SK Tanjung Resang

Call Directions

SK Tanjung Resang Serlahkan Kualiti Tingkatkan Reputasi | Usaha, Giat, Jaya | | |

PROGRAM GOTONG-ROYONG HARI CUCI MALAYSIA 2026Alhamdulillah Program Gotong-Royong sempena Hari Cuci Sekolah telah berjaya...
26/09/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG HARI CUCI MALAYSIA 2026

Alhamdulillah Program Gotong-Royong sempena Hari Cuci Sekolah telah berjaya dilaksanakan pada 22 September 2026 (Selasa) 🏫🧹 dengan penuh kerjasama dan semangat kekitaan ✨.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid dan warga sekolah yang telah berganding bahu membersihkan kawasan sekolah demi mewujudkan persekitaran yang lebih ceria, selamat dan kondusif untuk pembelajaran 🌿.




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Pengiktirafan ini men...
19/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Pengiktirafan ini menghargai dedikasi, komitmen, dan usaha gigih guru dalam mendidik anak bangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga SK Tanjung Resang untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, berinovasi dan bersama-sama mengorak langkah mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas! ( Orked Sadiah)
Anda adalah kebanggaan warga RESHINE
Teruskan mencipta impak, teruskan mengukir kejayaan dan teruskan menjadi pencetus perubahan.


πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Mohsin, Cikgu Dzulkifly dan Cikgu Sarah...
10/08/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Mohsin, Cikgu Dzulkifly dan Cikgu Sarah atas kejayaan cemerlang dalam Karnival Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat Sekolah! πŸŽ‰

πŸ₯‡ Anugerah Emas – Cikgu Mohsin
πŸ₯ˆ Anugerah Perak – Cikgu Dzulkifly
πŸ₯‰ Anugerah Gangsa – Cikgu Sarah

Lebih membanggakan, Cikgu Mohsin turut berjaya meraih Anugerah Emas dan seterusnya terpilih mewakili Daerah Mersing ke peringkat Negeri. πŸ‘πŸ†βœ¨

Kejayaan ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat SK Tanjung Resang serta membuktikan komitmen, kreativiti dan kesungguhan warga pendidik dalam menghasilkan kajian dan inovasi yang berkualiti. πŸ“šπŸ’‘

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan, mencetus inovasi dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. 🌟

Tahniah dan syabas buat semua! Semoga terus sukses dan membawa nama SK Tanjung Resang ke persada yang lebih gemilang! ❀️






SERLAHKAN KUALITI, TINGKATKAN REPUTASI

🌟 SAMBUTAN HARI GURU SK TANJUNG RESANG 2026 πŸŒŸπŸ‘©πŸΌβ€πŸ«βœ¨ β€œGuru Bitara Nadi Negara” βœ¨πŸ‘¨πŸ»β€πŸ«πŸ—“οΈ Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)⏰ Masa...
20/05/2026

🌟 SAMBUTAN HARI GURU SK TANJUNG RESANG 2026 🌟

πŸ‘©πŸΌβ€πŸ«βœ¨ β€œGuru Bitara Nadi Negara” βœ¨πŸ‘¨πŸ»β€πŸ«

πŸ—“οΈ Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)
⏰ Masa : 10.30 pagi
πŸ“ Tempat : Dewan Ukhuwah SK Tanjung Resang

Sambutan Hari Guru tahun ini diraikan penuh meriah sebagai tanda penghargaan buat insan-insan hebat yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, kasih sayang dan pengorbanan demi mendidik anak bangsa. 🌸

Guru bukan sekadar pendidik di dalam bilik darjah, tetapi juga pembimbing, pembakar semangat dan inspirasi dalam membentuk generasi masa hadapan. Setiap penat lelah, doa dan usaha yang dicurahkan amat bermakna dan tidak ternilai harganya. ✨

Terima kasih kepada semua guru atas segala jasa, dedikasi dan komitmen yang diberikan tanpa mengenal erti lelah. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal berpanjangan dan terus diberkati. ❀️

Warga SK Tanjung Resang mengucapkan
πŸ’ SELAMAT HARI GURU πŸ’






