MRSM Mersing

MRSM Mersing Platform Laman Rasmi pages Maktab Rendah Sains MARA Mersing

12 Disember 2025 | Jumaat✨ MAJLIS SELAUT BUDI, SERIBU MEMORI ✨Alhamdulillah, Majlis Selaut Budi, Seribu Memori telah ber...
12/02/2026

12 Disember 2025 | Jumaat

✨ MAJLIS SELAUT BUDI, SERIBU MEMORI ✨

Alhamdulillah, Majlis Selaut Budi, Seribu Memori telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan kenangan indah bagi meraikan jasa serta kepimpinan:

👔 En. Kamal Farihi bin Mat Resad @ Arshad
Pengetua MRSM Mersing

Terima kasih diucapkan kepada semua warga MRSM Mersing dan para tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Semoga segala kenangan, penghargaan dan momen yang tercipta akan terus terpahat sebagai inspirasi buat kita semua.

🌿 Jasa dikenang, memori tersemat di hati.
🤝 Ikhlas daripada Warga MRSM Mersing.

14 Mei | SelasaDalam kesibukan pelbagai program guru dan pelajar, 4 orang cikgu MRSM Mersing iaitu:Cikgu Mustafa, Kaunse...
14/05/2024

14 Mei | Selasa

Dalam kesibukan pelbagai program guru dan pelajar, 4 orang cikgu MRSM Mersing iaitu:

Cikgu Mustafa,
Kaunselor Haneza,
Kaunselor Affan dan
Cikgu Sharifah Azlina

akan menjadi Duta Kecil MRSM Mersing, mewakili maktab dalam KOLOKIUM INOVASI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 di MRSM ATM BERA.

TAHNIAH! Semoga dipermudahkan urusan dan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

12 Mei 2024 | AhadPertandingan Fotografi Sempena Hari BumiSekalung tahniah kepada:Muhammad Zulhilmi bin Ridwan dari kela...
14/05/2024

12 Mei 2024 | Ahad

Pertandingan Fotografi Sempena Hari Bumi

Sekalung tahniah kepada:

Muhammad Zulhilmi bin Ridwan dari kelas 3 Zuhal,

telah memenangi Naib Johan dalam Pertandingan Fotografi Sempena Sambutan Hari Bumi Sedunka Peringkatan Kebangsaan kategori sekolah menengah (tingkatan 1-3) anjuran bersama Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM); SMK Tun Sri Lanang, Tangkak, Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

8 Mei 2024 | RabuDimaklumkan bahawa 6 orang pelajar MRSM Mersing telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Se...
14/05/2024

8 Mei 2024 | Rabu

Dimaklumkan bahawa 6 orang pelajar MRSM Mersing telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) Tahun 2024 sebagai wakil daerah Mersing yang bertempat di Edu Hub Pagoh, Muar selama 2 hari.

Berikut merupakan senarai nama pelajar-pelajar yang menyertai kejohanan tersebut:

1. Anukash Krishnan 5 Acturus
2. Muhammad Nasrullah bin Nazaruddin 5 Zuhal
3. Nur Sofiya Maisara binti Ismail 5 Bimasakti
4. Muhammad Nazrul Hadi bin Suhaimi 4 Uranus
5. Muhammad Aqil Fauzan bin Salehudin 5 Musytari
6. Thooreni a/p Ramesh 4 Acturus

Semoga kejayaan dan pengalaman berharga milik mereka.

6 Mei 2024 | IsninSambutan Hari Bumi MRSM Mersing 2024Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Perasmian Hari Bumi. Terima ka...
14/05/2024

6 Mei 2024 | Isnin

Sambutan Hari Bumi MRSM Mersing 2024

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Perasmian Hari Bumi. Terima kasih kepada Tuan Pengetua, Timbalan Pengetua, Ketua-ketua Jabatan, AJK Hari Bumi dan guru-guru yang memberikan kerjasama menyempurnakan majlis pada hari ini.

