29/09/2022
Assalamualaikum…
Salam Sejahtera…
Salam SKSB Dihatiku…
JOM INFAQ JUMAAT : DANA INFRA SKSB DIHATIKU
Sumbangan tuan/puan amatlah diperlukan utk kemaslahatan dan manfaat anak-anak bagi keselesaan dan rasa seronok utk hadir ke sekolah bagi menimba ilmu demi kecemerlangan di masa hadapan.
Sedikit sumbangan tuan/puan memberi banyak manfaat buat anak-anak.
Jika bukan kita ibu ayah yang menyumbang siapa lagi???
Terima kasih atas sumbangan infaq utk dana infra SKSB Dihatiku…
YDP PIBG
SK Sungai Binjai,Meru
09/07/2022
Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kelembutan Lidah Ada Juga Keterlanjuran Kata,
Dalam Gurau Senda Sudah Tentu Ada Khilaf dan Dosa,
Mohon Ampun Zahir dan Batin
Selamat Hari Raya Aidiladha
Salam setulus ikhlas
GB Roslan bin Zakaria
SK Sungai Binjai,Meru
01/07/2022
Assalamualaikum…
Salam SKSB Dihatiku…
Kepada ,
Semua guru / AKP dan ibubapa / penjaga
SK Sungai Binjai, Meru
Per : Cuti Sekolah dan Cuti Peristiwa Sempena Hari Raya Aidiladha 1443H
Bersama ini disertakan surat pemakluman untuk rujukan pihak tuan / puan setelah mendapat kelulusan daripada JPN Selangor.
Sekian,terima kasih
GB Roslan bin Zakaria
SK Sungai Binjai,Meru
1 Julai 2022
22/06/2022
Assalamualaikum…
Salam Sejahtera….
Salam SKSB DIhatiku…
Kepada
Semua ibubapa/penjaga
Anak2 Murid SK Sungai Binjai,Meru
Per : Jemputan Ke Mesyuarat Agung Tahunan ( MAT ) PIBG Kali Ke 48 SKSB Dihatiku
Adalah dengan segala hormatnya semua ibubapa / penjaga dijemput untuk menghadiri MAT PIBG secara atas talian sepertimana ketetapan berikut :-
Tarikh : 25/6/2022 ( Sabtu )
Masa : 10.00 pg
Tempat : Secara Atas Talian
Link MAT PIBG : https://www.youtube.com/watch?v=s0TP-NL-Inc
Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapatlah kita terus mengeratkan ukhwah serta menjana idea utk terus mengekalkan kecemerlangan pendidikan anak2 di SKSB Dihatiku serta saling melengkapi antara satu sama lain.
Insyallah.
‘ Bulat Air Kerana Pembetung,
Bulat Manusia Kerana Muafakat ‘
Sekian,terima kasih.
Pengurusan Sekolah
SK Sungai Binjai, Meru
MESYUARAT AGUNG PIBG KE 48
17/05/2022
Assalamualaikum…
Salam Sejahtera…
Salam SKSB Dihatiku…
Kepada semua ibu bapa / penjaga
Anak2 Tahun 1, 2 dan 3
MAKLUMAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022
Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan, bersama ini disertakan surat makluman Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 20/5/2022 ( Jumaat ).Semua murid Tahun 1, 2 & 3 akan hadir bersekolah pada sesi pagi sahaja.
Sekian utk rujukan dan tindakan pihak tuan / puan.
Terima kasih.
‘ Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA ‘
Pengurusan Sekolah
SK Sungai Binjai,Meru
17/5/2022