23/09/2026
Syabas diucapkan kepada guru Besar Long Sait, Cikgu Adi yang menjemput GEG Miri untuk Program LEBO Digital (perkampungan digital ) secara atas talian yang melibatkan 3buah sekolah SK Long Sait, SK Long Moh Dan SK Long Tungan pada 21-23/9/2026.
Sesungguhnya, kami berasa amat kerdil dan terharu menyaksikan kesungguhan, usaha, serta keazaman yang begitu tinggi dalam kalangan cikgu-cikgu semua untuk menimba ilmu. Meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan, cabaran laluan, dan kekangan di kawasan pedalaman, semangat anda langsung tidak pernah luntur.
Kami berharap agar apa yang dikongsikan sepanjang 3 hari ini dapat memacu kemajuan serta menyemarakkan lagi daya inovasi para pendidik hebat di sana. Semoga usaha gigih cikgu-cikgu terus menjadi sumber inspirasi yang tidak ternilai buat anak-anak bangsa di pedalaman. Bagi kami di GEG Miri, pengalaman berkongsi dengan anda semua adalah satu memori yang amat berharga.
Besar harapan kami agar pada masa akan datang, kita diberi peluang dan ruang untuk bersemuka secara fizikal serta berkongsi pengalaman yang lebih mendalam secara mesra.
Dalam pada itu, kami susun sepuluh jari memohon maaf atas sebarang kekurangan daripada pihak pasukan kami sepanjang mengendalikan sesi perkongsian selama 3 hari ini.
Anda semualah *HERO sebenar kami*βwira yang tidak mengenal erti putus asa, yang terus berjuang demi masa depan anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan.
God bless you all!
Lots of Love Daripada:
Pasukan GEG Miri
Juga nak mengucapkan Terima kasih kepada captain GEG MIRI, Cikgu Lester, Cikgu Sab Dan Cikgu ELU. Youβre the best ! Elizabeth Linda, Sab Solhi