PPKI SK LKTP Tenggaroh 5

PPKI SK LKTP Tenggaroh 5 Program Pendidikan Khas Integrasi SK LKTP Tenggaroh 5, Mersing, Johor

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia daripada kami di PPKI SK LKTP Tenggaroh 5 ๐Ÿ’™. Autisme bukanlah satu kekurangan, me...
02/04/2026

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia daripada kami di PPKI SK LKTP Tenggaroh 5 ๐Ÿ’™. Autisme bukanlah satu kekurangan, melainkan satu kepelbagaian cara manusia melihat dan memproses dunia di sekeliling mereka. Di sebalik setiap tingkah laku yang mungkin kelihatan berbeza, tersimpan seribu satu potensi, kejujuran, dan keunikan yang hanya menanti untuk kita fahami dengan penuh sabar dan kasih sayang ๐Ÿงฉโœจ.

Sebagai masyarakat, mari kita melangkah melampaui sekadar 'sedar' kepada benar-benar 'menerima'. Elakkan menghakimi tanpa usul periksa, sebaliknya berikanlah sokongan moral dan ruang yang inklusif agar anak-anak istimewa ini dapat berkembang dengan yakin mengikut rentak mereka sendiri โ™พ๏ธ๐Ÿค. Sokongan ikhlas daripada anda semua adalah kunci utama untuk membina persekitaran yang lebih harmoni dan penyayang buat mereka.

12 Januari 2026 | Hari Pertama PersekolahanSelamat datang diucapkan kepada semua murid PPKI SK LKTP Tenggaroh 5. Selamat...
12/01/2026

12 Januari 2026 | Hari Pertama Persekolahan

Selamat datang diucapkan kepada semua murid PPKI SK LKTP Tenggaroh 5. Selamat datang juga kepada tiga orang murid Tahun 1 iaitu Maryam Sofea, Daing Muhamad Bachok dan Iman Thaqif. Tahniah atas kehadiran penuh anak-anak pada hari pertama persekolahan. Kekalkan momentum dan teruskan semangat untuk hari-hari yang berikutnya.

Semoga sesi persekolahan tahun ini memberikan pengalaman yang paling bermakna buat semua!

02/01/2026
31/12/2025

SELAMAT TAHUN BARU 2026 | Melangkah Bersama, Komitmen Diperkasa, Kecemerlangan Dicipta

15/12/2025

Persembahan Nyanyian PPKI Sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan SK LKTP Tenggaroh 5 2025

**6 ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ 2025 (๐€๐ก๐š๐) | ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐  2025**Syukur Alhamdulillah, se...
15/12/2025

**6 ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ 2025 (๐€๐ก๐š๐) | ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐›๐ฎ
๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐  2025**

Syukur Alhamdulillah, seramai **empat orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK LKTP Tenggaroh 5** telah terpilih dan berjaya menerima **Anugerah Rambu** pada Majlis Penganugerahan Rambu Persekutuan Pengakap Daerah Mersing 2025.

Murid-murid tersebut ialah:
๐Ÿ”น **Dinie Arif bin Muhamad Zabidi**
๐Ÿ”น **Muhammad Nadeem bin Ab Aziz**
๐Ÿ”น **Nur Fatima binti Rasidi**
๐Ÿ”น **Nur Qarihah Aiyani binti Mohd Ishak **

Untuk melayakkan diri menerima Anugerah Rambu, setiap calon perlu menunjukkan komitmen tinggi dengan **melengkapkan kesemua lencana wajib**, iaitu **Lencana Keris Gangsa, Keris Perak, Keris Emas, Lencana Basikal** serta beberapa **Lencana Kepandaian** seperti *Peladang Kecil, Pengurus Rumah, Penghibur, Pertolongan Cemas* dan lain-lain. Selain itu, calon juga perlu **menjalani dan menamatkan perkhemahan** sebagai sebahagian daripada keperluan penganugerahan.

Lebih membanggakan, **ketiga-tiga murid PPKI ini merupakan sebahagian daripada calon terpilih** yang berjaya dianugerahkan Rambu pada hari tersebut, sekali gus membuktikan kesungguhan, disiplin dan kemampuan murid-murid PPKI untuk bersaing serta cemerlang dalam aktiviti kokurikulum beruniform.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada **Pesuruhjaya dan barisan kepimpinan Persekutuan Pengakap Daerah Mersing**, guru-guru pembimbing serta **ibu bapa** atas sokongan, kerjasama dan dorongan berterusan sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Rambu. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah maju dan mengharumkan nama sekolah.

