PJB IKBN MIRI

PJB IKBN MIRI MENGUMPULKAN SEMUA EX PJB DAN PELAJAR YANG SEDIA ADA UNTUK BERKONGSI ILMU DAN MAKLUMAT

08/02/2026
08/02/2026

Tak rare la kalau tak kenal scrapper ni! Jom level up skill korang kat IKBN Miri. Belajar jentera berat, masa depan Sarawak cerah! 🚜💨


07/02/2026

Jom perbentangan enjin 1KD bath P45

SALAM PERPISAHAN EN. Raimi Fadhullah RamliWarga IKBN Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Raimi Fadhul...
14/11/2025

SALAM PERPISAHAN EN. Raimi Fadhullah Ramli
Warga IKBN Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Raimi Fadhullah bin Ramli, Ketua Bahagian Bengkel Teknologi Penyelenggaraan Jentera Berat, atas 14 tahun perkhidmatan cemerlang serta sumbangan besar beliau sepanjang berkhidmat di IKBN Miri.
Beliau akan bertukar ke IKTBN Chembong bermula 17 November 2025.
Majlis perpisahan turut diadakan di Bengkel DKM pada jam 3.00 petang ini.
Seluruh warga IKBN Miri mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang di tempat baharu.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







26/09/2025
23/09/2025

KBS TEGAS TOLAK BUDAYA BULI DI ILKBS, SIASATAN MENYELURUH DILAKSANAKAN

🚜✨ Kursus Peningkatan Kemahiran – Komatsu Wheel Loader TroubleshootingBertempat di UMW HVM Park, Serendah, kursus ini di...
15/09/2025

🚜✨ Kursus Peningkatan Kemahiran – Komatsu Wheel Loader Troubleshooting

Bertempat di UMW HVM Park, Serendah, kursus ini dianjurkan oleh IKBN Kuala Perlis dan turut melibatkan wakil daripada beberapa institusi.

Asalnya, dua pengajar PJB dijemput untuk menyertai, namun kali ini IKBN Miri telah menghantar wakil iaitu En. Raimi Fadhullah Ramli bagi menghadiri kursus berprestij ini 👏.

Melalui kursus ini, para peserta diberi pendedahan mengenai teknologi jentera berat terkini 🛠️ serta berpeluang mendapatkan perkongsian terus daripada pihak Komatsu berkaitan potensi kerjaya industri jentera berat.

💡 Ilmu dan pengalaman yang dibawa pulang akan memberi manfaat besar kepada pelajar, khususnya dalam meningkatkan kompetensi serta kesediaan mereka menghadapi cabaran dunia pekerjaan sebenar.

Jutaan terima kasih kepada Komatsu kerana sudi berkongsi kepakaran, serta IKBN Kuala Perlis atas jemputan yang amat bermakna.
💡 Inisiatif sebegini membuktikan TVET Malaysia semakin maju dan relevan dengan keperluan industri 🚀.

02/09/2025

🚗 ENJIN KERETA ANDA BUNYI PELIK? IA MUNGKIN NAK JADI PENYANYI! 🎤

Tapi sebelum ia dapat kontrak rakaman, baik kita check dulu apa masalah dia!

Jom bawa kereta anda ke "Pemeriksaan Enjin Kereta Percuma" kami! Kami ada "doktor" pakar dari IKBN Miri yang siap dengan stetoskop digital (a.k.a. Scan Tool) untuk diagnosis.

🗓️ Tarikh: 6 September 2025 (Sabtu)
⏰ Masa:8:30 pagi - 4:00 petang (Jangan datang tengah malam, kami tidur)
📍Tempat:Tempat Letak Kereta, Permymall, Miri

KENAPA PERLU DATANG?
✅Percuma! (Yup, you read that right. FREE. PERCUMA. Tiada bayaran)
✅Diagnosis oleh jurutera kereta yang "terunggul" dan handsome!
✅Boleh tanya soalan sampai puas hati (Soalan tentang kereta je la, jangan tanya pasal benda lain).
✅Hati tenang, enjin pun happy.

Jangan malu-malu, kereta anda mungkin lebih 'sakit' daripada yang anda sangka!

📞 Kalau sesat, call bossku: 085-660714

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







Address

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA MIRI Jalan PERMYJAYA UTAMA, BANDAR BARU PERMYJAYA
Miri
98000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PJB IKBN MIRI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PJB IKBN MIRI:

Shortcuts

Share