PASTI Khalid Al Walid

PASTI Khalid Al Walid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Latihan berpusat minggu akhir sebelum ke Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh untuk perlawanan ke peringkat PASTI Negeri Johor p...
09/05/2026

Latihan berpusat minggu akhir sebelum ke Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh untuk perlawanan ke peringkat PASTI Negeri Johor pada 9 & 10 Mei 2026 bermula hari ini.

Adik Muhammad Adam dari PASTI Khalid Al-Walid telah terpilih mewakili PASTI Kawasan Mersing untuk ke peringkat Negeri. Tahniah! Adik Adam 💪🏻

Latihan akhir bola sepak bola jaring anak-anak PASTI Khalid Al-Walid sebelum berentap ke peringkat kawasan Mersing di pa...
25/04/2026

Latihan akhir bola sepak bola jaring anak-anak PASTI Khalid Al-Walid sebelum berentap ke peringkat kawasan Mersing di padang SRITI An-Nur, Semanyir Endau.

Alhamdulillah, guru² PASTI Khalid Al-Walid, cawangan Tenggaroh berpeluang hadir bagi meraikan program hari ini Sambutan ...
19/04/2026

Alhamdulillah, guru² PASTI Khalid Al-Walid, cawangan Tenggaroh berpeluang hadir bagi meraikan program hari ini Sambutan Hari Raya & Hari Guru PASTI, SRITI, SMITI Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) Tahun 2026.

Tahniah & Syabas diucapkan kepada Tokoh Guru Lama Berkhidmat Cikgu Rapiah binti Daud dari PASTI Semaloi & Tokoh Guru Kawasan Cikgu Fauziah binti Haron.


Tahniah & Syabas diucapkan kepada seorang guru dari PASTI Khalid Al-Walid iaitu Cikgu Faizatul Wahidah Binti Amaludin Wa...
18/04/2026

Tahniah & Syabas diucapkan kepada seorang guru dari PASTI Khalid Al-Walid iaitu Cikgu Faizatul Wahidah Binti Amaludin Wahidah Amaludin menerima Anugerah Tokoh Guru Harapan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Kawasan Mersing..

In Sha Allah, keep hamasah & Istiqomah buat semua guru-guru, untuk terus melangkah mendidik anak-anak pasti ke arah melahirkan insan soleh pintar.

#
-Walid #
#

17/04/2026

Ziarah Hari Raya & Marhaban Anak-anak Pasti Khalid Al-Walid...

INFAQ Tabung Pembangunan PASTI Khalid-Al Walid, TenggarohUntuk makluman semua, tahun lepas Pihak BOMBA Mersing telah mel...
25/02/2026

INFAQ Tabung Pembangunan PASTI Khalid-Al Walid, Tenggaroh

Untuk makluman semua, tahun lepas Pihak BOMBA Mersing telah melawat PASTI Khalid Al-Walid, Pegawai BOMBA tersebut telah mengetengahkan beberapa isu berkaitan dengan keselamatan di kawasan PASTI dan perlu penambahbaikan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran di premis ini.

ANGGARAN KOS YANG DIPERLUKAN: RM1,930

Antara kerja-kerja penambahbaikkan yang perlu dibuat:

1.Memasang sistem pencegahan kebakaran Demco Heat Detector (Alat Mengesan suhu panas)
2.Memasang sistem pencegahan kebakaran bagi set of Emergency Light 10 LED
3.Memasang sistem pencegahan kebakaran bagi set of Keluar Sign (Everbright LED Man Running)
4.Kos penyambungan pendawaian elektrik

Dengan ini Pengurusan PASTI Khalid Al-Walid membuka tabung infaq sumbangan bersempena bulan Ramadan Kareem.

Sumbangan boleh disalurkan ke:
✅Maybank : PASTI KAWASAN MERSING
✅No. Akaun : 551098532150
✅Rujukan : Infaq PASTI Tenggaroh

Jazakumullahu khairan kathira.
Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka ya. Aamiiin.

Firman Allah swt:

لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahuiNya" [Surah Aali Imran 92]






Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak dari Pasti Khalid Al-Walid Tenggaroh
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak dari Pasti Khalid Al-Walid Tenggaroh


Pemberian kurma Ajwa kepada anak² Pasti Khalid Al-Walid, Tenggaroh sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Semoga Ra...
17/02/2026

Pemberian kurma Ajwa kepada anak² Pasti Khalid Al-Walid, Tenggaroh sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Semoga Ramadan kali ini kita bersama dpt tingkatkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t.

30/01/2026

Sambutan Hari Al-Quds Pasti Khalid Al-Walid, 30 Januari 2026,Jumaat.

Antara aktiviti yang dilaksanakan Solat Hajat berjemaah, berdoa, aktiviti kreativiti & Penceritaan bergambar.

#
#
#
#

Hari Pertama Persekolahan PASTI Khalid Al-Walid_12 Januari 2026Jom saksikan lagi gambar- gambar telatah anak-anak di har...
15/01/2026

Hari Pertama Persekolahan
PASTI Khalid Al-Walid_12 Januari 2026

Jom saksikan lagi gambar- gambar telatah anak-anak di hari pertama persekolahan...

-Walid

Alhamdulillah, selesai sudah sesi Pendaftaran Murid & Pembayaran Yuran bagi  persekolahan 2026.Terima kasih buat semua i...
07/01/2026

Alhamdulillah, selesai sudah sesi Pendaftaran Murid & Pembayaran Yuran bagi persekolahan 2026.

Terima kasih buat semua ibu ayah PASTI Khalid Al Walid banyak memberi kerjasama sepanjang sesi pendaftaran pagi tadi..

#
#

Address

No. 425, Jalan Mawar, Felda Tenggaroh 2
Mersing
86810

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 13:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Khalid Al Walid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Khalid Al Walid:

Shortcuts

Share

Category