SK SUNGAI BINJAI

SK SUNGAI BINJAI

Share

PANTAS DAN PRIHATIN Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai pada peringkat awalnya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sungai Binjai. Guru Besar ketika itu bernama EN.

Sekolah ini telah dibina kerajaan pada tahun 1917 sebelum merdeka. Pada tarikh 6.10.1917 sekolah digunakan dengan murid seramai 49 orang. ABD. KARIM B TAARI. Beliau seorang sahaja tenaga pengajar ketika itu. Tapak sekolah tersebut ialah tapak bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Kok Bin di Pekan Meru sekarang ini. Sekolah Melayu Sungai Binjai ini digunakan sehingga tahun 1923.

29/09/2022

Assalamualaikum…
Salam Sejahtera…
Salam SKSB Dihatiku…

JOM INFAQ JUMAAT : DANA INFRA SKSB DIHATIKU

Sumbangan tuan/puan amatlah diperlukan utk kemaslahatan dan manfaat anak-anak bagi keselesaan dan rasa seronok utk hadir ke sekolah bagi menimba ilmu demi kecemerlangan di masa hadapan.

Sedikit sumbangan tuan/puan memberi banyak manfaat buat anak-anak.
Jika bukan kita ibu ayah yang menyumbang siapa lagi???

Terima kasih atas sumbangan infaq utk dana infra SKSB Dihatiku…

YDP PIBG
SK Sungai Binjai,Meru

09/07/2022

Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kelembutan Lidah Ada Juga Keterlanjuran Kata,
Dalam Gurau Senda Sudah Tentu Ada Khilaf dan Dosa,
Mohon Ampun Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam setulus ikhlas

GB Roslan bin Zakaria
SK Sungai Binjai,Meru

01/07/2022

Assalamualaikum…
Salam SKSB Dihatiku…

Kepada ,
Semua guru / AKP dan ibubapa / penjaga
SK Sungai Binjai, Meru

Per : Cuti Sekolah dan Cuti Peristiwa Sempena Hari Raya Aidiladha 1443H

Bersama ini disertakan surat pemakluman untuk rujukan pihak tuan / puan setelah mendapat kelulusan daripada JPN Selangor.

Sekian,terima kasih

GB Roslan bin Zakaria
SK Sungai Binjai,Meru
1 Julai 2022

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 48 22/06/2022

Assalamualaikum…
Salam Sejahtera….
Salam SKSB DIhatiku…

Kepada
Semua ibubapa/penjaga
Anak2 Murid SK Sungai Binjai,Meru

Per : Jemputan Ke Mesyuarat Agung Tahunan ( MAT ) PIBG Kali Ke 48 SKSB Dihatiku

Adalah dengan segala hormatnya semua ibubapa / penjaga dijemput untuk menghadiri MAT PIBG secara atas talian sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 25/6/2022 ( Sabtu )
Masa : 10.00 pg
Tempat : Secara Atas Talian
Link MAT PIBG : https://www.youtube.com/watch?v=s0TP-NL-Inc

Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapatlah kita terus mengeratkan ukhwah serta menjana idea utk terus mengekalkan kecemerlangan pendidikan anak2 di SKSB Dihatiku serta saling melengkapi antara satu sama lain.
Insyallah.

‘ Bulat Air Kerana Pembetung,
Bulat Manusia Kerana Muafakat ‘

Sekian,terima kasih.

Pengurusan Sekolah
SK Sungai Binjai, Meru

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 48

17/05/2022

Assalamualaikum…
Salam Sejahtera…
Salam SKSB Dihatiku…

Kepada semua ibu bapa / penjaga
Anak2 Tahun 1, 2 dan 3

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan, bersama ini disertakan surat makluman Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 20/5/2022 ( Jumaat ).Semua murid Tahun 1, 2 & 3 akan hadir bersekolah pada sesi pagi sahaja.
Sekian utk rujukan dan tindakan pihak tuan / puan.
Terima kasih.

‘ Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA ‘

Pengurusan Sekolah
SK Sungai Binjai,Meru
17/5/2022

Want your school to be the top-listed School/college in Meru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


SK SUNGAI BINJAI
Meru
41050

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00