07/10/2026
π¦ππ‘ππ₯ππ ππ‘ππ¨π¦π§π₯π π£ππ₯πππ¦π πππ’π¦ππ¦π§ππ π§π©ππ§ πππ¦ππππ ππ§ππ‘ π¦ππππ₯
SENAI, 28 September 2026 β Usaha memperkukuh pembangunan bakat keselamatan siber negara terus dipacu apabila Cyber Range Academy (CRA), Politeknik Mersing Johor menganjurkan Sesi Libat Urus TVET Collaboration Hub (TCH) 2026 bertemakan βMemperkasa Ekosistem TVET Keselamatan Siber Melalui Sinergi Industriβ di Impiana Hotel Senai, Johor.
Sesi libat urus strategik ini menghimpunkan wakil institusi TVET, industri, agensi kerajaan serta pihak berkepentingan dalam bidang keselamatan siber bagi membuka ruang perkongsian kepakaran, penyelarasan keperluan industri dan penerokaan potensi kerjasama dalam memperkasakan ekosistem pendidikan serta latihan TVET keselamatan siber.
Perbincangan memberi tumpuan kepada empat komponen utama TCH, iaitu Hub, Spoke, Enabler dan Benefactor, yang memainkan peranan saling melengkapi dalam membentuk jaringan kolaborasi antara institusi pendidikan, industri dan pemegang taruh.
Menerusi perkongsian pandangan dan kepakaran daripada pelbagai pihak, beberapa peluang serta bentuk kerjasama berpotensi turut diteroka bagi memastikan pembangunan kompetensi dan bakat keselamatan siber TVET kekal relevan dengan keperluan serta perkembangan semasa industri.
Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen Cyber Range Academy, Politeknik Mersing Johor dalam memperkukuh jaringan strategik serta merapatkan jurang antara latihan TVET dengan keperluan sebenar industri, sekali gus menyokong pembangunan tenaga kerja keselamatan siber yang kompeten dan berdaya saing.