MRSM Mersing

Call Directions Website Contact the school

MRSM Mersing Laman Facebook Rasmi Maktab Rendah Sains MARA, Mersing, Johor.

21/09/2026

SIARAN LANGSUNG :
DEBAT AKHIR BAHASA INGGERIS - DEBAT MRSM PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI

Saksikan kemuncak Debat MRSM: Piala Timbalan Perdana Menteri dalam acara 'Final Debate English'.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang piala berprestij ini?

​Jangan lepaskan peluang untuk menyokong pendebat kegemaran anda dan menyaksikan pertarungan minda yang hebat serta wahana intelektualisme!

Jom sama-sama kita saksikan penangan hujah bernas para pembahas muda cemerlang MRSM!

​Jangan lupa untuk kongsikan (share) siaran ini dan berikan sokongan padu anda di ruangan komen!








20/09/2026

DEBAT AKHIR BAHASA ARAB - DEBAT MRSM PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI

​Saksikan pertempuran minda yang hebat, fasih, dan berwibawa dalam Debat Akhir Bahasa Arab sempena Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri - Debat Wahana Intelektualisme.

​Siapakah pasukan yang bakal diangkat sebagai juara bagi kategori Bahasa Arab malam ini?

Jom sama-sama kita saksikan penangan hujah bernas para pembahas muda cemerlang MRSM!

​Jangan lupa untuk kongsikan (share) siaran ini dan berikan sokongan padu anda di ruangan komen!








20/09/2026
18 September 2026 | JumaatSeramai 8 orang anak-anak pelajar MRSM Mersing akan mewakili maktab dalam Pertandingan Debat M...
18/09/2026

18 September 2026 | Jumaat

Seramai 8 orang anak-anak pelajar MRSM Mersing akan mewakili maktab dalam Pertandingan Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri 2026 (kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) seperti ketetapan berikut:

📅 18–21 September 2026
📍 MRSM Parit, Perak

Mohon doa dan sokongan semua, semoga urusan Pasukan Debat MRSM Mersing dipermudah serta dikurniakan kejayaan yang membanggakan dan mengharumkan nama MRSM Mersing. Amin🤲

Guru Pengiring: Cikgu Yusri, Sir Saiful, Cikgu Zaila dan Sir Aidil

🎖️ KEM TAMAT LATIHAN BADAN BERUNIFORM TINGKATAN 5 MRSM MERSING 2026 🎖️Alhamdulillah, selesai sudah Kem Tamat Latihan Bad...
18/09/2026

🎖️ KEM TAMAT LATIHAN BADAN BERUNIFORM TINGKATAN 5 MRSM MERSING 2026 🎖️

Alhamdulillah, selesai sudah Kem Tamat Latihan Badan Beruniform Tingkatan 5 MRSM Mersing 2026 yang berlangsung pada 15 hingga 17 September 2026 di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.

Tiga hari yang penuh dengan latihan, cabaran, disiplin, kerjasama dan pengalaman berharga dalam membentuk jati diri serta semangat kepimpinan para pelajar. 💪🏻✨

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan bermakna buat anak-anak Batch Neoteric 2026 dalam melangkah ke fasa seterusnya.

Kecemerlangan Milik Bersama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa tiga projek inovasi daripada MRSM Mersing telah berjaya ...
07/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiga projek inovasi daripada MRSM Mersing telah berjaya melepasi peringkat Top 5 untuk dipertandingkan dalam sesi pembentangan bersemuka I-MARATeCH 2026.

Kategori Inovasi Produk Pelajar MARA

1. Rakaati

Guru Pembimbing:
Cikgu Mustafa Omar bin Ahmad

Nama Pelajar:

* Nurqisya Dhia Marissa
* Aisya Syafiqah
* Nurizz Aleesya

2. AI Guardian

Guru Pembimbing:
Cikgu Mustafa Omar bin Ahmad

Nama Pelajar:

* Muhsin
* Aisya Humaira
* Raihanah Shahirah

Kategori Inovasi Bahan Bantu Belajar

1. Tasrif Orbit

Guru Pembimbing:
Cikgu Mustafa Omar bin Ahmad
Cikgu Muhammad Fikrullah

Nama Pelajar:

* Puteri Balqis Batrisya
* Nur Alisha Amani
* Raden Dania Arissa

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar dan guru pembimbing atas pencapaian yang membanggakan ini.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan dalam pembentangan bersemuka nanti.

Doakan kejayaan kami.



Assalamualaikum. Salam Jumaat barakahSemalam dimaklumkan berita tentang bapa kepada salah seorang pelajar MRSM Mersing h...
21/08/2026

Assalamualaikum. Salam Jumaat barakah

Semalam dimaklumkan berita tentang bapa kepada salah seorang pelajar MRSM Mersing hilang di sungai yang mana statusnya sehingga sekarang masih belum dijumpai.

Oleh itu pihak KAGUM membuka tabung derma bagi yang ingin menyumbang. Semoga sumbangan kita dapat meringankan beban adik Aif Izzuddin. Boleh rujuk poster untuk maklumat lanjut. Terima kasih

AssalamualaikumEsok akan bermula Ujian Amali Sains SPMRSM.Semoga semua pelajar Tingkatan 5 MRSM Mersing dikurniakan kete...
02/08/2026

Assalamualaikum
Esok akan bermula Ujian Amali Sains SPMRSM.
Semoga semua pelajar Tingkatan 5 MRSM Mersing dikurniakan ketenangan dalam menjawab soalan Ujian.
"Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim,"
​Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu ketenangan jiwa, kecerdasan akal fikiran, dan ketelitian yang tinggi buat anak-anak pelajar Tingkatan 5 MRSM Mersing yang bakal menduduki Ujian Amali Sains.
​Ya Allah, lapangkanlah dada mereka, permudahkanlah setiap langkah eksperimen yang mereka jalankan, lindungilah tangan mereka daripada kesilapan teknikal, dan kurniakanlah ketepatan semasa menjawab soalan.
​Jauhkanlah mereka daripada perasaan panik, cemas, dan keliru. Terangkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan tepat, jelas, dan penuh keyakinan. Berikanlah mereka kesihatan yang baik dan ketenangan sepanjang peperiksaan berlangsung.
​Semoga segala usaha, pengorbanan, dan ilmu yang dipelajari di bumi MRSM Mersing ini membuahkan hasil yang cemerlang demi masa depan mereka. Amin Ya Rabbal 'Alamin.








Address

KM 6 Jalan Jemaluang
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077995179

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MRSM Mersing:

Shortcuts

Share

Category