4 ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ 2025 | ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฐ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ž ๐—Ÿ๐—ž๐—ง๐—ฃ ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ผ๐—ต 5Syukur Alhamdulillah, pada Khamis 4 Disember yang la...
15/12/2025

4 ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ 2025 | ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฐ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ž ๐—Ÿ๐—ž๐—ง๐—ฃ ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ผ๐—ต 5

Syukur Alhamdulillah, pada Khamis 4 Disember yang lalu, telah berlangsungnya suatu majlis gilang gemilang meraikan murid-murid yang mendapat kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Selain penyampaian anugerah, majlis turut diserikan dengan Persembahan Nyanyian oleh murid-murid PPKI menerusi lagu Laskar Pelangi dan Jangan Menyerah. Persembahan yang penuh penghayatan ini telah menyentuh jiwa para hadirin serta mendapat tepukan gemuruh sebagai tanda penghargaan atas keberanian dan bakat yang dipersembahkan.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang telah menunjukkan pencapaian membanggakan dalam bidang akademik, sahsiah serta penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah.

Antara anugerah yang telah diterima oleh murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pada majlis ini ialah:

Anugerah Murid Graduasi Tahun 6
Nur Qarihah Aiyani binti Mohd Ishak

Anugerah Kokurikulum Terbaik PPKI
Nur Qarihah Aiyani binti Mohd Ishak

Anugerah Permata Delima Kokurikulum (Peringkat Sekolah)
Nur Qarihah Aiyani binti Mohd Ishak

Anugerah Akademik Terbaik PPKI
Nur Fatima binti Rasidi

Anugerah Murid Berkebolehan PPKI
Fathul Muin bin Muhammad Faridudeen

Anugerah Murid Penyayang PPKI
Muhammad Rizqi bin Abdul Rahman

Anugerah Murid Berketrampilan Terbaik PPKI
Muhammad Aisy Arshad bin Mohd Hadi

Anugerah Kehadiran Terbaik PPKI
Nur Qalesya Aqilla binti Mohd Rashid

Anugerah Murid Prihatin PPKI
Muhammad Harraz bin Mohd Raffi

Anugerah Murid Proaktif PPKI
Dinie Arif bin Muhamad Zabidi

Anugerah Murid Berpotensi PPKI
Muhammad Iman Fais bin Abdul Awal

Anugerah Murid Inovatif PPKI
Muhammad Nadeem bin Ab Aziz

Penganugerahan ini bukan sahaja menjadi pengiktirafan atas usaha dan kesungguhan murid-murid PPKI, malah menjadi suntikan semangat untuk mereka terus melangkah maju, seiring dengan murid-murid lain dalam mencapai potensi diri yang terbaik.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid PPKI atas kejayaan yang diraih. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sokongan berterusan daripada ibu bapa, guru-guru serta seluruh warga sekolah.

15/12/2025

Menyambut Hari Lahir anak-anak PPKI SKT5 ๐ŸŽ‚ moga semua sentiasa sihat dan ceria ya ๐Ÿ’•

15/12/2025

27 ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ 2025 | ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ก๐ข๐ซ ๐๐๐Š๐ˆ ๐’๐Š ๐‹๐Š๐“๐ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐จ๐ก 5

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada semua murid PPKI SK LKTP Tenggaroh 5 ๐ŸŽ‰

Semoga anak-anak PPKI membesar menjadi anak yang soleh solehah๐ŸŽ‚

27 ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ 2025 | ๐†๐š๐ฒ๐š ๐‚๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐๐Š๐ˆ ๐’๐Š๐“5 ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐Š๐š๐ง๐š๐ค ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐’๐Š ๐‹๐Š๐“๐ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐จ๐ก 5
15/12/2025

27 ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ 2025 | ๐†๐š๐ฒ๐š ๐‚๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐๐Š๐ˆ ๐’๐Š๐“5 ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐Š๐š๐ง๐š๐ค ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐’๐Š ๐‹๐Š๐“๐ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐จ๐ก 5

26 ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ 2025 | ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐€๐ฉ๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐š๐ฌ๐ข & ๐†๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐  2025Alhamdulillah, tanggal Rabu, 26 Novemb...
14/12/2025

26 ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ 2025 | ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐€๐ฉ๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐š๐ฌ๐ข & ๐†๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐  2025

Alhamdulillah, tanggal Rabu, 26 November 2025 telah berlangsungnya Majlis Apresiasi dan Graduasi Pendidikan Khas Daerah Mersing 2025 bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, SK Bandar Endau.

Murid-murid tahun akhir bagi PPKI setiap sekolah daerah Mersing telah di raikan dalam satu majlis bersama-sama penerima anugerah kecemerlangan yang lain.

Tiga orang MBPK dari SK LKTP Tenggaroh 5 telah turut sama-sama di jemput dan di raikan dalam majlis berkenan.

Untuk itu, tahniah diucapkan kepada:

Nur Qarihah Aiyani - Anugerah Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Peringkat Negeri

Muhammad Aisy Arshad bin Mohd Hadi - Anugerah Kecemerlangan Peringkat Negeri

Muhammad Nadeem bin Ab. Aziz - Anugerah Kecemerlangan Peringkat Negeri

Syabas diucapkan!
Teruskan kecemerlangan di masa hadapan.

Address

Tenggaroh 5
Mersing

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SK LKTP Tenggaroh 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share