Sekolah Kebangsaan Tudan Jaya, Miri

Sekolah Kebangsaan Tudan Jaya, Miri Sekolah Kebangsaan Tudan Jaya (YBA4117) merupakan sekolah rendah kebangsaan baharu di Bandaraya Miri.

SEBUAH AMANAH, SEBUAH USAHA, SEBUAH REZEKI! Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada PPD Miri atas kejayaan m...
16/08/2026

SEBUAH AMANAH, SEBUAH USAHA, SEBUAH REZEKI!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada PPD Miri atas kejayaan menganjurkan Karnival Pendidikan Madani & Hari Terbuka PPD Miri 2026 yang telah berlangsung pada 14 hingga 15 Ogos 2026 di Permy Mall.

Jutaan terima kasih kepada Tuan PPD Miri serta seluruh team penganjur, khasnya Dr. Josephine anak Ambon, Ketua Jawatankuasa Pameran Karnival Pendidikan Madani, serta semua AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Buat SK TUDAN JAYA (SKTJ), peluang untuk menjadi antara lima buah sekolah rendah yang terlibat dalam program ini merupakan satu penghargaan dan pengalaman yang amat bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat seluruh barisan Exco PIBG yang telah bersama-sama menggalas amanah ini dari awal persiapan sehinggalah selesai. Kesungguhan, masa, tenaga dan komitmen yang diberikan amat di hargai.

Dan akhirnya...
🏆 Syukur REZEKI SK TUDAN JAYA!

Dimana SKTJ telah dinobatkan sebagai JUARA HIASAN RUAI PAMERAN TERBAIK.
Sesuatu yang benar-benar tidak pernah terlintas dalam fikiran .

Pada awalnya, tiada maklumat bahawa hiasan dan susun atur ruai pameran akan dinilai atau dipertandingkan. SKTJ hanya berpegang kepada satu prinsip , apabila diberi amanah, lakukanlah yang terbaik.

Barisan Exco PIBG menghias bukan kerana pertandingan.
Juga berusaha bukan kerana ganjaran.
Namun mereka memberikan yang terbaik kerana itulah tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Dan mungkin, di situlah indahnya sebuah rezeki.

Apabila sesuatu dilakukan dengan ikhlas, tanpa mengharapkan penghargaan, tiba-tiba di hadirkan satu kejutan yang tidak pernah kita jangka.

Kemenangan ini bukan sekadar sebuah hamper atau gelaran juara. Ia adalah peringatan bahawa setiap usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan, tidak pernah sia-sia.

Semoga SKTJ terus diberi ruang dan peluang untuk bekerjasama dalam program-program PPD Miri pada masa akan datang.

Dan buat seluruh barisan Exco PIBG, guru-guru yang terlibat, tahniah dan syabas atas komitmen yang luar biasa. Tidak dilupakan juga sokongan padu dari Puan Guru Besar, Puan Rohani Ismail, yang sentiasa memberikan kepercayaan dan sokongan kepada barisan Exco.

Sekali lagi TAHNIAH dan TERIMA KASIH YDP & NYDP serta barisan EXCO PIBG.

We❤️SKTJ
T. E. A. M
PIBG MANTAP, ANAK CEMERLANG

Pertandingan Mewarna Murid Prasekolah telah diadakan sempena Karnival Pendidikan Madani dan Hari Terbuka PPD Miri bertem...
15/08/2026

Pertandingan Mewarna Murid Prasekolah telah diadakan sempena Karnival Pendidikan Madani dan Hari Terbuka PPD Miri bertempat di PermyMall Miri pada 14 Ogos 2026.

