10/08/2026
๐ท SELAMAT BERSARA, CIKGU NOORALAM BT AWANG BIAK ๐ท
7 Ogos 2026
Setelah lebih 31 tahun menabur bakti di Sk Jalan Bintang, Miri bermula tahun 1995 hingga 2026, tibalah masanya untuk Cikgu Nooralam But Awang Biak melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan. ๐
Sebagai seorang Guru Bahasa Melayu yang berdedikasi, tekun dan komited, beliau telah mencurahkan ilmu, tenaga dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak di SK Jalan Bintang, Miri. ๐โค๏ธ
Segala usaha, kesabaran dan pengorbanan beliau sepanjang lebih tiga dekad mendidik anak bangsa pastinya meninggalkan kenangan yang indah dalam hati warga sekolah dan anak-anak didik.
Terima kasih, Cikgu Nooralam, atas segala ilmu, jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Sesungguhnya, jasa seorang guru tidak akan pernah dilupakan kerana ilmu yang diberikan akan terus menjadi bekalan buat anak-anak didik pada masa hadapan. ๐น
โจ Selamat bersara, Cikgu Nooralam!
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan dan kehidupan yang penuh bermakna bersama keluarga tercinta. Nikmatilah hari-hari persaraan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. ๐ฅฐ๐ธ
Dari kami warga SK Jalan Bintang
https://youtu.be/hQGM6FIuU28?si=v-rw2QXo0hGm9cML