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ
๐’๐Š ๐’๐š๐ฒ๐ž๐ ๐Ž๐ญ๐ก๐ฆ๐š๐ง

๐Ÿฉธ JOM SERTAI KEMPEN DERMA DARAH ๐ŸฉธSetitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.Marilah bersama-sama...
09/05/2026

๐Ÿฉธ JOM SERTAI KEMPEN DERMA DARAH ๐Ÿฉธ

Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.
Marilah bersama-sama menyemai nilai prihatin dan membantu menambah bekalan darah demi kesejahteraan masyarakat. โค๏ธ

๐Ÿ“… Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 02.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Level R, Boulevard Shopping Mall
๐Ÿซ Anjuran: SK Sayed Othman
โœจ โ€œDerma Darah, Hadiah Kehidupanโ€ โœจ

Ayuh hadir dan jadilah wira penyelamat hari ini ๐Ÿ’‰๐Ÿฉธ

MAJLIS PENGHARGAAN & JAMUAN PERPISAHAN STAF SK SAYED OTHMANSekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Cikgu Boniface...
30/04/2026

MAJLIS PENGHARGAAN & JAMUAN PERPISAHAN STAF SK SAYED OTHMAN

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Cikgu Boniface Muli Anak Merikan (PK Kokurikulum), Puan Meriana Binti Ibrahim (PPM Prasekolah Camellia) dan Puan Norliza Binti Bohari (PPM Prasekolah Alamanda) yang telah dan akan berpindah ke stesen baharu.

Pihak SK Sayed Othman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat, khususnya dalam mendidik dan membimbing murid-murid di sekolah ini. Selamat maju jaya dan semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kekuatan dalam melaksanakan amanah, serta dipermudahkan setiap langkah dan urusan. Didoakan agar terus cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

18/04/2026

PERGI KE DESA MEMETIK MELATI,
SINGGAH SEBENTAR DITEPI TELAGA,
TAKBIR BERGEMA MENYENTUH HATI,
TANDA SYUKUR PADA YANG ESA.

RAKAMAN TAKBIR RAYA AIDIL FITRI 2026M/1447H SEKOLAH KEBANGSAAN SAYED OTHMAN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN โœจ๐ŸŒ™

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin Ikhlas daripada pengurusan SK Sayed Othman  buat semua anak...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas daripada pengurusan SK Sayed Othman buat semua anak2, ibu bapa, rakan2 staf SK Sayed Othman dan kepada semua yang meraikannya.

20/03/2026
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya, Encik Omar bin Haji Mahli, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam, khususnya warga pendidikan Negeri Sarawak yang dikasihi.

Syawal yang mulia ini adalah saat untuk kita mensyukuri kemenangan setelah sebulan berpuasa, di samping mengeratkan silaturahim serta memperkukuh nilai perpaduan dan kebersamaan dalam masyarakat.

Saya amat menghargai segala komitmen, dedikasi dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh para pendidik, warga sekolah serta semua pihak dalam memastikan kelangsungan dan kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kita semua. Marilah kita terus memperkukuh tekad dan iltizam dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Kepada yang pulang ke kampung halaman, pandulah dengan cermat dan utamakan keselamatan.

Ikhlas daripada
Encik Omar bin Haji Mahli
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak

Tahun ini tahun kita



Address

Jalan Merpati
Miri
98009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Sayed Othman, Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category