Seramai 63 orang murid prasekolah dari Daerah Miri-Bakong telah menyertai pertandingan ini. Prasekolah SK Tudan Jaya turut menghantar 3 orang wakil cilik untuk mengambil bahagian, iaitu:

🌟 Christella Synda anak Radin
🌟 Nue Auliya bt Muhamad Khairulefwan
🌟 Nur Dhia Adira bt Mohammad Suhaimi

🏆 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Christella Synda anak Radin kerana telah berjaya meraih Tempat Ke-7 (Saguhati) daripada 63 orang peserta! 🎉👏

Pencapaian ini amat membanggakan dan membuktikan bahawa usaha, keberanian mencuba serta bakat yang dimiliki mampu membawa kejayaan. Tahniah juga kepada Nue Auliya dan Nur Dhia Adira kerana telah berani tampil mewakili Prasekolah SK Tudan Jaya. ❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar SK Tudan Jaya, Puan Rohani bt Ismail, yang telah hadir memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak prasekolah sepanjang pertandingan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Cikgu Prasekolah Genius, Cikgu Munna Ayup, serta PPM, Puan Kartina bt Morni, atas bimbingan, persediaan, sokongan dan komitmen dalam memastikan penyertaan murid berjalan dengan lancar.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan, kerjasama dan dorongan yang diberikan kepada anak-anak. Sokongan daripada semua pihak merupakan sumber semangat dan motivasi kepada mereka untuk terus berani mencuba dan mencapai kejayaan. 🌷

🎨✨ Tahniah anak-anak Prasekolah SK Tudan Jaya!
Teruskan berkarya, teruskan mencuba dan teruskan mencipta kejayaan!

“Kecil-kecil cili padi, besar impian di hati!” ❤️

We❤️SKTJ
T. E. A. M

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSS PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-13 TAHUN 202628 - 31 JULAI 2026Tahniah dan syaba...
12/08/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSS PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-13 TAHUN 2026

28 - 31 JULAI 2026

Tahniah dan syabas kepada tiga orang murid kita daripada kelas PPI Penuh dan PPKI yang telah mewakili sekolah dan berjaya pulang membawa kejayaan di mana Kontinjen Miri telah muncul sebagai Juara Keseluruhan pada tahun ini. Semoga menjadi motivasi kepada murid-murid untuk sentiasa berani dan maju menampilkan bakat pada masa hadapan.

Pencapaian :
Nur Fathia Binti Hasbi
🥇 Johan acara 4x100meter
🥇 Johan acara 4x200meter

Evalina Paya Anak Tugang
🥇 Johan acara 4x100meter
🥇 Johan acara 4x200meter

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar, Puan Rohani Binti Ismail, barisan Penolong Kanan, YDP PIBG Puan Arimah Binti Basari dan barisan exco yang telah banyak memberi sokongan kepada murid kita yang terlibat.
Tidak lupa kepada semua warga SKTJ dan ibubapa di atas doa dan kerjasama yang diberikan.

We❤️SKTJ
T. E. A. M

Rutin kami pagi2.
11/08/2026

Rutin kami pagi2.

11/08/2026
🌟 SAVE FOR GOLDEN FUTURE: “Hari Mari Menabung “ Jom Menabung Bersama Chombee” 🌟Sekolah Kebangsaan Tudan Jaya telah menga...
10/08/2026

🌟 SAVE FOR GOLDEN FUTURE: “Hari Mari Menabung “ Jom Menabung Bersama Chombee” 🌟

Sekolah Kebangsaan Tudan Jaya telah menganjurkan Program Save For Golden Future: Hari Mari Menabung “ Jom Menabung Bersama Chombee” anjuran Pra Sekolah dan Unit Bimbingan Kaunseling bersama Coop Bank Pertama pada 24 Julai 2026 ( Jumaat ) bertempat di Dewan Terbuka SKTJ. Program ini dijalankan sebagai usaha memupuk budaya menabung dalam kalangan murid sejak usia muda. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang kepentingan pengurusan kewangan, membentuk sikap berjimat cermat serta menyemai nilai tanggungjawab terhadap wang.

Sepanjang program, murid akan mengikuti ceramah interaktif bersama pegawai Co-opbank Pertama, aktiviti menarik bersama maskot Chombee, pembukaan akaun simpanan, cabutan bertuah serta sesi bergambar bersama Chombee.

Semoga program ini dapat menyemai amalan menabung sebagai satu budaya positif dalam kalangan murid demi membina generasi yang celik kewangan dan lebih bersedia menghadapi masa depan.

💰 “Menabung Hari Ini, Jaminan Masa Depan.”