Semoga pokok-pokok yg ditanam hari ini hidup subur dan berbuah lebat . 🌴🌴🌴

6 Mei 2024 | IsninPertandingan Ihtifal & Nadwah Islamiah 2024 Pada 3 - 5 Mei telah berlangsungnya Pertandingan Ihtifal &...
14/05/2024

6 Mei 2024 | Isnin

Pertandingan Ihtifal & Nadwah Islamiah 2024

Pada 3 - 5 Mei telah berlangsungnya Pertandingan Ihtifal & Nadwah bertempat di MRSM Sungai Besar. Alhamdulilah Mersing telah mendapat kedudukan tempat kelima dalam acara Jawi dari 3 acara lain yang dipertandingkan.

Terima kasih kepada pihak Pengurusan, guru-guru atas sokongan dan doa buat team Nadwah.

3 Mei 2024 | JumaatPerlawanan persahabatan bola jaring antara MRSM Mersing vs SMSSI (Sekolah Menengah Sains Sultan Iskan...
04/05/2024

3 Mei 2024 | Jumaat

Perlawanan persahabatan bola jaring antara MRSM Mersing vs SMSSI (Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar).

3 Mei 2024 | JumaatSekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai GOLD AWARD pada pertandingan Internationa...
04/05/2024

3 Mei 2024 | Jumaat

Sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai GOLD AWARD pada pertandingan International Invention, Innovation and Design Competition 2024 pada 21 April 2024 anjuran Kementerian Pendidikan dan UiTM Cawangan Kelantan.

Satu kebanggaan buat warga Mrsm Mersing 🏆

3 Mei 2024 | JumaatProgram Sepagi Bersama Cikgu Nizar ParmanJabatan Bahasa telah mengadakan satu Program Sepagi Bersama ...
04/05/2024

3 Mei 2024 | Jumaat

Program Sepagi Bersama Cikgu Nizar Parman

Jabatan Bahasa telah mengadakan satu Program Sepagi Bersama Cikgu Nizar Parman. Penceramah jemputan merupakan Penulis Novel Silir Daksina Tingkatan 5 dan turut dihadiri pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu.

Semoga anak-anak Tingkatan 5 memperoleh BM A+ untuk SPM 2024. Amin🤲

1 Mei 2024 | RabuPerlawanan Persahabatan Rugby Tackle & Rugby Touch di MRSM Johor BahruTerima kasih diucapkan kepada MRS...
03/05/2024

1 Mei 2024 | Rabu

Perlawanan Persahabatan Rugby Tackle & Rugby Touch di MRSM Johor Bahru

Terima kasih diucapkan kepada MRSM Johor Bahru kerana sudi menerima kunjungan kami & berkongsi ilmu. Kita jumpa di Kejohanan Rugby Inter-MRSM nanti, InsyaAllah.

Keputusan Friendly Match:

🧕Touch Perempuan

MRSM Mers 0 - 0 MRSM JB U15
MRSM Mers 1 - 3 SMK Taman Scientex
MRSM Mers 0 - 5 MRSM JB

🙎🏻‍♂️Tackle Lelaki

MRSM Mers 5 - 5 SMK Taman Scientex
MRSM Mers 29 - 5 STOMS Pontian
MRSM Mers 14 - 0 MRSM JB

28 April 2024 | Ahad‘MERS RAYA SAKAN’Sambutan Hari Raya anjuran bersama Unit Badan Kepimpinan Pelajar (BKP), Unit Homero...
30/04/2024

28 April 2024 | Ahad

‘MERS RAYA SAKAN’

Sambutan Hari Raya anjuran bersama Unit Badan Kepimpinan Pelajar (BKP), Unit Homeroom (UPHR) dan Unit KAGUM. Turut dihadiri kakitangan Majlis Agama Islam Daerah Mersing bagi memeriahkan lagi sambutan ini.

Jutaan terima kasih atas sumbangan fidyah Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada Maktab Rendah Sains Mara tahun 2024.

Selamat Hari Raya Aidilfitiri Maaf Zahir & Batin dari warga MRSM Mersing.

Address

MRSM Mersing
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Sunday 08:00 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MRSM Mersing:

Shortcuts

Share

Category