SERLAHKAN KUALITI, TINGKATKAN REPUTASI

20/05/2026

✨ SUKANEKA HARI GURU 2026 ✨
πŸ“ Teluk Gorek Campsite
πŸ“Έ Part 2

Terima kasih kepada semua guru, AKP dan pihak Teluk Gorek Chalet & Campsite atas kerjasama dan kemeriahan sepanjang program berlangsung πŸ’›






SERLAHKAN KUALITI, TINGKATKAN REPUTASI

🌸 SELAMAT HARI GURU 🌸16 Mei β€” tarikh keramat yang diraikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar guru. πŸ“šβœ¨T...
19/05/2026

🌸 SELAMAT HARI GURU 🌸

16 Mei β€” tarikh keramat yang diraikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar guru. πŸ“šβœ¨

Tema Hari Guru 2026
β€œGuru Bitara Nadi Negara” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembimbing, pencetus inspirasi dan pembina masa depan generasi pewaris negara.
Dengan penuh dedikasi dan keikhlasan, guru terus menabur bakti demi melahirkan anak-anak yang berilmu, berakhlak dan berjaya. ❀️

Terima kasih cikgu…
Atas setiap ilmu yang dicurah, setiap nasihat yang membina dan setiap pengorbanan yang tidak pernah berkira.
Jasamu akan sentiasa dikenang sepanjang zaman. 🌹






SERLAHKAN KUALITI, TINGKATKAN REPUTASI

Walaupun Sambutan Hari Raya sekolah ini telah berlangsung tempoh hari, kemeriahannya masih segar dalam ingatan πŸŒ™βœ¨ Suasan...
27/04/2026

Walaupun Sambutan Hari Raya sekolah ini telah berlangsung tempoh hari, kemeriahannya masih segar dalam ingatan πŸŒ™βœ¨ Suasana yang penuh dengan gelak tawa, senyuman serta keakraban antara murid, guru dan warga sekolah benar-benar menceriakan hari tersebut.

Majlis yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri ini bukan sahaja menghidupkan suasana perayaan di sekolah, malah menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan semua yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan sambutan ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kenangan indah ini terus kekal dan menjadi momen bermakna buat kita semua, walaupun Syawal kini hampir ke penghujung 🀍






SERLAHKAN KUALITI, TINGKATKAN REPUTASI

πŸ“š JOM BACA BERSAMA 10 MINIT πŸ“š23 April 2026 | 11.00 – 11.10 pagiLuangkan hanya 10 minit untuk membaca, tapi impaknya besa...
24/04/2026

πŸ“š JOM BACA BERSAMA 10 MINIT πŸ“š

23 April 2026 | 11.00 – 11.10 pagi

Luangkan hanya 10 minit untuk membaca, tapi impaknya besar untuk masa depan ✨
Program Jom Baca Bersama ini mengajak semua warga sekolah untuk sama-sama menyemai budaya membaca dalam kehidupan seharian.

Tak kira buku apa, asalkan membaca πŸ“–
Kerana membaca bukan sahaja menggembirakan, malah membina bangsa 🀍

Jom sama-sama kita hidupkan amalan membaca!






SERLAHKAN KUALITI, TINGKATKAN REPUTASI

Pada 21 & 21 April , walaupun Syawal dah melabuhkan tirai, kemeriahan mengadakan marhaban tetap diteruskan 😊Program marh...
24/04/2026

Pada 21 & 21 April , walaupun Syawal dah melabuhkan tirai, kemeriahan mengadakan marhaban tetap diteruskan 😊
Program marhaban oleh pihak PIBG dijalankan dari rumah ke rumah bersama guru, murid dan pibg.

Dua hari, dua rumah yang berbeza, tapi suasana tetap sama β€” santai, mesra dan penuh kebersamaan 🀍
Selain berselawat, inilah peluang untuk terus eratkan hubungan antara PIBG, cikgu dan murid dalam suasana yang sederhana tapi bermakna.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tuan rumah yang sudi menerima kunjungan 🏑✨






SERLAHKAN KUALITI, TINGKATKAN REPUTASI

Address

Mersing
86900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077944223

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tanjung Resang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category