PERTANDINGAN TARIAN ETNIK KREATIF Sempena Program SCALF 2026Anjuran : Pustaka Negeri Satawak, MiriTarikh : 02 Ogos 2026M...
10/08/2026

PERTANDINGAN TARIAN ETNIK KREATIF
Sempena Program SCALF 2026
Anjuran : Pustaka Negeri Satawak, Miri
Tarikh : 02 Ogos 2026
Masa : 9 pagi - 5 petang

💫💫💫SYABAS & TAHNIAH 💫💫💫

Pasukan Tarian Pesona Tari Tuja SK Tudan Jaya telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.
Keputusan rasmi pertandingan:
Johan - SK SENADIN
Naib Johan - SK TUDAN JAYA
Tempat ke-3 : SK LAMBIR VILLAGE
Tempat ke-4 : SK SOUTH

PENARI PASUKAN TARIAN PESONA TARI TUJA:

💫ELENA AMANDA DONOVAN
💫FAITHLYN BELLE OLIVIA SULING
💫STEPHANIE NURIN ANAK ALEXTEN HERRY
💫MARIA CASSANDRA UKAH ANAK JULIN
💫GWENDOLYN PUNAI ANAK KEITH OWEN
💫ERIC NATHAN ANAK BARING
💫AARON GAWING ANAK STEEVE
💫THEODORE TRISTAN NYANDANG ANAK LESTIEN GERAMAN
💫LEEOVISKIE ANAK LIAN
💫ADAM HASLAM ANAK HELLINA

Pengurus Pasukan : Cikgu Jassica Anak Paul Baki
Guru Pengiring : Cikgu Hellina Anak Unga

Jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar SK TUDAN JAYA, Cikgu Rohani Binti Ismail atas sokongan sepanjang pertandingan berlangsung.❤️
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada pasukan tarian.❤️

We❤️SKTJ
T.E.A.M

Syukur alhamdulillah. Luas mata memandang
10/08/2026

Syukur alhamdulillah. Luas mata memandang

⚜️ SK TUDAN JAYA JUARA KESELURUHAN! ⚜️Syukur kepada Tuhan, tirai Perkhemahan Lencana Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Daer...
20/07/2026

⚜️ SK TUDAN JAYA JUARA KESELURUHAN! ⚜️

Syukur kepada Tuhan, tirai Perkhemahan Lencana Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Daerah Miri Tahun 2026 yang berlangsung di SK Merbau Miri telah melabuhkan tirainya.

Dengan penuh rasa bangga, Kumpulan 56 Pengakap Kanak-Kanak SK Tudan Jaya berjaya mengharumkan nama sekolah dengan membawa pulang pencapaian yang amat membanggakan:

🥇 Johan Kumpulan Terbaik Keseluruhan

🥇 Johan Malam Kebudayaan (Lencana Penghibur)

🏅 Peserta Lelaki Terbaik
Kategori Lencana Kemajuan Keris Emas
Eric Nathan Anak Baring

🏅 Peserta Perempuan Terbaik
Kategori Lencana Kemajuan Keris Perak
Khaylissa Diah Anak Betty Bank

🏅 Penghulu Perkhemahan
Eric Nathan Anak Baring

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, disiplin, semangat berpasukan dan kesungguhan seluruh kontinjen sepanjang perkhemahan.

Tahniah dan syabas kepada semua anak-anak Pengakap Kanak-Kanak SK Tudan Jaya yang telah berjaya memperoleh Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Keris Perak dan Keris Emas. Setiap lencana yang diterima melambangkan usaha, disiplin, ketabahan dan semangat kepengakapan yang tinggi.

⚜️ Penerima Lencana Kemajuan Keris Gangsa

1. Alexis Sanchez Anak Sita
2. Axel Anak Felix
3. Calvine Arthur Anak Mike
4. Hebron Bada Anak Petrus
5. Marcell Jym Ensan Anak Mawan
6. Dianazierra Ruran Anak Delwistiel
7. Eurelea Milan Eugene
8. Jerica Pearl Binti Jason
9. Molinda Carlissa Anak Julin
10. Ayesha Qarirah Binti Adip Adam Abdullah

⚜️ Penerima Lencana Kemajuan Keris Perak

1. Constantine Ladom Anak Christie
2. Elisha Urai Anthony
3. Ezhekiel Sumping Anak Jeffery Baking
4. Harris Danial Bin Mohamad Jailani
5. Jeremy Anyi Johannes
6. Khaylissa Diah Anak Betty Bank
7. Leeoviskie Anak Lian
8. Maria Cassandra Ukah Anak Julin
9. Nur Ain Aleesya Binti Mohamad Zyamary
10. Nur Aisha Humaira Binti Mohammad Sabtry
11. Raziq Amsyar Bin Abdullah
12. Rivera Quinn Anak Eddie
13. Terrisha Shelesther Anak Terrivista

⚜️ Penerima Lencana Kemajuan Keris Emas

1. Cabrielle Jordison Anak Costner Aking
2. Dennis Paren Ngau
3. Farelle Navelle Anak Teduwine
4. Fernandez Mambu Anak Willson
5. Lucas Bintos Anak Fabian William Story
6. Matius Sinau Besar
7. Mohammad Syazrul Iman Bin Mohd Dzulfahmi
8. Nufail Izack Bin Abdullah
9. Eric Nathan Anak Baring

✨ Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru penasihat Pengakap Kanak-Kanak SK Tudan Jaya yang telah bertungkus-lumus merancang, melatih, membimbing, mengiringi serta menjaga kebajikan para peserta sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.

Terima kasih atas setiap pengorbanan masa, tenaga, kesabaran dan komitmen yang dicurahkan. Kejayaan yang diraih pada hari ini adalah hasil kerjasama, semangat berpasukan dan dedikasi semua guru yang sentiasa meletakkan kepentingan serta perkembangan anak-anak pengakap sebagai keutamaan.

⚜️ Barisan Guru Penasihat Pengakap Kanak-Kanak SK Tudan Jaya

⚜️ Cikgu Felix Nang
⚜️ Cikgu Khang Ah Soon
⚜️ Cikgu Stephanie Hii Sieu Zen
⚜️ Cikgu Steven Anak Riggi
⚜️ Cikgu Mary Marlyna Binti Markus
⚜️ Cikgu Alzairin Binti Morshidi
⚜️ Cikgu Hellina Anak Unga
⚜️ Cikgu Daisy Anak Daniel Dian
⚜️ Cikgu Muhammad Azri Bin Samari
⚜️ Cikgu Siti Nor Rohadatul Binti Sabtu
⚜️ Ustaz Muhammad Afif Bin Baharom
⚜️ Cikgu Siti Hasnah Binti Aldam

Tahniah kepada seluruh kontinjen Pengakap Kanak-Kanak SK Tudan Jaya. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melahirkan generasi pengakap yang berdisiplin, berani, berbakti dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan.

“Sekali Pengakap, Selamanya Pengakap.” ⚜️

⚜️

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟Warga SK Tudan Jaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Cikgu Eliza Anak Joha...
17/07/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Warga SK Tudan Jaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Cikgu Eliza Anak Johannes serta seluruh warga pasukan Prasekolah SK Tudan Jaya atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai:

🏆 **JUARA**
**Anugerah Amalan Terbaik Pengurusan Prasekolah**
sempena **Karnival Kecemerlangan Pendidikan Murid Prasekolah Peringkat Daerah Miri 2026**.

Turut dirakamkan ucapan tahniah kepada pasukan **Preschool Kids Cafe** yang berjaya merangkul:
🥇 **Johan** – SK Tudan Jaya
🥈 **Kedua** – SK Kg. Bakam
🥉 **Ketiga** – SK Pujut Corner

Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, kreativiti, komitmen serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam memastikan pengurusan dan pembelajaran prasekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan demi kecemerlangan pada masa hadapan.

** **
** **
** **
** **
** ** 🎉🏆🌟

We❤️SKTJ
T.E.A.M

Address

Lot 3643, Blok 6, Kuala Baram Land District Permy Jaya Utara Miri
Miri
98000

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Friday 07:00 - 14:30

Telephone

+6085654728

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Tudan Jaya, Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Tudan Jaya, Miri:

Shortcuts

Share